Achievement

Program Penyelidikan Translasional IPPT Sejajar Melestarikan Agenda Penyelidikan, Demi Kecemerlangan Universiti Dan Negara

Published : 24 June 2022

Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan bersama 4 penyelidik dan Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Pengarah IPPT dan Prof Madya Dr. Hasni Arsad
BERTAM, June 23 2022 -

Usaha terus dilaksanakan dalam mentransformasikan penyelidikan, sejajar dengan matlamat merealisasikan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pemacu dalam bidang penyelidikan yang berkualiti dan memberi impak kepada negara dan masyarakat.

Itulah di antara tujuan diadakan Majlis Perasmian Penyelidikan IPPT yang telah berlangsung di Dewan Auditorium Sains@BERTAM, Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) USM.

Program perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM, dan saksikan oleh Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).

Sesi penyampaian watikah telah diberikan kepada empat program penyelidikan tujahan IPPT yang berjaya dinobatkan sebagai Program Penyelidikan IPPT, dimana keempat-empat program penyelidikan adalah bidang tujahan utama ini berimpak tinggi.

Ketua program penyelidikan yang pertama, Dr. Ng Siew Kit dengan program yang bertajuk Emerging Infectious Disease: Preparation for Disease X, ketua program penyelidikan kedua, Dr. Mohd Syahir Mansor dengan program bertajuk: Advanced Management of Liver Malignancies.

Seterusnya, ketua penyelidikan yang ketiga, Dr. Mohammad Farris Iman Leong Bin Abdullah dengan program bertajuk: Dementia Multidisciplinary Research Program of IPPT (DMR-IPPT) dan yang terakhir, ketua penyelidikan Prof. Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya dengan program bertajuk: Breast Cancer Translational Research Program at IPPT (BCTRP@IPPT).

Aktiviti penyelidikan dalam bidang perubatan, pergigian dan kesihatan ini yang telah dijalankan di IPPT sejak tahun 2002 lagi, diharap dapat menghasilkan serta melahirkan modal insan pakar dan saintis dalam bidang perubatan dan pergigian dengan mewujudkan penemuan baharu yang akan memberi manfaat kepada komuniti, masyarakat dan negara. 

Program Perasmian Penyelidikan ini memastikan output mentransformasikan penyelidikan IPPT kepada Pembangunan Program Penyelidikan IPPT yang bersifat translasional (Translational Research Initiative) dalam usaha mewujudkan bidang penyelidikan tujahan IPPT pada masa hadapan.

Seramai sembilan  kumpulan penyelidik telah mengambil bahagian dalam mengemukakan kertas kertas kerja serta melalui proses penilaian yang ketat oleh pakar-pakar terkemuka di USM dan hanya empat program penyelidikan yang terpilih diperakukan di IPPT.

Bagi memulakan program penyelidikan ini, USM telah menempatkan dana seed fund sejumlah RM850,000.00 pada tahun pertama dan penyelidikan ini akan memakan belanja beberapa juta untuk tempoh 15 tahun ini, di mana program ini bukan sahaja disokong oleh USM tetapi juga agensi kerajaan lain, industri luar dan juga badan NGO.

 

Teks : Mahirah Mahyidin/Foto: Norizan Ishak

Scroll to Top