Achievement

Kempen Pemulangan Ubat : Penjimatan Dari Januari Sehingga Mei 2023 Menyamai Sepanjang Tahun 2022.

Published : 31 May 2023

Ruangan Khas Penerimaan Ubat-Ubatan Untuk Dipulangkan Ke Unit Farmasi PPUSMB
UNIT FARMASI PESAKIT LUAR, UNIT FARMASI, PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, May 30 2023 -

Peningkatan ketara penjimatan dalam Kempen Pemulangan Ubat-Ubatan di Unit Farmasi, Pusat Perubatan USM Bertam telah direkodkan dengan jumlah RM15,998.98 secara kumulatif bermula dari bulan Januari sehingga Mei 2023. Rekod ini telah menyamai rekod sepanjang tahun 2022 di mana pada tahun tersebut, jumlah penjimatan yang berjaya dicapai adalah sebanyak RM15,448.75.

Kempen Pemulangan Ubat-Ubatan merupakan salah satu aktiviti kelestarian Unit Farmasi, Pusat Perubatan USM Bertam yang diketuai oleh Cik Nur Jayizah Mohd Ismail, Pegawai Farmasi dan dibantu oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Penolong Pegawai Farmasi iaitu Puan Halita Md Diah, Puan Hanifati Haron, Puan Nadia Nor Aiman Mohd Noor, turut dibantu oleh sukarelawan antaranya, Puan Nurul Naimah Zunyazan dan Puan Nurhidayati Syeema Soid  sukarelawan.

Kempen ini mendidik masyarakat agar dapat menyemai sikap berjimat dan menghargai pemberian ubat secara percuma dengan memulangkan ubat-ubatan yang tidak lagi digunakan atau yang telah luput kepada Unit Farmasi di ruangan khas yang telah disediakan di Unit Farmasi Pesakit Luar, PPUSMB supaya ubat-ubatan tersebut boleh diguna semula setelah melalui penilaian tahap kualiti oleh ahli Farmasi PPUSMB atau akan dilupuskan dengan kaedah yang betul.

Photo By MOFIRHA
Graf Penjimatan Pemulangan Ubat-Ubatan Dari Januari Sehingga Mei 2023


Photo By MOFIRHA
Graf Penjimatan Pemulangan Ubat-Ubatan Sepanjang Tahun 2022.



SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
Scroll to Top