Achievement

IPPT Lancar Pendidikan Berterusan Dalam Bidang Sains BioPerubatan

Published : 28 February 2023

YBhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed melancarkan Continuous Education In Biomedical Sciences (CEBioMeds@IPPT) Programme
SAINS@BERTAM, February 28 2023 -
Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia, YBhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini melancarkan Continuous Education In Biomedical Sciences (CEBioMeds@IPPT) Programme  di  Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).

Program pendidikan berterusan dalam bidang Sains Bioperubatan dibangunkan oleh kumpulan pensyarah dan staf IPPT yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya yang dikenali sebagai Continuous Education in Biomedical Sciences (CEBioMeds@IPPT) Programme.

Menurut Badrul Hisham, CEBioMeds@IPPT ialah modul berstruktur untuk Kursus Pembangunan Profesional dalam bidang Sains Bioperubatan yang menawarkan kursus transdisiplinari yang terdiri daripada beberapa pakej modul. 

"CEBioMeds@IPPT direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar penyelidikan siswazah di IPPT dan USM yang mana mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja" jelasnya Penyelaras (CEBioMeds@IPPT itu.

Menurut Badrul Hisham lagi, tujuan pasukan ini membangunkan dan melaksanakan program latihan berstruktur bagi pelajar mod penyelidikan untuk menghasilkan graduan penyelidikan yang kompeten dalam ilmu pengetahuan yang bukan sahaja bersangkutan dengan bidang berkaitan penyelidikan mereka sahaja malah bidang lain juga sebagai nilai tambah yang diperlukan dalam mengukuhkan pengetahuan mereka terutamanya bagi keperluan kemahiran dalam bidang pekerjaan dan penyelidikan mereka.

"Malah hal juga bagi memenuhi permintaan peluang pasaran kerja dengan gaji sepadan dengan kelayakan pada tahap ‘graduate employability’ (GE) melebihi 90%. 

"Program ini menawarkan kursus yang dapat membantu pelajar dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang bioperubatan, Pergigian dan Kesihatan Klinikal,"katanya lagi.

Melalui program ini, pelajar juga akan berpeluang untuk menemui ilmu baharu atau set kemahiran baharu, di luar bidang penyelidikan utama mereka dan memperoleh akses teori dan praktikal kepada trend semasa dan teknologi terkini dalam topik penyelidikan yang dipilih, yang memberikan peluang pekerjaan atau peningkatan gaji yang lebih baik. 

CEBioMeds@IPPT telah dibuka bermula 1 Mac 2023 untuk penyertaan oleh pelajar dan individu yang berminat. 

Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang: https://cebiomeds.amdi.usm.my/ atau emel: badrul@usm.my. 

Teks disediakan oleh: Naziroh Shafii & Mahirah Mahyidin 
Teks disunting oleh: Mohamad Abdullah
Foto: Norizan Ishak

Scroll to Top