Collaboration

Kerjasama IPPT dan BMI Anjurkan ‘Kursus Kemahiran Terapi Intravena’

Published : 02 February 2024

Sesi perkongsian oleh Dr Fitreena Anis Amran
PPUSMB dan BBRAUN Medical Industries, January 29 2024 -
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia dan B. Braun Medical Industries (BMI) telah bekerjasama menganjurkan ‘Intravenous Therapy Skill Course’ pada 29 dan 30 Januari 2024. Kursus ini mengetengahkan beberapa topik berkaitan kemahiran terapi intravena, antaranya bahaya dan kawalan jangkitan dalam terapi intravena, penjagaan dan tanggungjawab pengendalian perubatan intravena, serta pengendalian peralatan intravena.   


Peserta kursus


Sesi perkongsian oleh SN Norhayati Abdul Razak

Kursus ini telah berlangsung selama dua hari, di mana hari pertama kursus berlangsung di Pusat Perubatan USM Bertam. Antara penceramah yang terlibat ialah Dr Fitreena Anis Amran, Dr Zainab Abdul Ghaffar, SN Norhayati Abdul Razak, SN Normah Mohamad Sokri, dan Ms Sumita Poopalingam. Kursus ini turut mengetengahkan sesi lawatan klinikal di mana peserta dapat melihat secara langsung aktiviti klinikal termasuklah rawatan intravena yang dijalankan ke atas pesakit.

Sesi lawatan klinikal di PPUSMB


Sesi praktikal di Aesculap Academy Skills Centre

Hari kedua kursus telah berlangsung di Aesculap Academy Skills Centre, B. Braun Medical Industries, Bayan Lepas yang turut melibatkan lawatan ke dalam kilang untuk melihat proses penghasilan kanula. Seramai 26 peserta yang terdiri daripada delegasi Malaysia dan antarabangsa telah mengikuti kursus ini untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan rawatan intravena serta mendengar perkongsian daripada pakar. Peserta terdiri daripada jururawat, jurutera sektor perubatan dan penyelidik.


Sesi praktikal di Aesculap Academy Skills Centre


Sesi praktikal di Aesculap Academy Skills Centre


Oleh: Prof. Madya Dr Fatanah Mohamad Suhaimi & Dr Noorsuzana Mohd Shariff

SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 9 - Build resilient infrastructure, promote inclusive and sustainable industrialization and foster innovation
SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
Scroll to Top