Tiga saintis dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah terpilih dalam pelaksanaan Program STI 100³ yang merupakan inisiatif bersepadu di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang melibatkan 100 saintis, 100 sekolah, 100 hari di seluruh Malaysia. Para saintis IPPT yang telah terpilih adalah Dr. Asmida Isa, Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon dan Dr. Siti Hawa Ngalim.
Untuk lawatan kerja MOSTI ini, dua projek STI 1003 yang terpilih adalah kolaborasi bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Kepala Batas di bawah Dr. Asmida Isa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di bawah Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon. Sehubungan dengan itu, pihak MOSTI yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim selaku Ketua Setiausaha MOSTI bersama-sama dengan 6 orang lagi delegasi MOSTI telah meluangkan masa dengan melakukan tinjauan berkaitan keberkesanan Program STI 100³ ini.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN MOSTI KE SK KEPALA BATAS, PENANG
Objektif pelaksanaan Program STI 100³ adalah untuk memupuk, meningkat dan memperkasakan kesedaran serta minat terhadap bidang STI di samping meningkatkan aktiviti pembudayaan STI dan penggunaan aplikasi pengetahuan STI dalam kalangan golongan masyarakat. Selain itu, memastikan kemahiran dan kepakaran Saintis dimanfaatkan secara optimum dalam membantu dan membimbing kumpulan sasaran program sekaligus untuk mewujud dan mengukuhkan kolaborasi strategik dalam bidang STI dalam kalangan semua pihak yang terlibat dengan program.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN MOSTI KE SK KEPALA BATAS, PENANG
Sesi lawatan kerja dimulakan dengan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang dengan YBrs Encik Norazrin Abdul Razak, Guru Besar SK Kepala Batas memberikan ucapan aluan. Seterusnya, Dr. Asmida Isa, yang merupakan Saintis Pelaksana Kitaran 1 Program STI 100³ yang berkolaborasi dengan SK Kepala Batas telah membuat pembentangan dapatan Program STI 100³ - Eksplorasi Kerjaya STEM di Bilik Mesyuarat SK Kepala Batas.
Majlis disusuli dengan ucapan dari Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB).
Sesi lawatan kerja di SK Kepala Batas turut dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan IPPT USM; Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon, Ketua Seksyen Inovasi dan Jaringan IPPT USM; Profesor Madya Dr. Rafeezul Mohamed, Ketua Jabatan Sains Bioperubatan IPPT USM; Dr. Siti Mardhiana Mohamad, Ketua Jabatan Kesihatan Komuniti IPPT USM; Saintis-saintis Kolaborasi dari IPPT iaitu Dr. Noorsuzana Mohd Shariff, Dr. Mohammad Syamsul Reza Harun dan Ts. Dr. Syamimi Syamsuddin; Encik Norazrin Abdul Razak, Guru Besar SK Kepala Batas; En. Mohamad Azhan Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kepala Batas dan Puan Zyafydah Mohamad Zin, Ketua Panitia Sains dan Penyelaras STEM, SK Kepala Batas, Pulau Pinang.
Seterusnya, sesi pembentangan dapatan Program STI 100³ oleh Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon selaku Saintis Program STI 100³ - X-ray explorer: Interactive science exploration, yang terpilih dalam pelaksanaan program ini.
Sesi lawatan kerja di SK Bertam Indah turut disertai oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan IPPT USM; Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa IPPT USM; Pegawai-pegawai Penyelidik selaku Fasilitator Program STI 100³ yang terdiri daripada Dr. Nizuwan Azman, Dr. Nurdianah Harif Fadzilah, Puan Zaleha Md Toha; Puan Siti Zaleha Mat Isa; Cik Nor Arina Ismail; Puan Nur Maizatul Azra Mukhtar; Guru-guru SK Bertam Indah iaitu Encik Mohamad Kamel Hafiz Salim, Puan Murni Solleh, Puan Norhusna Omar; Puan Junaidah dan Kapten Abd Hamid mewakili AJK PIBG SK Bertam Indah.
Delegasi MOSTI yang hadir adalah YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); Encik Abdullah Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI; Puan Uwarani Krishnan, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI; Encik Nurulah Ernesto Kennedy, Pegawai Khas Pejabat KSU; Encik Ahmad Fadhil Mohd Salleh, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan Cik Nurul Amirah Fakhira Ishak, Pegawai MySTEP Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI.
Teks disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Dr. Asmida Isa, PM Dr. Rafidah Zainon
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
13 Januari 2025
#ippt #ppusmb #usm #WeLead