Achievement

Skuad Boling Zon 10 Membuat Kejutan Meraih Naib Johan Dalam SUKJAB 2024

Published : 20 May 2024

Skuad Boling Zon 10 Menunjukkan 'Peace' Sebagai Simbol Naib Johan Boling, SUKJAB 2024
MEGA MALL BOWLING CENTRE, PERAI, April 27 2024 -

Kontingen Zon 10 (IPPT/PPUSMB) membuat kejutan sekali lagi apabila berjaya meraih Naib Johan buat kali kedua di dalam Sukan Antara Jabatan dan Pusat Pengajian (SUKJAB) 2024, kali ini melalui Skuad Boling Zon 10 bagi acara Boling Tenpin. Sebelum ini, Kontingen Zon 10 telah berjaya meraih Naib Johan di dalam acara Bola Jaring.

Acara Boling Tenpin SUKJAB 2024 telah diadakan di Mega Mall Bowling Centre, Perai yang berlangsung pada 27 April 2024, Sabtu. Kesemua Zon yang bertanding telah menghantar tiga pasukan bagi setiap zon dan bagi Skuad Boling Zon 10 telah dibarisi oleh Mohamad Firdaus Harun (Farmasi PPUSMB), Norashid Hussain (Keselamatan IPPT), Muzamir Abdullah (Keselamatan IPPT), Siti Fatimah Shari (Kejururawatan PPUSMB), Muhd Naim Othman (MPRC IPPT), Hasniza Amno (Perpustakaan IPPT), Nariman Azif Abdl Manaf (Imejan PPUSMB), Azman Gafor (Kejuruteraan IPPT), Masli Abdul Majid (Kejuruteraan IPPT), Zulzamri Abd Manap (Kejuruteraan IPPT), Dr. Miqdad Danial (Perubatan PPUSMB), Dr Asmida Isa (Jab. Bioperubatan IPPT) dan Abdul Rahman Mat (Kejuruteraan IPPT) sebagai Pengurus Pasukan.

Skuad Boling Zon 10 telah memperolehi jatuhan pin sebanyak 1637 bagi kumpulan A, 1530 bagi kumpulan B dan 1416 bagi kumpulan C, menjadikan jatuhan keseluruhan berjumlah 4583 pin, kurang 238 pin daripada Zon 8 yang memperolehi 4821 pin untuk berada di kedudukan kedua keseluruhan zon. Manakala Zon 5 pula berjaya mendapat tempat ke-3 dengan jatuhan pin keseluruhan sebanyak 4462.


                                                                                                                                Photo By MOFIRHA
                                                                                                              Skuad Boling Kontingen Zon 10, SUKJAB 2024

Sepanjang penganjuran SUKJAB, ini merupakan kali pertama Skuad Boling IPPT/PPUSMB menempatkan diri di kelompok tiga pasukan terbaik. Tahniah dan semoga mengekalkan momentum dalam penyertaan akan datang. SYABAS!

Scroll to Top