Community

Naib Canselor Berazam Bersama-sama Perkukuh Jenama IPPT Dan Pusat Perubatan USM Bertam

Published : 02 February 2023

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed tiba dipintu utama PPUSMB
PPUSMB, February 2 2023 -
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed meminta seluruh warga Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) dan Pengurusan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) bersama-sama universiti untuk mengukuhkan jenamanya sebagai pusat rawatan terkemuka.

Beliau bercakap ketika menyantuni barisan Pengurusan PPUSMB IPPT sempena lawatan rasmi beliau hari ini.



Ketika perbincangan Naib Canselor meminta supaya semua pihak berusaha mengukuhkan jenama yang ada sebagai sumbangan kepada komuniti setempat.

“Walaupun PPUSMB dan IPPT kini telah menjadi dua buah PTJ yang berasingan, banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam menjadikan PPUSMB sebagai jenama pusat perubatan di Wilayah Koridor Utara,” ujar Naib Canselor. 



Beliau berharap agar PPUSMB dapat menjadi pusat perubatan pilihan penduduk bukan sahaja bagi penduduk setempat malah dari luar kawasan Bertam. 

Antara agenda utama Universiti adalah mensasarkan PPUSMB untuk menjadi sebuah Hospital Pengajar Universiti yang pertama di Wilayah Koridor Utara dengan 500 buah katil dalam menyokong agenda APEX. 

Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada mantan Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan di atas usaha dan sokongan beliau memajukan semula IPPT dan berjanji akan meneruskan usaha ini.  

“IPPT dan PPUSMB merupakan antara agenda utama Universiti,” kata Abdul Rahman ketika memulakan sesi perjumpaan bersama barisan Pengurusan kedua-dua PTJ. 



Beliau menyeru agar semua staf menyokong dan bekerja keras bersama-sama Universiti untuk mencapai segala perancangan dan hala tuju yang telah dirancang. 

Naib Canselor turut mengalu-alukan sebarang cadangan dari warga IPPT dan PPUSMB apa yang dirasakan perlu dilaksanakan untuk IPPT dan PPUSMB bergerak jauh ke hadapan.

Beliau meminta agar untuk seluruh warga melihat semula agenda APEX dan memperkasakan empat teras utama yang sangat relevan dengan IPPT dan PPUSMB iaitu intensif penyelidikan rentas bidang (transdisciplinary research-intensive); memperkasakan bakat pensyarah muda supaya dapat melahirkan ramai profesor yang terkenal dalam pelbagai bidang dan pelajar yang berbakat; memperkasakan 'Sustainable Development Goals' (SDG) untuk membolehkan golongan 'bottom billions' mengubah kesejahteraan sosioekonomi mereka di samping untuk meningkatkan kedudukan SDG USM, serta penjanaan kewangan melalui perkhidmatan kesihatan. 



PPUSMB akan memperkasakan perkhidmatan perawatan onkologi serta rehabilitasi dan pergigian dan menambah baik keperluan peralatan di Unit Kecemasan  dengan segera bagi menampung keperluan pesakit.

"Saya yakin, dengan bakat yang ada, IPPT dan PPUSMB boleh terus bergerak maju pada masa hadapan," tegas Abdul Rahman.

Beliau turut diberikan taklimat khas oleh pihak IPPT dan PPUSMB berkenaan projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan, kekangan yang dihadapi serta perancangan pada masa kini dan hadapan.

Yang hadir dalam sesi perjumpaan ini ialah Pengarah PPUSMB dan IPPT Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin , Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian dan Piawaian) Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) Prof. Madya Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah (Akademik dan Antarabangsa) Dr. Ida Shazrina Ismail, Ketua Perkhidmatan Perubatan Dr. Fitreena Anis binti Amran, Ketua Perkhidmatan Pergigian Prof. Madya Dr. Norehan binti Mokhtar, Ketua Perkhidmatan Sokongan Klinikal Dr. Rohayu binti Hami, Ketua Perkhidmatan Kejururawatan Pn. Law Kim Sooi, Penyelaras Pejabat Perniagaan Korporat IPPT Prof. Madya Dr. Bakiah binti Shaharuddin, Ketua Seksyen Pengurusan En. Zulfaizal bin Abdul Majid, Ketua Seksyen Kejuruteraan En. Khairul Hafiz bin Aziz, Pegawai Kewangan En. Mohd Khairul Anuar bin Zulkepli, Pegawai Teknologi Maklumat Cik Salmiza binti Zakaria, Ketua Pejabat Pengarah PPUSMB Pn. Balkhis Said, Ketua Pentadbiran En. Yusmadi Norashid, Ketua Pejabat Pengarah IPPT Pn. Naziroh Shafii, Ketua Kewangan Pn. Noor Hafizah Idris, Ketua Jabatan Pengimejan Bioperubatan Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon, Ketua Jabatan Sains Bioperubatan Dr. Muhammad Amir Yunus, Ketua Jabatan Toksikologi Dr. Eshaifol Azam Omar, Ketua Jabatan Kesihatan Komuniti Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Ketua Jabatan Sains Pergigian Dr. Noor Ayuni Ahmad Shafiai, Ketua Jabatan Perubatan Klinikal Dr. Suria Emilia Suhana Othman Tan, Ketua Seksyen IT En. Mohammad Fauzi Yahaya, Ketua Seksyen Keselamatan En. Muhammad Hambali Soid, Ketua Unit OSHE Dr. Maisarah Nasution Waras, dan pegawai-pegawai dari Pejabat Naib Canselor iaitu Pn. Latifah Abdul Latif dan En. Ahmad Farez Ahmad Fizri. Turut hadir sama ialah Prof. Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail.




Teks:  Naziroh Shafii / Foto: Norizan Ishak
Scroll to Top