Announcement

Dialog Bersama Pesakit Buah Pinggang Kronik Anjuran CKDRC IPPT USM

Published : 26 August 2022

Poster
BERTAM, August 26 2022 -
Penyakit buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease) menunjukkan peningkatan statistik setiap tahun di Malaysia. Data terkini Malaysian Dialysis and Transplantation Registry terkini menunjukkan, terdapat 49,111 pesakit yang menjalani dialisis di negara ini. Jumlah pesakit dialisis baharu pula adalah sekitar 8,000 orang setahun.

Penyakit ini bermaksud fungsi buah pinggang merosot secara kekal dan mempunyai 5 tahap berdasarkan kadar penapisan 
glomerular dan protein dalam air kencing.

Faktor risiko utama untuk menghidap penyakit buah pinggang kronik adalah kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan sejarah keluarga yang mengalami kegagalan buah pinggang. Di Malaysia, penyakit kencing manis merupakan penyumbang utama kepada kegagalan fungsi buah pinggang. 

Pusat sumber penyakit buah pinggang IPPT USM (CKDRC) menganjurkan sesi ceramah pendidikan kesihatan ini sebagai satu langkah penting dalam memberi pendidikan untuk mencegah dan menjaga buah pinggang selepas di diagnosa penyakit ini terutama dari segi aspek kawalan risiko, ubat dan cara pemakanan yang bersesuaian bagi melambatkan peningkatan tahap kerosakan buah pinggang, sekaligus mengelakkan keperluan dialisis.

Ceramah Dialog Bersama Pesakit Buah Pinggang Kronik Anjuran CKDRC IPPT USM ini diadakan di :
Tempat         : Bilik Siminar ARC, IPPT USM/ Online Facebook AMDI
Tarikh           : 26 Ogos 2022 (Jumaat)
Masa             : 10.30pagi - 12.30 tengahari

Mata CPD diberikan kepada staf yang hadir.

Scroll to Top