Pengarah PERKESO dari tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan juga Perlis telah mengadakan lawatan rasmi bersama-sama wakil dari cawangan utara ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains (USM) baru-baru ini.
IPPT telah menerima kunjungan rasmi lawatan dari Tn. Haji Othman Bin Mohd Nordin, Pengarah PERKESO Pulau Pinang, serta En Mohamad Haron Bin Othman yang merupakan Pengarah PERKESO Negeri Kedah serta En Basharudin Bin Khalid, Pengarah PERKESO Negeri Perlis dan disertai wakil cawangan utara seramai 13 orang lagi dalam lawatan ini.
Lawatan ini dikendalikan oleh Dr. Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi bersama rakan sekerja bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai perkhidmatan, peralatan dan kemudahan yang sedia ditawarkan kepada pesakit yang berinsurans di bawah PERKESO.
Pegawai IPPT menunjukkan peralatan dan kemudahan yang ada IPPT
“Saya berterima kasih kepada IPPT kerana lawatan ini sebenarnya telah membuka mata dan minda kita dan kita harap pihak USM dapat membantu kami (PERKESO) dan pelanggan-pelanggan yang berada di sekitar kawasan utara sekarang ini”, ujar Tn. Haji Othman Mohd Nordin, Pengarah PERKESO Negeri Pulau Pinang.
Dr. Noor Khairiah Binti A. Karim turut serta dalam mesyuarat
Tn. Haji Othman bersama dengan pengarah lain dan disertai oleh wakil-wakil PERKESO cawangan utara telah dibawa melawat ruang Rawatan Rehabilitasi, Gim, Bilik Interaktif, Bilik Motor Training, Klinik Perubatan Integratif dan juga wad-wad di sini.
“Kami yakin bahawa USM@IPPT akan dapat membantu PERKESO” kata Ooi Han Siang (Lawrence), Penolong Pengarah Operasi SOSCO Tun Razak Rehab Centre Melaka.
Dr. Noor Khairiah menyampaikan cenderahati kepada (Lawrence), Penolong Pengarah Operasi SOSCO Tun Razak Rehab Centre Melaka.
Dr. Noor Khairiah Binti A. Karim, selaku Timbalan Pengarah Klinikal IPPT, turut hadir sama memberi ucapan dalam mensyuarat bersama Pengarah PERKESO Cawangan Utara di samping mendengar masalah dan cadangan penambahbaikan keperluan lain, selain urusan kemasukan pesakit berinsurans bawah PERKESO bagi perkhidmatan tersebut, di samping mengeratkan lagi hubungan di antara kedua belah pihak.
Teks:
Mahirah Mahyidin/Suntingan: Mazlan Hanafi
Basharudin