Agihan fabrik dan kit jahitan
AUDITORIUM AL-AZHARI, March 13 2021 -

Pandemik yang sedang melanda seluruh dunia tidak menjadi penghalang untuk sekumpulan penyelidik IPPT meneruskan projek komuniti bersama komuniti B40 dan M40  bagi memperkasakan kemahiran dan pengetahuan peserta komuniti disamping menyumbang hasil jahitan kepada golongan yang memerlukan.

"Alhamdulillah semua peserta projek sangat memahami pertukaran kaedah pengendalian projek daripada bersemuka kepada virtual bagi memastikan pematuhan kepada SOP dapat dilaksanakan disamping memastikan projek ini berjalan lancar. Pengendalian fabrik dan kit jahitan juga turut dilakukan secara pandu lalu di SAINS@BERTAM bagi memudahkan peserta mendapatkan bahan jahitan masing-masing". kata ketua projek. 

Disamping itu,  salah seorang peserta projek, Pn. Nurul Hamizah Jamil, 30 tahun, seorang surirumah berkata pengagihan fabrik serta kit jahitan secara pandu lalu adalah cara yang sangat memudahkan peserta kerana peserta menerima makluman tarikh agihan lebih awal dan tempoh pengambilan fabrik dan kit jahitan sangat singkat. "Saya juga dapat menyusun masa saya dengan baik untuk mendapatkan kit jahitan di IPPT, disamping dapat mengendalikan urusan anak dan keluarga", ujar Pn Nurul Hamizah.


 Pn Nurul Hamizah Jamil

Bagi Pn. Nurhidayah Sharif, 41 tahun, beliau sangat bersetuju dengan kaedah pengendalian pandu lalu ini kerana dapat mengelak perhimpunan peserta yang besar dan tempat sesak. "Saya sangat suka kaedah pandu lalu, sangat selesa dan tak perlu bersesak-sesak", tambah beliau lagi yang kini bertugas sebagai staf kontrak di IPPT.


Pn Nurul Hamizah Jamil

Bagi Pn. Nurhidayah Sharif, 41 tahun, beliau sangat bersetuju dengan kaedah pengendalian pandu lalu ini kerana dapat mengelak perhimpunan peserta yang besar dan tempat sesak. "Saya sangat suka kaedah pandu lalu, sangat selesa dan tak perlu bersesak-sesak", tambah beliau lagi yang kini bertugas sebagai staf kontrak di IPPT.


Pn. Sofiah Mat Rasit

"Pengambilan fabrik dan kit jahitan secara pandu lalu ini sangat menjimatkan masa peserta. Peserta sampai di IPPT, tandatangan borang penerimaan dan terus terima kit jahitan. Petugas juga sangat mesra", kata Pn. Normie Hana A Rahim, 36 tahun yang bertugas sebagai pembantu tadbir kampus Kejuruteraan USM.

Pn. Normie Hana A Rahim

Pandu lalu projek komuniti ini telah dilaksanakan sebanyak 3 kali sejak awal tahun untuk tujuan agihan dan kutipan semula hasil jahitan peserta komuniti. Semakan kualiti jahitan telah dilakukan oleh Pn Norjana Ismail dan Pn Zaleha Mat Toha untuk memastikan kualiti pakaian yang dihasilkan tercapai.


Persiapan fabrik dan kit jahitan peserta komuniti



Semakan hasil jahitan peserta komuniti


Disediakan oleh:

1Nurdianah Harif Fadzilah, 2Nizuwan Azman, 1Rafidah Zainon
1Kluster Sains Onkologi dan Radiologi, IPPT USM
2Unit Biostatistik dan Bioinfomatik, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan, IPPT USM


Scroll to Top