Community

Lawatan Unit OSHE IPPT dan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) PPUSMB ke Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas

Published : 30 October 2022

Gambar: Dari kiri En Md. Hisham Razak (ERT PPUSMB), Tuan Mohd Fauzi bin Suid @ Shuaib(Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas), Dr Maisarah Nasution Waras (Unit OSHE IPPT), En Mohd Sharqawi Omar (Unit OSHE IPPT)
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KEPALA BATAS, October 20 2022 -
Pada 20 Oktober 2022 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, satu  perjumpaan telah diadakan di antara Unit OSHE IPPT dan ERT PPUSM Bertam dan pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas.

Perjumpaan telah dihadiri oleh Unit OSHE IPPT yang diwakili oleh Dr Maisarah Nasution dan Mohd Sharqawi Omar, Pasukan Emergency Response Team PPUSM Bertam yang diwakili okeh En Md. Hisham Abd Razak dan Tuan Mohd Fauzi bin Suid @ Shuaib, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas.

Tujuan perjumpaan ini adalah sebagai sesi suaikenal dan perbincangan kerjasama lanjut pihak IPPT dan Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dalam menangani kecemasan dan kebakaran di IPPT. Perbincangan turut diadakan berkisarkan khidmat nasihat yang diperlukan daripada pihak bomba untuk memantapkan pasukan ERT IPPT secara keseluruhan dan sistem pencegahan dan persediaan menghadapi kebakaran di bangunan PPUSMB.

Unit OSHE IPPT dalam perbincangan itu juga telah memperkenalkan secara umum lokasi dan fungsi bangunan-bangunan IPPT. Peranan Unit OSHE IPPT dan pasukan ERT dalam persediaan menghadapi kebakaran dan kecemasan di IPPT turut dibincangkan dengan ringkas dalam pertemuan ini. 

Perjumpaan berlangsung dengan lancar dan mencapai objektifnya.
 
Pihak OSHE IPPT dan ERT PPUSM BERTAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perjumpaan kali ini.


Scroll to Top