Announcement

Siri Ceramah Pendidikan Kesihatan 15: Iktibar Sihat Dari Ramadan; Sunnah atau Punah?

Published : 28 April 2022

Poster Ceramah
SAINS@BERTAM, April 28 2022 -

Assalamualaikum dan Salam Hormat 


Y.Bhg. Datuk /Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 

JEMPUTAN MENGHADIRI SIRI CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN 15 SEMPENA PROGRAM IFTAR PERDANA IPPT USM BERSAMA KOMUNITI BERTAM

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.  

2.      Dimaklumkan bahawa, Y.Bhg. Datuk /Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput menghadiri Siri Ceramah Pendidikan Kesihatan 15 bertajuk Iktibar Sihat Dari Ramadan; Sunnah atau Punah? yang akan disampaikan oleh Dr Muhammad Yusri Musa (Pensyarah Perubatan/Pakar Pembedahan ENT). Ceramah ini diadakan sempena Program Iftar Perdana IPPT USM bersama Komuniti Bertam. Perincian ceramah ini seperti ketetapan berikut: 

                      Tarikh       :      28 April 2022 (Khamis) 

                      Masa         :      5:00 petang – 6:00 petang 

                      Tempat     :      Surau Al-Muttaqin, Bandar Putra Bertam

3.      Kehadiran Y.Bhg. Datuk /Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan ke sesi ceramah ini amatlah dialu-alukan dan dihargai. Kerjasama berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sekian, terima kasih. 

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

 

DR. ROHAYU HAMI 

PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM  

KETUA UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN 

INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU 

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

13200 USM 

PULAU PINANG

Scroll to Top