AMDI Story

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT/PPUSMB 2024 DISAMBUT DENGAN JAYANYA

Published : 20 June 2024

MAJLIS QURBAN DAN AQIQAH IPPT/PPUSMB 2024
SEKSYEN KEJURUTERAAN,IPPT USM, June 20 2024 -


KEPALA BATAS, 20 Jun 2024- Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Hal Ehwal Islam Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (UHEIS) telah menganjurkan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Peringkat IPPT dan PPUSMB 1445H/2024M yang berlangsung hari ini di Seksyen Kejuruteraan, IPPT USM.  Program Qurban dan Aqiqah Peringkat IPPT/PPUSMB telah berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan warga USM untuk turut serta ke majlis tersebut. Program dimulai dengan ketibaan Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan sarapan pagi yang berkonsepkan juadah bawaan (potluck).


Sebanyak enam (6) ekor lembu dan satu (1) ekor kambing akan disembelih dan diproses. Sembelihan yang pertama telah dijalankan pada malam Rabu, 19 Jun 2024 iaitu sembelihan seekor kambing aqiqah oleh En. Mohamad Firdaus Harun. Manakala, 6 ekor lembu telah berjaya disembelih dengan jayanya oleh En. Masli Abd Majid (Lembu 1), Ustaz Mohd Mohsin Sirun (Lembu 2), En. Mohd Shariff Kassim (Lembu 3), En. Md Hisham Abd Razak (Lembu 4), Dr. Ahmad Fakrurrozi Mohamad (Lembu 5) dan Ustaz Mohd Lokman Mukhtar (Lembu 6).

Program Qurban dan Aqiqah Peringkat IPPT/PPUSMB 2024 ini berjaya memperlihatkan kerjasama antara semua jabatan IPPT/PPUSMB di mana turut melibatkan penglibatan semua warga staf dan pelajar di sini. Seramai 46 orang AJK dan 19 orang Sukarelawan IPPT/PPUSMB yang telah melibatkan diri dalam Program Ibadah Qurban dan Aqiqah yang dijalankan pada tahun ini.


Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) & Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), Prof. Dato’ Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, turut bersama-sama meluangkan masa melihat penglibatan kesemua petugas yang terlibat dalam menjayakan program ini. Edaran daging secara sedekah dan hadiah dijalankan bermula pada jam 12.30 tengahari kepada semua penerima yang layak serta jamuan makan tengahari turut disediakan kepada semua petugas dan peserta program.


Melalui majlis ini juga dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain terutamanya antara barisan kepimpinan dan pengurusan universiti bersama warga staf, pesara dan pelajar Universiti Sains Malaysia. Hadir sama ialah Profesor Madya Dr. Hasni Arsad, selaku Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan IPPT merangkap Pengerusi program dan Ustaz Mohd Mohsin Bin Sirun, selaku Penyelaras Unit Hal Ehwal Islam IPPT USM merangkap Pengarah program.


Teks disediakan oleh:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Nordiyana Ishak
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
20 Jun 2024


SDG 2 - End hunger, achieve food security and improved nutrition and promote sustainable agriculture
Scroll to Top