BERTAM, April 10 2023 -
Bersempena dengan Majlis Iftar Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) bersama Warga Staf dan Pelajar IPPT, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini meluangkan masa menyantuni pesakit di wad PPUSMB.
Abdul Rahman yang ditemani isteri, Datin Roslina Ahmad Mohamed turut menyampaikan sumbangan Kasih Ramadhan dan edaran Iftar kepada pesakit-pesakit di wad PPUSMB.
Seramai 14 orang pesakit berbilang bangsa dan agama menerima sumbangan yang disampaikan oleh Naib Canselor.
Hadir sama adalah Pengarah IPPPT, Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin; Mantan Timbalan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah bersama Profesor Dr. Md Roslan Hashim; wakil Pejabat YaPEIM Kawasan Utara, Ahmad Abdullah serta Pengurusan Tertinggi IPPT dan Pengurusan PPUSMB.
Teks: Naziroh Shafii/Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
10 April 2023