Achievement

IPPT anjurkan taklimat The Continuos Education In Biomedical Sciences At IPPT (CEBIOMEDS@IPPT)

Published : 25 May 2023

CEBioMeds
IPPT, May 24 2023 -
INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU, BERTAM, 25 Mei 2023:  Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) hari ini menganjurkan satu taklimat khusus kepada pelajar-pelajar IPPT berkenaan program Continuous Education in Biomedical Sciences at IPPT (CEBioMeds@IPPT)  bertempat di Bilik Seminar ARC.

Taklimat disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya untuk memberi penerangan kepada pelajar berkenaan platform CEBioMeds yang mana merupakan satu inisiatif pengembangan ilmu oleh IPPT untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar. 

Melalui taklimat ini, pelajar memperolehi informasi dan maklumat lanjut berkenaan pembangunan platform CEBioMeds yang merupakan modul berstruktur untuk Kursus Pembangunan Profesional dalam bidang Sains Bioperubatan. 


Menurut Badrul Hisyam, modul yang disediakan dalam CEBioMeds@IPPT ini merangkumi pelbagai kursus antara disiplin yang diatur dalam beberapa pakej modul yang dijalankan secara atas talian untuk keselesaan pelajar.

CEBioMeds yang dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan IPPT melibatkan pembangunan platform atas talian serta modul-modul pembelajaran yang merangkumi topik-topik sains terkini merentasi sempadan pembelajaran secara konvensional. 

Ianya direka khas untuk memenuhi keperluan pelajar penyelidikan pasca siswazah di IPPT dan USM, yang membenarkan mereka mendaftar pada bila-bila masa dan dari mana jua mereka berada. 

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan program latihan yang berstruktur yang dapat menghasilkan graduan penyelidikan yang berkemahiran tinggi dan sesuai dengan pasaran kerja. Untuk maklumat lanjut berkenaan CEBioMeds, sila layari pautan https://cebiomeds.amdi.usm.my/

Pasukan pembangunan terdiri daripada Prof. Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya selaku Ketua Pasukan, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Dr. Nurhuda Mohamad Ansor, Pn. Nurul Huda Abdul Jais dan Cik Salmiza Zakaria.

Teks oleh: Naziroh Shafii & Badrul Hisyam Yahaya
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
24 Mei 2023


SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top