Expert Column

Edaran Maklumat Drug Edisi Ramadhan 2024 : Ubat-ubatan yang TIDAK membatalkan puasa

Nur Jayizah Mohd Ismail
Published : 12 March 2024

Maklumat Drug

Apabila berpuasa, secara lahirnya kita mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan ketika berpuasa selagi tidak melebihi had yang ditetapkan.

Salah satu ubat yang ingin diberi perhatian dan sering kali pesakit keliru adalah : alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik.

Para ulama berbeza pandangan tentang penggunaan Inhaler bagi orang yang berpuasa dan pandangan yang dipilih adalah tidak membatalkan puasa.  Beberapa penjelasan untuk mengukuhkan pendapat ini adalah :

1. Sebahagian besar dari cecair inhaler akan masuk ke anggota pernafasan dan akan kekal di dinding kerongkong, sebahagian yang kecil lain dalam  kuantiti yang amat sedikit akan turun ke dalam perut. Jumlah yang amat sedikit ini termasuk perkara yang dimaafkan.

2. Masuknya sesuatu ke dalam perut hasil dari penggunaan inhaler bukan sesuatu yang pasti, sebaliknya ia sekadar sangkaan, barangkali ia masuk ke dalam perut dan barangkali juga tidak, kerana kadar cecair yang digunakan terlalu sedikit. Oleh itu, puasa orang yang menggunakan inhaler dikira SAH dan TIDAK batal.

3. Penggunaan inhaler tidak menyamai makan dan minum.

Bagi ubat-ubatan lain yang akan membatalkan puasa. pengubahsuaian cara pengambilan ubat-ubatan boleh dilakukan oleh pesakit.

Pesakit juga harus peka terhadap tahap kesihatan diri dan perlu bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan memerlukan. Perkara ini penting bagi mengelak sebarang kesan mudarat yang tidak diingini.

Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat-ubatan.

Rujukan :


    1.https://muftiperlis.gov.my/index.php/panduan-hukum/634-hukum-puasa-bagi-pesakit-lelah-yang-menggunakan-inhaler
    2. https://pku.upm.edu.my/artikel/puasa_ubat-49315


Any enquiries, feel free to reach out to us, Pharmacy Unit. :)

Nur Jayizah Mohd Ismail
Pharmacist
Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia,
Institut Perubatan & Pergigian Termaju,
Bertam, 13200, Kepala Batas,
Penang, Malaysia.
Tel : +604 562 2625


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
Scroll to Top