Achievement

PELANCARAN PODCAST PENGURUSAN KEJAT 2024 DI YOUTUBE RASMI PPUSMB PADA 24 JUN 2024.

Published : 24 June 2024

Pelancaran Podcast Pengurusan Kejat 2024 di Youtube Rasmi PPUSMB
YOUTUBE RASMI PPUSMB, June 24 2024 -

Hasil kerjasama Jawatankuasa Kecil Latihan, Jawatankuasa KIK,Kejat,5S PPUSMB dan Subzon 2 5S- CDL, satu program podcast tentang pengurusan kejat telah berjaya diadakan.

Podcast yang membincangkan tentang maklumat asas pengurusan kejat telah disampaikan secara santai oleh Encik Hisham bin Abd Razak, Penyelaras Jawatankuasa KIK,Kejat,5S PPUSMB bersama moderator dan ketua program, Puan Nazlina binti Mohamad Isa, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Latihan, Jawatankuasa KIK,Kejat,5S.

Podcast Pengurusan Kejat 2024 ini boleh dilayari di Youtube rasmi PPUSMB mulai 24 Jun 2024 yang lalu.

Sempena penyiaran podcast ini, satu kuiz telah diadakan. Seramai dua puluh peserta telah memenangi hadiah lumayan. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian, Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT), Professor Madya Dr. Noor Khairiah binti A. Karim ketika Perhimpunan Bulanan PPUSMB baru-baru ini. Semua peserta juga telah mendapat mata CPD.

Pihak penganjur dan pasukan ahli Jawatankuasa berharap semoga semua golongan termasuk bukan staf dapat melayari podcast ini supaya perkongsian ilmu dapat disampaikan kepada umum memandangkan pengurusan kejat ini boleh diaplikasi di mana-mana saja dan memberi impak positif. Ini kerana, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah pun mengamalkan pengurusan kejat ini.

Semoga podcast ini bermanfaat kepada semua dan pihak penganjur berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan podcast ini.

Podcast Pengurusan Kejat boleh dilayari di pautan berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=obghWcesrbE

Photo By Muhd Naim Othman
Pelancaran Podcast Pengurusan Kejat 2024 di Youtube Rasmi PPUSMB


Scroll to Top