.jpg)
MAJLIS PENGHARGAAN UNIVERSITI 2025
PULAU PINANG,1 Julai 2025 - Majlis yang penuh berprestij ini telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, FASc., Naib Canselor USM yang menyampaikan amanat penghargaan dan inspirasi buat seluruh warga universiti.
Photo By IPPT
MAJLIS PENGHARGAAN UNIVERSITI 2025
Tahun ini, seramai 375 orang staf cemerlang dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan termasuk Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan prestasi luar biasa warga staf dalam memacu kecemerlangan USM.
Photo By IPPT
MAJLIS PENGHARGAAN UNIVERSITI 2025
Manakala, seramai 118 orang staf berbakti turut diraikan sebagai penerima Anugerah Sanjungan Budi (ASB) 2025, atas jasa dan khidmat mereka selama 25 tahun membina kecemerlangan bersama universiti tercinta.
Seramai 48 orang staf Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dirai dalam Majlis Penghargaan Universiti yang berlangsung di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang hari ini.
Photo By IPPT
MAJLIS PENGHARGAAN UNIVERSITI 2025
Penerima-penerima Anugerah ini terdiri daripada lapan (8) orang staf dari Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik), tujuh (7) orang staf dari Kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran), dan 33 orang staf dari Kumpulan Sokongan.
Majlis Penghargaan Universiti ini menjadi acara penting Universiti sebagai tanda menghargai jasa dan komitmen warga staf USM yang telah menabur bakti dalam usaha meningkatkan kecemerlangan jabatan dan USM ke peringkat yang lebih cemerlang.
Secara keseluruhan, seramai 493 orang staf diraikan dan ini merupakan satu angka yang melambangkan kekuatan, komitmen serta semangat luar biasa warga USM. Majlis ini turut disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang dan platform rasmi Facebook USM dan Youtube USM bagi membolehkan seluruh warga kampus dan masyarakat umum turut sama berkongsi detik-detik istimewa ini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga IPPT dan PPUSMB kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus maju dan komited dalam memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada PTJ dan Universiti.
Hadir sama adalah Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT/PPUSMB; Encik Yusmadi Norashid, Ketua Pentadbiran serta Encik Zulfaizal Abdul Majid, Ketua Seksyen Pengurusan.
Teks disediakan oleh: Cik Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Encik Yusmadi Norashid
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
1 Julai 2025