Achievement

Anugerah Sijil Penghargaan Kecemerlangan Libatsama Universiti-Komuniti

Published : 14 July 2023

Penerima sijil anugerah kecemerlangan libatsama universiti-komuniti dari IPPT
DEWAN PEMBANGUNAN SISWA, KOMPLEKS DESASIWA CAHAYA, USM, July 3 2023 -

Bahagian Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Institusi (BJIM&KI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Sijil Penghargaan Kecemerlangan Libatsama Universiti-Komuniti bertempat di Dewan Pembangunan Siswa, Kompleks Desasiwa Cahaya, USM. Majlis telah diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada warga dan bukan warga Universiti yang telah menyumbang kearah usaha murni memperkasakan komuniti melalui aktiviti, projek dan program libatsama. Seperti kita sedia maklum, penglibatan universiti dalam komuniti mencerminkan USM sebagai sebuah Universiti Awam (UA) yang menjadi agen pembangunan negara.

Bahagian Jaringan dan Industri Masyarakat (BJIM) menjalankan peranan dalam memangkin hala tuju terhadap transformasi masyarakat di sekelilingnya. Dengan menggunakankan sumber yang ada, sama ada kepakaran, sumber manusia mahu pun kemudahan, USM terus membina kolaborasi dan kerjasama yang bermakna dengan masyarakat dan industri dalam menangani isu-isu dan keperluan-keperluan semasa, serta mnyediakan penyelesaian bagi mencapai transformasi yang memanfaatkan rakyat dan negara

 
PENERIMA-PENERIMA SIJIL DAN TAJUK PROJEK DARI IPPT:

1.       Prof Madya Dr Hasni Arsad - Program Saintis Muda Sekolah Menengah Orang Asli Zon Utara Semenanjung Malaysia

2.       Dr Noorsuzana Mohd Shariff - Program Komuniti Pencegahan Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak Sekolah Rendah (PROSAS): Normalisasi Gaya Hidup Sihat di Era

         Pandemik

3.       Prof Madya Dr Norehan Mokhtar - Empowering children with special needs with personalized oral health training tools in Northern Seberang Prai District PPDK

4.       Prof Madya Dr Bakiah Shaharuddin – Breast Prosthesis and Mastectomy Bra in Post Mastectomy Breast Cancer Patients

 

 

Scroll to Top