
Penerbit USM telah mengambil inisiatif dengan menjemput Pensyarah IPPT, Dr Mohd Afifuddin Mohamad berduet bersama pakar psikiatri IPPT Dr Mohamad Farris Iman Leong Abdullah sempena KL International Book Fair 2020 bagi berbicara mengenai topik "Apa Khabar Mental Anda?". Bual bicara ini telah berlangsung secara live di facebook rasmi Penerbit USM. Sesi berlangsung selama 30 minit dan telah menerima maklumbalas yang baik dari peserta.
Antara pengisian menarik program ini adalah mengenai bahaya dan faktor kemurungan kepada manusia. Turut dikongsikan adalah terapi kemurungan dari sudut psikiatri dan spiritual.