PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, September 22 2023 -
Pelancaran Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Pusat Perubatan USM Bertam telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Noor Khairiah binti A. Karim, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal, Kelestarian dan Piawaian di dalam program Perhimpunan Bulanan Pusat Perubatan USM Bertam hari ini. Di dalam ucapan beliau, Dr. Khairiah menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada staf di Unit Farmasi PPUSMB di atas komitmen dan kesungguhan di dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dalam perawatan pesakit dan juga kelancaran operasi perkhidmatan klinikal di PPUSMB.
Poster Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023 Peringkat PPUSMB.
Perhimpunan bulanan Pusat Perubatan USM Bertam bagi bulan September 2023 telah dihoskan oleh Unit Farmasi PPUSMB bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia. En Md. Hisham bin Abd Razak, Ketua Unit Farmasi di dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan Hari Farmasi Sedunia disambut setiap 25 September setiap tahun di seluruh dunia dan tema pada tahun ini adalah 'Pharmacy Strenghthening Health System'. Beliau menambah, sejajar dengan tema tersebut, Unit Farmasi PPUSMB akan sentiasa memastikan perawatan pesakit dengan Jaminan Kualiti terbaik bermula dari perolehan ubat-ubatan sehingga kepada pembekalan kepada pesakit walaupun pelbagai cabaran dan dugaan di sepanjang proses tersebut.
En. Mohd Ikhwan Hashim, Pegawai Farmasi telah mengacarakan Perhimpunan Bulanan PPUSMB dan En. Ahmad Syahir Ezzudin Ramli, Penolong Pegawai Farmasi memimpin bacaan doa perhimpunan. FOTO : NORIZAN ISHAK.
Penyempurnaan Gimik Pelancaran Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat PPUSMB 2023 oleh Prof. Madya Dr Noor Khairiah binti A. Karim, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal, Kelestarian dan Piawaian. FOTO : NUR AMALINA CHE RAHIM
Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023 Peringkat PPUSMB akan menyediakan 7 aktiviti yang boleh disertai oleh semua staf dan pengunjung PPUSMB iaitu Tayangan Video Kaunseling Ubat-Ubatan, Pertandingan Treasure Hunt Farmasi, Teka Bilangan Ubat, Pemeriksaan Ubat-Ubatan dan Kaunseling, Pameran Ubat-Ubatan dan Kesihatan, Pertandingan Swafoto Farmasi dan Webinar Khas Sempena Sambutan Hari Farmasi. Sambutan ini akan diadakan bermula 22 September 2023 dan berakhir pada 27 September 2023.