
STI 100³ Kitaran 1 Tahun 2024
[ 2025 Jun | 2025 Dec , 2024 Jun | 2024 Dec , 2023 Jun | 2023 Dec , 2022 Jun | 2022 Dec , 2021 Jun | 2021 Dec , 2020 Jun | 2020 Dec , 2019 Jun | 2019 Dec ]
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Kepala Batas telah menganjurkan Program STI 100³ , satu agenda di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berlangsung sebanyak tiga sesi.
Program STI 100³ merupakan simbolik daripada “100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari”, di mana rangka pelaksanaan program ini dirancang sebagai sebuah inisiatif bersepadu yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif daripada 100 orang saintis tempatan dengan 100 sasaran sekolah dalam tempoh 100 hari bagi satu kitaran. Ia adalah susulan daripada hasrat yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Ucapan Perasmian Program National Bioeconomy Showcase (NBiOSHOWCASE) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 17 Julai 2024 yang lalu.
Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
STI 100³ Kitaran 1 Tahun 2024
Objektif pelaksanaan Program STI 100³ adalah untuk memupuk, meningkat dan memperkasakan kesedaran serta minat terhadap bidang STI di samping meningkatkan aktiviti pembudayaan STI dan penggunaan aplikasi pengetahuan STI dalam kalangan golongan masyarakat. Selain itu, memastikan kemahiran dan kepakaran Saintis dimanfaatkan secara optimum dalam membantu dan membimbing kumpulan sasaran program sekaligus untuk mewujud dan mengukuhkan kolaborasi strategik dalam bidang STI dalam kalangan semua pihak yang terlibat dengan program.
Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
STI 100³ Kitaran 1 Tahun 2024
Program Program STI 100³ di antara IPPT dan SK Kepala Batas ini dijalankan dalam tiga sesi melibatkan pelbagai jenis modul aktiviti termasuk demo sains, pertemuan secara bersemuka, aktiviti praktikal interaktif, pertandingan dan lawatan makmal seperti yang telah digariskan oleh MOSTI.
Sesi pertama Program STI 100³ di antara IPPT dan SK Kepala Batas ini berlangsung pada 9 Disember 2024 yang lalu dengan memperkenalkan para pelajar kepada empat (4) kerjaya STEM iaitu saintis DNA, saintis forensik, profesion jurutera dan doktor perubatan, di mana seramai 70 pelajar darjah 6 dari dua kelas (6 Cerdik dan 6 Dinamik) SK Kepala Batas menjadi kumpulan fokus.
Sesi kedua Program STI 100³ adalah melibatkan aktiviti praktikal kerjaya-kerjaya ini seperti pengekstrakan DNA, analisis cap jari forensik dan pengalaman realiti maya menggunakan Oculus VR untuk memahami tugas seorang doktor yang telah berlangsung pada 18 Disember 2024 yang lalu. Bukan itu sahaja, Pertandingan Tiru Gaya Saintis IPPT dan SKKB turut bermula dalam sesi kedua sehingga 5 Januari 2025.
Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
STI 100³ Kitaran 1 Tahun 2024
Manakala, sesi ketiga Program STI 100³ yang berlangsung hari ini adalah sesi lawatan sambil belajar ke makmal di IPPT, tempat di mana para saintis menjalankan penyelidikan mereka. Para pelajar juga diberikan peluang untuk menggunakan pipette dan mikroskop, melihat haiwan yang digunakan dalam kajian dan juga melihat mesin berteknologi tinggi yang dicipta oleh jurutera dalam bidang sains dan kesihatan. Sesi lawatan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Guru Besar SK Kepala Batas dan lapan (? orang lagi guru pengiring bersama-sama dengan 70 orang pelajar. Para pelajar dibawa melawat ke dua unit yang berbeza iaitu di Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) dan Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH).
Kemuncak kepada Program STI 100³ ini, adalah semasa Majlis Penutup Program STI 100³ yang berlangsung di Bilik Seminar Pusat Penyelidikan Haiwan (ARC), IPPT dengan disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB).
Majlis dimulakan dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Encik Norazrin Abdul Razak, Guru Besar SK Kepala Batas seterusnya ucapan dari Pengarah IPPT dan PPUSMB.
Bakiah Shaharuddin dalam ucapannya berkata, melalui program ini secara tidak langsung dapat memberikan manfaat kepakaran saintis dalam membimbing pelajar dan komuniti serta mengukuhkan kolaborasi antara pihak-pihak yang terlibat seperti kolaborasi antara pihak sekolah dan Institut Pengajian Tinggi.
“Saya amat berbangga dengan penglibatan saintis IPPT yang terpilih untuk program ini, iaitu Dr. Asmida Isa dan juga barisan saintis lain yang turut berkolaborasi menjayakan program ini, antaranya adalah Dr. Noorsuzana, Dr. Mohammad Syamsul Reza dan Dr. Syamimi”, katanya.
Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
STI
100³ Kitaran 1 Tahun 2024
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa, para Saintis ini telah memberikan komitmen dan dedikasi tinggi bagi memastikan program ini berjaya mencapai inisiatif yang disasarkan oleh pihak MOSTI dan pada masa yang sama, kepakaran mereka dapat dimanfaatkan secara optimum bukan hanya untuk membimbing pelajar tetapi juga untuk menyumbang kepada pembinaan bakat dalam bidang sains dan teknologi.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua lagi pensyarah IPPT yang telah terpilih di bawah program STI 100³ Kitaran 1 Tahun 2024 iaitu Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon dan Dr. Siti Hawa Ngalim. Dengan ini, secara tidak langsung menunjukkan komitmen IPPT untuk sama-sama menyumbang kepada inisiatif murni agenda nasional ini.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi tayangan video yang merangkumkan setiap sesi untuk Program STI 100³ bagi peringkat IPPT dengan kolaborasi bersama SK Kepala Batas dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Tiru Gaya Saintis dalam kalangan pelajar 6 Cerdik dan 6 Dinamik.
Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dr. Asmida Isa, Saintis Pelaksanaan Kitaran 1 Program STI 100³ Tahun 2024; Saintis-saintis Kolaborasi IPPT iaitu Dr. Noorsuzana Mat Shariff, Dr. Mohammad Syamsul Reza Harun, Dr. Syamimi Syamsuddin; Guru-guru Pengiring SK Kepala Batas; Pegawai-pegawai Utama IPPT dan PPUSMB, serta warga kerja IPPT dan PPUSMB.
Teks disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Dr. Asmida Isa
Foto: Nur Aqilah Tajul Ashikin & Nurul Nazihah Mohd Rizal
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
9 Januari 2025
#ippt #ppusmb #usm #WeLead
Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia hari ini teroka peluang kerjasama dalam bidang peranti perubatan (medical device) bersama tiga syarikat ternama iaitu ZACROS Malaysia Sdn. Bhd., 3D GENS Sdn. Bhd. dan Keysight Technologies Malaysia Sdn. Bhd.
Initiatif jaringan industri ini diambil oleh pihak BPIJ sebagai langkah untuk memperkenalkan jaringan kolaborasi kepakaran yang ada di IPPT dan pihak industri berfokus kepada bidang penghasilan peranti perubatan.
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk mengukuhkan hubungan strategik antara akademia dan industri bagi membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi impak signifikan kepada masyarakat, khususnya dalam bidang peranti perubatan, penyelidikan kanser, bioplastik, dan penjagaan kesihatan digital. Inisiatif ini juga membuka peluang untuk memperkenalkan kepakaran yang ada di IPPT kepada pihak luar dan dalam masa yang sama mempelawa pihak industri untuk berkolaborasi bersama IPPT. Selain itu, inisiatif ini juga membuka peluang untuk penyelidik berkolaborasi bagi mendapatkan dana penyelidikan yang berimpak tinggi yang dapat membantu pembangunan teknologi baharu dan memacu kemajuan penyelidikan yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti serta kemajuan negara.
Photo By NOOR SYUHADA ABDUL RAHIM
Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ), IPPT
Perbincangan berfokus ini dimulakan dengan pengenalan tentang penyelidikan dan inovasi di IPPT yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan). Badrul Hisham dalam ucapannya berkata “Dengan kekuatan yang ada di IPPT dan PPUSMB dalam bidang penyelidikan dan perkhidmatan terutamanya kanser, IPPT dan PPUSMB kini menjadi tumpuan negara dan dunia”. Beliau turut berkata dengan penyediaan platform perbincangan berfokus ini, permasalahan di lapangan yang melibatkan pesakit dan perawat kesihatan dapat dibincangkan secara mendalam sebagai permulaan kepada permasalahan kajian yang membuka ruang kolaborasi penyelidikan di antara penyelidik di IPPT dan wakil-wakil industri terutamanya sebagai persediaan kepada geran penyelidikan berasaskan produk seperti Prototype Research Grant Scheme (PRGS) dan juga geran penyelidikan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Perbincangan seterusnya diteruskan dengan perkongsian oleh pihak industri dimulakan oleh Dr. Manoj Lakshmanan Project Manager (Bioplastics), Zacros Malaysia Sdn. Bhd. Kemudiaanya diteruskan dengan perkongsian oleh Dr. Izhar Abd Aziz, Managing Director 3D Gens Sdn. Bhd., dan Mr. Daniel YAP, Worldwide Education & Research Business Manager, Keysight Technologies Malaysia Sdn. Bhd.
Photo By NOOR SYUHADA ABDUL RAHIM
Bahagian
Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ), IPPT
Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah pakar-pakar perubatan dan pergigian, dan para penyelidik di IPPT, Pusat Pengajian Sains Biologi (Kampus Induk) serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (Kampus Kejuruteraan) yang mempunyai latar belakang kepakaran yang pelbagai dan berpengalaman dalam pembangunan peranti perubatan.
Antara yang hadir adalah Dr. Juzailah Roffie, Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Lim Vuanghou, Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Mohd Zin, Dr. Muhammad Azrul Zabidi, Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal, Dr. Nizuwan Azman, Dr. Mastura Mohd Mujar, Prof. Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh, Dr. Rafeezul Mohamed, Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon, Dr. Rohayu Hami, Dr. Siti Hawa Ngalim, Dr. Siti Razila Abdul Razak, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Zuratul Ain Abdul Hamid, Dr. Nur Shuhaidatul Sarmiza, Dr. Nur Nadhirah Mohamad Zain, Dr. Maisarah Nasution Waras, Prof. Madya Dr. Citartan Marimuthu, Dr. Mohd Yusmaidie Aziz, Prof. Madya Dr. Muhamad Yusri Musa, Dr. Norfarazieda Hassan, Prof. Madya Dr. Noor Diyana Osman, Dr. Nor Effa Syazuli Binti Zulkafli, Prof. Madya Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, Dr. Noor Ayuni Ahmad Shafiai, dan Pn. Naziroh Shafii.
Hasil perbincangan mendapat sambutan yang sangat positif daripada semua pihak yang hadir. Secara keseluruhan, mereka menyokong inisiatif perbincangan berfokus ini, dan perbincangan susulan akan diadakan dalam masa terdekat.
Teks oleh: Naziroh Shafii, Prof. Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya & Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon
#ippt #ppusmb #usm #WeLead
Tiga saintis dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah terpilih dalam pelaksanaan Program STI 100³ yang merupakan inisiatif bersepadu di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang melibatkan 100 saintis, 100 sekolah, 100 hari di seluruh Malaysia. Para saintis IPPT yang telah terpilih adalah Dr. Asmida Isa, Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon dan Dr. Siti Hawa Ngalim.
Untuk lawatan kerja MOSTI ini, dua projek STI 1003 yang terpilih adalah kolaborasi bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Kepala Batas di bawah Dr. Asmida Isa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di bawah Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon. Sehubungan dengan itu, pihak MOSTI yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim selaku Ketua Setiausaha MOSTI bersama-sama dengan 6 orang lagi delegasi MOSTI telah meluangkan masa dengan melakukan tinjauan berkaitan keberkesanan Program STI 100³ ini.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN MOSTI
KE SK KEPALA BATAS, PENANG
Objektif pelaksanaan Program STI 100³ adalah untuk memupuk, meningkat dan memperkasakan kesedaran serta minat terhadap bidang STI di samping meningkatkan aktiviti pembudayaan STI dan penggunaan aplikasi pengetahuan STI dalam kalangan golongan masyarakat. Selain itu, memastikan kemahiran dan kepakaran Saintis dimanfaatkan secara optimum dalam membantu dan membimbing kumpulan sasaran program sekaligus untuk mewujud dan mengukuhkan kolaborasi strategik dalam bidang STI dalam kalangan semua pihak yang terlibat dengan program.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN MOSTI KE SK KEPALA BATAS, PENANG
Sesi lawatan kerja dimulakan dengan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang dengan YBrs Encik Norazrin Abdul Razak, Guru Besar SK Kepala Batas memberikan ucapan aluan. Seterusnya, Dr. Asmida Isa, yang merupakan Saintis Pelaksana Kitaran 1 Program STI 100³ yang berkolaborasi dengan SK Kepala Batas telah membuat pembentangan dapatan Program STI 100³ - Eksplorasi Kerjaya STEM di Bilik Mesyuarat SK Kepala Batas.
Majlis disusuli dengan ucapan dari Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB).
Sesi lawatan kerja di SK Kepala Batas turut dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan IPPT USM; Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon, Ketua Seksyen Inovasi dan Jaringan IPPT USM; Profesor Madya Dr. Rafeezul Mohamed, Ketua Jabatan Sains Bioperubatan IPPT USM; Dr. Siti Mardhiana Mohamad, Ketua Jabatan Kesihatan Komuniti IPPT USM; Saintis-saintis Kolaborasi dari IPPT iaitu Dr. Noorsuzana Mohd Shariff, Dr. Mohammad Syamsul Reza Harun dan Ts. Dr. Syamimi Syamsuddin; Encik Norazrin Abdul Razak, Guru Besar SK Kepala Batas; En. Mohamad Azhan Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kepala Batas dan Puan Zyafydah Mohamad Zin, Ketua Panitia Sains dan Penyelaras STEM, SK Kepala Batas, Pulau Pinang.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN MOSTI KE SK KEPALA BATAS, PENANG
Seterusnya, sesi pembentangan dapatan Program STI 100³ oleh Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon selaku Saintis Program STI 100³ - X-ray explorer: Interactive science exploration, yang terpilih dalam pelaksanaan program ini.
Sesi lawatan kerja di SK Bertam Indah turut disertai oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan IPPT USM; Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa IPPT USM; Pegawai-pegawai Penyelidik selaku Fasilitator Program STI 100³ yang terdiri daripada Dr. Nizuwan Azman, Dr. Nurdianah Harif Fadzilah, Puan Zaleha Md Toha; Puan Siti Zaleha Mat Isa; Cik Nor Arina Ismail; Puan Nur Maizatul Azra Mukhtar; Guru-guru SK Bertam Indah iaitu Encik Mohamad Kamel Hafiz Salim, Puan Murni Solleh, Puan Norhusna Omar; Puan Junaidah dan Kapten Abd Hamid mewakili AJK PIBG SK Bertam Indah.
Delegasi MOSTI yang hadir adalah YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); Encik Abdullah Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI; Puan Uwarani Krishnan, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI; Encik Nurulah Ernesto Kennedy, Pegawai Khas Pejabat KSU; Encik Ahmad Fadhil Mohd Salleh, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan Cik Nurul Amirah Fakhira Ishak, Pegawai MySTEP Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN MOSTI KE SK
KEPALA BATAS, PENANG
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN MOSTI KE SK KEPALA BATAS, PENANG
Teks disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Dr. Asmida Isa, PM Dr. Rafidah Zainon
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
13 Januari 2025
#ippt #ppusmb #usm #WeLead
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) hari ini, menerima lawatan kunjungan dari Sekretariat Penyelidikan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat lawatan kerja ke Makmal Penyelidikan Berpuat (CRL) dan Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH), IPPT.
Delegasi lawatan yang diketuai oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya - Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) IPPT bersama pegawai-pegawai Sains CRL dan SPH, IPPT.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN FAKULTI SAINS
KESIHATAN UKM KE IPPT
Antara tujuan lawatan adalah untuk berkongsi dan menimba pengalaman, idea, maklumat dan kepakaran dalam bidang pengurusan makmal dan penyelidikan serta rumah haiwan di samping mengadakan sesi lawatan ke makmal-makmal dan pusat penyelidikan yang terdapat di IPPT sebagai penanda aras dan rujukan kepada Fakulti Sains Kesihatan, UKM.
Seramai 21 orang delegasi diketuai oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM; Profesor Madya Dr. Satirah Zainalabidin dan Profesor Dr. Nor Fadilah Rajab merupakan Timbalan Dekan dan Mantan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) bersama-sama dengan 12 orang Pegawai Sains, empat (4) orang Pegawai Penyelidik, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pegawai Tadbir masing-masing seorang.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN
FAKULTI SAINS KESIHATAN UKM KE IPPT
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) IPPT dan seterusnya ucapan oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM.
Semua delegasi yang hadir kemudiannya dibawa melawat ke Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) dan Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH). Para delegasi turut mengadakan lawatan ke Klinik Onkologi, Radioterapi dan Brakiterapi dengan diiringi oleh Profesor Madya Dr. Muhamad Yusri Musa merupakan Pensyarah Perubatan, Dr. Miqdad Danial selaku Pegawai Perubatan dan Encik Mohd Zakir Kassim, Juru X-ray Seksyen Radiologi, Onkologi dan Perubatan Nuklear. Seterusnya, lawatan ke Unit Rehabilitasi yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Akasyah Baharum selaku Ketua Perkhidmatan Rehabilitasi.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN
FAKULTI SAINS KESIHATAN UKM KE IPPT
Hadir sama meraikan delegasi adalah Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon, Profesor Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh, Dr. Nor Azlina Khalil, Puan Nurulakma Zali, Puan Rafedah Abas, Puan Syazwani Ismail, Puan Naziroh Shafii dan Cik Nur Syazana Azizan.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN
FAKULTI SAINS KESIHATAN UKM KE IPPT
Teks disediakan oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh : Naziroh Shafii
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
15 Januari 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) hari ini, mengadakan lawatan kerja ke Makmal Cytogenomix Sdn Bhd. Cytogenomix adalah sebuah makmal diagnostik genetik yang berstatus ISO15189 dan akreditasi CAP yang menawarkan pelbagai pengujian genetik menggunakan platform NGS dan mempunyai pangkalan data genomik yang luas.
Antara tujuan lawatan adalah untuk membincangkan secara mendalam mengenai kepakaran, infrastruktur, dan potensi kolaborasi dalam bidang next- gene sequence (NGS) dan analisa genomik.
Hasil daripada perbincangan lawatan kerja ini, sedikit sebanyak IPPT dapat membuat tinjauan berkaitan kemudahan makmal dengan memahami proses kerja pengujian NGS dan SOP syarikat di samping dapat menjalinkan kerjasama secara lisan dalam usaha untuk berkolaborasi dalam bidang penyelidikan oleh para penyelidik IPPT. Antara potensi kolaborasi adalah melalui sesi latihan sangkutan industri untuk pelajar IPPT (research & mixed mode), sandaran industri untuk pensyarah IPPT, pinjaman alatan terpakai (in-kind) bagi tujuan penyelidikan dan penjanaan kewangan IPPT serta penganjuran bersama program saintifik.
Di samping itu, kolaborasi ini turut melibatkan perancangan kerjasama bagi pengujian diagnostik molekul yang penting untuk pengesanan perubahan genetik dalam kanser, pengembangan terapi bertarget, serta penyelidikan tambahan bagi ujian ubat termasuk ujian menilai perubahan genetik daripada peserta ujian klinikal ubat.
Melalui potensi kolaborasi antara kedua-dua institusi ini dapat memberikan sumbangan signifikan bagi mengembangkan aktiviti penyelidikan di IPPT dengan penglibatan industri.
Teks disediakan oleh : Dr. Nor Effa Syazuli Zulkafli & Dr. Ahzad Hadi Ahmad
Teks disunting oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
#ippt #ppusmb #usm #WeLead
Tanggal bersejarah 1 Mei, USM dengan diwakili delegasi Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) telah menyertai Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil. Sambutan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan upacara yang gilang gemilang.
Para peserta yang terdiri daripada 82 staf USM dari Kampus Induk, Kampus Kesihatam, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT)/ Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) sangat teruja dengan kata-kata semangat dan amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Steven Sim Chee Keong.
Sambutan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta yang terdiri daripada para pekerja di badan berkanun, sektor awam dan swasta, juga kesatuan.
Perdana Menteri turut melancarkan inisiatif Kad Pekerja Madani yang memberi harapan baru untuk para pekerja. Ia selari dengan tema sambutan kali ini, 'Pekerja Kesuma Bangsa' yang memberi pengiktirafan terhadap peranan penting para pekerja sebagai tulang belakang negara.
Sambutan turut dimeriahkan dengan Karnival Ekspo Kerjaya Mega dan pelbagai acara, juga penghargaan.
Para wakil staf USM sangat berbesar hati dapat menyertai konvoi dua biji bas ini dan berharap semoga USM dapat mengadakan konvoi ini setiap tahun demi meraikan sambutan Hari Pekerja ini.
BANDUNG, 12 Mei 2025 – Pasukan penyelidik dari Dementia Multidisciplinary Research Program (DMR-IPPT), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah mengadakan lawatan sambal belajar ke dua buah Sekolah Lanjut Usia (Lansia) yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar di Bandung serta lawatan kolaborasi penyelidikan ke Centre for Family and Ageing Studies (CeFAS), Universitas Respati Indonesia (URINDO) di Jakarta
Photo By Syamimi Shamsuddin
Delegasi dari Dementia Multidisciplinary
Research Program (DMR-IPPT) bergambar bersama-sama Dr. Susiana Nugraha,
pasukan pengurusan Sekolah Lansia SIMADU serta beberapa orang pelajar
lansia
Photo By Syamimi Shamsuddin
Pasukan dari DMR-IPPT semasa sesi
memperkenalkan diri kepada pelajar dan duta lansia sebelum kelas bermula
di Dewan Wali Kota, Bandung
Photo By Syamimi Shamsuddin
Dr. Siti
Mardhiana binti Mohamad (Ketua
Jabatan Kesihatan Komuniti, IPPT) menyampaikan cenderahati kepada Rektor
Universitas Respati Indonesia (URINDO), Prof. Dr. Cicilia
Windiyaningsih
Photo By Syamimi Shamsuddin
Delegasi DMR-IPPT bergambar bersama
Rektor Universitas Respati Indonesia (URINDO), Prof. Dr. Cicilia
Windiyaningsih, SKM., M.Kes dan Prof. Dr. Tri Budi Wahyuni Rahardjo
selaku penasihat CeFAS berserta para pimpinan URINDO
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama serantau dalam bidang penyelidikan penuaan dan dementia serta membuka ruang kepada inisiatif rentas negara yang bersifat impak tinggi kepada komuniti warga emas di Asia Tenggara.
Photo By Syamimi Shamsuddin
Dr. Rohayu binti Hami (Ketua Program
Penyelidikan DMR-IPPT) membentangkan mengenai program penyelidikan
DMR-IPPT kepada pihak URINDO
Photo By Syamimi Shamsuddin
Dr. Ernest Mangantig dan Dr. Syamimi Shamsuddin bergambar bersama Prof. Dr. Tri Budi Wahyuni Rahardjo (penasihat CeFAS, URINDO)
Photo By DMR-IPPT
Kunjungan delegasi DMR-IPPT ke PPSP
Rombongan telah diketuai oleh YBrs. Dr. Siti Mardhiana binti Mohamad, Ketua Jabatan Kesihatan Komuniti IPPT bersama YBrs. Dr. Rohayu Hami, Ketua Program Penyelidikan DMR-IPPT. Turut serta dalam lawatan ini ialah penyelidik-penyelidik DMR-IPPT: Ts. Dr. Syamimi Shamsuddin, Dr. Siti Nurfatimah Mohd Shahpudin, Dr. Ernest Mangantig, Dr. Salbiah Isa dan Dr. Noor Mastura Mohd Mujar.
Photo By DMR-IPPT
Sesi perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan & Inovasi, PPSP
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kolaborasi bersama para penyelidik di PPSP yang menjalankan kajian berkaitan warga emas dan demensia. Selain itu, lawatan ini turut meneroka potensi pelantikan penyelidik bersama dari kalangan para penyelidik di PPSP dalam projek-projek sedia ada serta akan datang di bawah program DMR-IPPT serta melawat fasiliti klinikal di PPSP yang berpotensi digunakan sebagai lokasi pengumpulan data bagi penyelidikan berkaitan demensia dan penuaan.
Sesi perbincangan yang berlangsung dimulakan dengan perkongsian daripada Prof. Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad selaku Ketua Kluster Penyelidikan Public Health, Ageing and Lifestyle. Dalam sesi ini, beliau telah membentangkan skop penyelidikan berkaitan warga emas yang sedang dijalankan oleh para penyelidik di PPSP. Selepas itu, para penyelidik DMR-IPPT mengusulkan pula beberapa cadangan kolaborasi yang boleh diteroka bersama melalui projek-projek penyelidikan yang sedang dijalankan.
Pihak PPSP menyambut baik inisiatif kerjasama ini dan menzahirkan harapan agar kolaborasi penyelidikan bersama pasukan DMR-IPPT dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan penyelidikan multidisiplin dalam bidang penuaan dan kesihatan komuniti dalam kalangan penyelidik USM, sekali gus menyumbang kepada impak yang lebih besar kepada masyarakat.
Laporan disediakan oleh:
Ts. Dr. Syamimi Shamsuddin, Dr. Siti Nurfatimah Mohd Shahpudin dan Dr. Rohayu Hami
BUTTERWORTH, 10 JAN 2025: Satu kunjungan kolaborasi penyelidikan telah diadakan di Pejabat Yayasan Restu Wilayah Utara, Masjid At-Taqwa, Butterworth, melibatkan pertemuan antara penyelidik utama, Dr. Noor Mastura Mohd Mujar dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Ketua Pegawai Operasi Yayasan Restu Wilayah Utara, Encik Anuar Omar. Turut hadir ialah penyelidik bersama, Dr. Mohd Afifuddin dan Dr. Rohayu Hami.
Photo By Dr. Noor Mastura Mohd Mujar
Penerangan proses penyalinan Al-Quran
Lawatan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai simbolik kepada permulaan jalinan rasmi kerjasama penyelidikan antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Yayasan Restu. Kolaborasi ini turut dimeterai melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua pihak.
Bertam, 15
Mei 2025 – Seramai
50 orang peserta terdiri daripada
pensyarah, penyelidik dan staf Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT),
Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghadiri Bengkel Pemerkasaan MyRA
dan KPI IPPT Sesi Pertama yang
berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Auditorium Sains@Bertam.
Bengkel ini
telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah
IPPT, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan bengkel ini sebagai wadah
untuk memperkukuhkan kefahaman warga IPPT terhadap kerangka penilaian MyRA,
serta menyusun semula strategi bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
institusi secara lebih berkesan dan berimpak tinggi.
Menurut beliau, kekuatan sebenar IPPT bukan sahaja bergantung kepada fasiliti atau sumber kewangan, tetapi lebih utama adalah komitmen serta kolaborasi dalam kalangan warganya, sejajar dengan matlamat SDG 17: Partnerships for the Goals.
Beliau turut
mengajak peserta untuk menjadikan bengkel ini sebagai ruang untuk “Co-Learn
dan Re-Learn”
daripada Penceramah Jemputan agar IPPT dapat melonjak sebagai pusat
kecemerlangan penyelidikan dan inovasi yang disegani.
Bengkel khusus
ini turut menampilkan dua penceramah jemputan berpengaruh iaitu:-
Turut hadir memeriahkan bengkel ini ialah barisan Timbalan Pengarah IPPT yang diketuai oleh Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya (Penyelidikan dan Jaringan), serta Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A.Karim, dan Profesor Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, bersama Ketua-ketua Jabatan dan Program Penyelidikan IPPT.
Bengkel diteruskan
pada sebelah petang dengan Sesi Kedua iaitu perbincangan secara kumpulan
bertumpu mengikut kumpulan seksyen-seksyen yang terdapat dalam penilaian MyRA.
Manakala hari
kedua telah menyaksikan pembentangan hasil perbincangan oleh setiap kumpulan
peserta.
Program khusus ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan IPPT, diketuai oleh Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya dan pasukannya. Bengkel ini menyokong matlamat SDG 3: Good Health and Well-being, melalui sumbangan berimpak tinggi dalam sains kesihatan dan perubatan.
Melalui bengkel ini, warga IPPT diyakini dapat memperkukuh strategi penyelidikan dan pencapaian akademik sejajar dengan aspirasi universiti sebagai institusi APEX negara.
Teks disediakan oleh: Naziroh Shafii, Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon
Foto oleh: Jusrina Muhammad, Nur Fadilah Safar
Bahagian
Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan
15 Mei 2025
As an effort to strengthen regional academic networks and broaden the horizons of student/lecturer experiences, an international collaboration program has been established since 2022 between the Advanced Medical and Dental Institute (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), and several higher education institutions around Medan, Indonesia. This program has been successfully carried out through various academic, practical, and community-based activities, reflecting the spirit of cross-border knowledge sharing. As a continuation of this collaboration, a student exchange program from IPPT to one of the higher education institutions in Medan took place in November 2024. In this program, IPPT students were exposed to the higher education system in Indonesia as well as the local healthcare system. They were also involved in knowledge transfer sessions, including sharing their academic and research experiences with high school students in Medan. This initiative not only strengthened bilateral ties between institutions and nations, but also nurtured early interest among young students in the fields of science and research. Undeniably, this activity provided valuable opportunities for Malaysian students to explore the history and culture of a neighboring country, while establishing international networks early in their careers, helping them to appreciate the importance of cross-border education in fostering high-quality and lifelong learning.
For a comprehensive overview of the program held from 11th to 17th November 2024, please click the link below:
Photo By IPPT
Bonding Over a Meal: Gathering with MMed Transfusion Medicine Students
Four medical specialists in training from the Clinical Pathology Residency Program (PPDS) at Universitas Airlangga (UNAIR),Surabaya Indonesia, have successfully completed a two-week clinical attachment at the Advanced Laboratory,Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB), IPPT, Universiti Sains Malaysia (USM).
Held from 19 to 30 May 2025, the program offered the residents an immersive experience in advanced diagnostic methodologies, translational clinical research, and laboratory-based medical practices within a dynamic Malaysian healthcare environment.
The participating residents were:
• Dr. Erro Bagus Ziefrizal
• Dr. Fransiska Jaya Pranata
• Dr. Alvin Hartanto Kurniawan
• Dr. Nur Chumairoh
Throughout the attachment, the residents engaged in a broad range of academic and clinical activities, including hands-on training in molecular and immunology diagnostics, transfusion medicine, and exposure to cutting-edge laboratory technologies. They also took part in case-based clinical discussions and interdisciplinary rounds alongside local postgraduate trainees and research fellows.
Photo By IPPT
Smiles and Gratitude with the Program Coordinator
The attachment was coordinated by IPPT’s academic and clinical team, reinforcing the institute’s commitment to fostering a translational approach to medicine—where laboratory science is seamlessly integrated with patient care. “This attachment aims to provide international medical trainees with early exposure to interdisciplinary research and innovative diagnostic strategies that bridge the gap between clinical and laboratory medicine,” said Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim, coordinator of the program at IPPT.
This collaborative program marks a significant step in strengthening academic and institutional ties between IPPT, USM and UNAIR, laying the groundwork for future partnerships in medical education, training, and research.
Bertam, 13th June 2025- The Research, Innovation, and Networking Section of IPPT USM organised a focused group discussion aimed at strengthening cross-disciplinary research synergies between Universiti Sains Malaysia (USM) and Universiti Teknologi MARA (UiTM). This initiative specifically sought to bridge expertise in the fields of engineering and health sciences. The session brought together experienced researchers from both institutions to share expertise, explore potential collaborations, and align research priorities for greater national and global impact.
Photo By Jusrina Muhammad, Nur Fadilah Safar, BPIJ
Discussion session
The session began with welcoming remarks by Professor Dr. Badrul Hisham Yahaya, Deputy Director of Research, Innovation and Networking, IPPT USM. He welcomed the delegation from UiTM Penang Branch, Permatang Pauh Campus, and introduced the key research thrust areas and available facilities at IPPT USM. In his speech, he underscored the importance of transdisciplinary research in addressing current healthcare challenges and encouraged stronger collaboration between USM and UiTM to enhance the national research ecosystem.
Photo By Jusrina Muhammad, Nur Fadilah Safar, BPIJ
Welcoming Remarks by Deputy Director of Research, Innovation and Networking, IPPT USM
Following this, Associate Professor Ir. Ts. Dr. Hajah Siti Noraini binti Sulaiman, Deputy Rector (Academic Affairs), UiTM Penang Branch, presented an overview of the Advanced Control System and Computing Research Group (ACSCRG). She highlighted several ongoing research projects within the group, focusing on advanced control technologies, intelligent computing systems, and the integration of engineering solutions in the medical and healthcare domains. She expressed hope that this focused discussion would serve as a catalyst for more robust research partnerships between the two institutions. She also stressed the importance of sustaining the collaboration that began in 2014, with the aim of amplifying research impact both nationally and internationally.
Photo By Jusrina Muhammad, Nur Fadilah Safar, BPIJ
A talk by Deputy Rector (Academic Affairs), UiTM Penang Branch
The active discussion that followed led to various proposals for joint research, particularly in the areas of bioinstrumentation, medical technology, and artificial intelligence applications in healthcare. Key areas identified for collaboration included:
· Development of smart medical devices and IoT-based health monitoring systems.
· Joint preclinical studies utilising animal and cell-based research facilities.
· Strengthening collaborative efforts in securing competitive grants such as FRGS, PRGS, and LRGS.
· Strategic planning for journal publications.
This discussion demonstrated that the synergy between engineering and health sciences has the potential to generate more holistic and impactful research innovations. It is hoped that this initiative will continue in a structured and sustainable manner, contributing meaningfully to the advancement of science and technology in Malaysia.
Photo By Jusrina Muhammad, Nur Fadilah Safar, BPIJ
Token of appreciation to IPPT USM
The Advanced Medical and Dental Institute (AMDI) of Universiti Sains Malaysia (USM), was honoured to host the first week of the Fulbright Specialist Program – Malaysia Edition, which officially kicked off on 19 June 2025 at USM@KL, Kuala Lumpur. The inaugural session featured Fulbright Professor Dr. Kebret Kebede Theodore from Nevada State University, USA
Led by Dr. Siti Hawa Ngalim, this engagement focused on the theme “Bone Health – Bioeconomy”, and brought together a diverse group of Malaysian stakeholders, including academics, healthcare professionals, and researchers. The session fostered meaningful discussions around pressing challenges and emerging opportunities at the intersection of public health, biomedical innovation, and sustainable economic development.
Professor Dr. Kebret’s visit, conducted under the prestigious U.S. Fulbright Specialist Program, exemplified the power of international academic exchange in driving innovation, building capacity, and strengthening global collaboration.
This program was made possible through the generous support of the Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE Fulbright) (www.macee.org.my), under the banner of Fulbright Malaysia, in collaboration with AMDI USM.
We extend our heartfelt appreciation to Professor Dr. Kebret, MACEE, Fulbright Malaysia, and all participating stakeholders for their invaluable contributions and active engagement in making the first week of this series a great success. We would also like to extend our sincere appreciation to the Centre for Development of Academic Excellence (CDAE USM) for their generous provision of match funding, and to the International Mobility and Collaboration Centre (IMCC USM) for their dedicated assistance in managing the visa arrangements for our Fulbright Specialist.
Special thanks also go to AMDI USM for their steadfast support from the provision of facilities to the commitment of human resources as well as to USM@KL for warmly hosting the first week of the program and providing excellent venue support.
Following the event, Professor Dr. Kebret and members of the organizing committee had the opportunity to visit the MACEE headquarters in Kuala Lumpur, a wonderful occasion to strengthen institutional ties and personally express our appreciation for their ongoing support. Special thanks to Ms. Leena Rajagopal from MACEE for the warm welcome and gracious hospitality.
The Fulbright Specialist Program series continues in the coming weeks, and we look forward to building on this strong start to further foster global partnerships in health, science, and innovation.
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Jun 2025 – IPPT terus memperkukuh kerjasama antarabangsa menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan (Research Collaboration Agreement, RCA) dengan Mutah University di Jordan. Majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Kampus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail yang mewakili Naib Canselor. Pada masa yang sama, satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jordan University of Science and Technology (JUST) serta satu RCA dengan The University of Jordan turut dimeterai.
Photo By MPRC
MOU USM X JORDAN
Menurut Shaiful Bahari, MoU dan RCA ini mencerminkan komitmen bersama institusi pengajian tinggi dari dua negara untuk meneroka potensi kolaborasi dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan komuniti.
“Kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam usaha untuk mewujudkan hubungan akademik yang menyeluruh dan inklusif serta memberi manfaat bukan sahaja kepada pensyarah dan pelajar, malah kepada golongan masyarakat khususnya pelanggan yang berurusan dengan institusi kami,” katanya. Perjanjian ini juga bertujuan untuk menggalakkan mobiliti staf akademik dan pelajar, di samping membuka peluang kepada projek penyelidikan bersama yang berimpak tinggi.
Beliau berkata, kolaborasi antara USM dan tiga universiti tersebut telahpun membuahkan hasil awal yang memberangsangkan apabila enam projek penyelidikan menerima pembiayaan menerusi Dana Geran Pemangkin Malaysia–Jordan (Malaysia–Jordan Bridging Grants).
Photo By MPRC
MOU USM X JORDAN
Projek di bawah IPPT ialah 'Research Collaboration on Deciphering the Mechanisms of Flavonoids Against Breast Cancer Through Integrated Metabolomics and Network Pharmacology' – (kajian integratif menggunakan pendekatan metabolomik dan farmakologi rangkaian antara USM dan Mutah University). Projek ini diterajui oleh Prof Madya ChM. Ts. Dr Lim Vuanghao.
Shaiful Bahari turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha sama ini dan berharap agar perjanjian yang dimeterai menjadi asas kepada kejayaan bersama dalam bidang akademik dan inovasi masa hadapan.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Malaysia Jordan yang mewakili Duta Besar Malaysia ke Jordan dan Palestin, Profesor Madya Dr. Radzuwan Ab Rashid dalam ucapannya berkata, kolaborasi ini dimeterai melalui inisiatif Geran Pemangkin Malaysia - Jordan menerusi Education Malaysia Jordan (EMJ) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2022 dan kini diteruskan dalam pusingan kedua bagi tahun 2024 sebagai usaha berterusan memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan antara Malaysia dan Jordan.
"Saya berharap agar kolaborasi antara USM dan ketiga-tiga universiti ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai penyelidik antara kedua-dua negara untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang lain pada masa akan datang.
"Semoga kerjasama ini memberi manfaat bersama kepada institusi pengajian masing-masing dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan penyelidikan serta mendorong ke arah pengantarabangsaan yang lebih efektif di samping jalinan persahabatan yang kukuh," katanya.
Photo By MPRC
MOU USM X JORDAN
Turut hadir dalam majlis secara maya ini ialah Naib Presiden JUST, Profesor Dr. Muna A. Abu-Dalo; Naib Presiden Hal Ehwal Kolej Sains, Mutah University, Profesor Dr. Amin Aqel; Dekan Penyelidikan Saintifik, The University of Jordan, Profesor Dr. Yaser Rayyan; Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Pengarah, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM, Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin; wakil dari Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan dan para penyelidik dari JUST, Mutah University, The University of Jordan dan USM.
Teks disediakan oleh: Cik Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Lim Vuanghao
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
19 Jun 2025
Padang, 23 Jun 2025 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, terus mengorak langkah memperkukuh visibiliti antarabangsa apabila lima wakil pensyarah dari Jabatan Toksikologi dijemput sebagai pensyarah jemputan oleh Universitas Andalas (UNAND), Universitas Putra Indonesia YPTK (UPI YPTK) dan Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah (STIT) Syekh Burhanuddin Pariaman dengan Kerjasama Asosiasi Dosen Pengabdian kepada Masyarakat Indonesia (ADPI) sempena Program International Multidisciplinary Service Community (IMSC) 2025. Program yang julung kali melibatkan penyertaan dari IPPT ini merupakan inisiatif strategik antara IPPT dan ADPI dalam memperkasa kolaborasi serantau melalui pengajaran, penyelidikan dan khidmat komuniti. Program ini berlangsung dari 22-26 Jun 2025.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Penyerahan plak IPPT, USM yang diwakili
oleh Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal kepada Presiden ADPI, Prof.
Dr. M. Zaim dari Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
Program International Multidisciplinary Service Community (IMSC) 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat kolaboratif antara IPPT-UNAND pada hari pertama pelaksanaan bahagian pertamanya. Bertempat di Fakultas Kedokteran Universitas Andalas, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Presiden ADPI, Prof. Dr. M. Zaim dari Universitas Negeri Padang dan dirasmikan oleh Dekan Fakultas Kedokteran, Dr. dr. Sukri Rahman dari UNAND.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Para pemenang poster bersama pensyarah-pensyarah IPPT
Bertemakan Integrative Approaches in Nutrition and Biomedical Sciences: from Natural Compounds to Nanomedicine for Cancer, Bone Health and Metabolic Syndrome para pensyarah IPPT yang terlibat sebagai pensyarah jemputan berkongsi pendekatan toksikologi perubatan dan teknologi nano dalam rawatan kanser, seiring dengan misi program IMSC dalam memupuk pemindahan ilmu dan pembangunan kapasiti akademik. Para pensyarah IPPT yang terlibat termasuklah Dr. Sharlina Mohamad, Dr. Nor Adlin Md Yusoff, Dr. Nurul Shahfiza Noor, Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal dan Dr. Nurhuda Mohamad Ansor. Sesi ini turut disertai oleh Prof. dr. Ilmiawati, selaku pensyarah jemputan dan dr. Ulya Uti Fasrini serta Dr. Dessy Arisany sebagai moderator dari UNAND. Sesi seterusnya dilanjutkan dengan pertandingan dan presentasi poster yang disertai oleh para pelajar dari Fakultas Kedokteran, UNAND, di mana pensyarah IPPT terlibat sebagai juri.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Pensyarah dan wakil dari Institut
Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Fakultas Kedokteran, Universitas
Andalas (UNAND), dan Assosiasi Dosen Pengabdian kepada Masyarakat
Indonesia (ADPI) yang terlibat dalam syarahan jemputan.
Program hari pertama ini mendapat sambutan hangat daripada warga UNAND yang menunjukkan minat mendalam terhadap perspektif dan amalan akademik dari Malaysia. Beberapa sesi soal jawab dan diskusi interaktif turut diadakan bagi merangsang pemikiran kritis dan kolaborasi penyelidikan masa hadapan. Program ini menyaksikan penglibatan aktif pensyarah dari IPPT sebagai pensyarah jemputan di Universitas Andalas, sekaligus memperkukuhkan jaringan akademik dan perkongsian ilmu rentas sempadan.
Bahagian pertama IMSC 2025 akan berlangsung selama beberapa hari, merangkumi pelbagai aktiviti kolaborasi akademik dan khidmat komuniti yang menekankan kepada knowledge diplomacy, inovasi sosial dan pembangunan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Program IMSC2025 pada hari pertama diteruskan dengan perkongsian ilmu melalui sesi syarahan jemputan dengan kerjasama Fakulti Teknologi Pertanian, Universitas Andalas. Dua pensyarah dari Jabatan Toksikologi, IPPT iaitu Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal dan Dr. Sharlina Binti Mohamed telah dijemput untuk menyampaikan syarahan ilmiah kepada warga akademik UNAND. Ketibaan para peserta program IMSC disambut mesra oleh Prof. Dr. Ir. Fauzan Azima dari Departemen Teknologi Pangan dan Hasil Pertanian, Fakulti Teknologi Pertanian (FATETA), Universitas Andalas. Sesi tersebut berlangsung di The Gade Creative Lounge, Perpustakaan UNAND. Sesi selama 2 jam itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar pascasiswazah dan barisan pensyarah.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Dr Nik Nur Syazni Nik
Mohamed Kamal berkongsi kepakaran beliau melalui syarahan bertajuk
“Toxic at the Core: Cellular and Molecular Mechanisms Shaping Safety
Profiles”
Sesi dimulakan dengan syarahan oleh Dr. Nik Nur Syazni bertajuk “Toxic at the Core: Cellular and Molecular Mechanisms Shaping Safety Profiles”. Perkongsian ini mengupas secara mendalam mekanisme toksikologi di peringkat sel dan molekul yang menjadi asas dalam penilaian keselamatan bahan kimia dan ubat-ubatan. Beliau turut berkongsi dapatan terkini penyelidikan beliau berkaitan potensi antikanser propolis. Syarahan kedua disampaikan oleh Dr. Sharlina bertajuk “The Potential and Prospects of Natural Products for Health”. Syarahan ini memperkayakan pengetahuan peserta dalam bidang produk semula jadi dan toksikologi, serta membuka ruang perbincangan kritikal mengenai cabaran dalam penyelidikan bahan semula jadi, termasuk isu-isu keselamatan dan penyeragaman kualiti sebatian bioaktif. Dr. Sharlina turut berkongsi penemuan terkini penyelidikan beliau berkaitan vitamin E dan kaitannya dengan kesihatan tulang.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Dr Shalina Mohamad menyampaikan syarahan bertajuk “The Potential and Prospects of Natural Products for Health”
Sesi syarahan jemputan ini diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan narasumber kepada pensyarah terlibat oleh Dr. Ir. Aisman, M.Si, Lektor Kepala dari Fakulti Teknologi Pertanian, Universitas Andalas. Sesi ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu antara pensyarah dan pelajar dari kedua-dua institusi, malah turut membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam bidang akademik, penyelidikan dan khidmat komuniti pada masa hadapan.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Suasana di The Gade Creative Lounge, Perpustakaan UNAND sebelum syarahan jemputan berlangsung
#IMSC2025 #IPPTGlobalOutreach #USMInternational #KnowledgeSharing
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, terus mengorak langkah memperkukuh visibiliti antarabangsa apabila lima wakil pensyarah dari Jabatan Toksikologi dijemput sebagai pensyarah jemputan oleh Universitas Andalas (UNAND), Universitas Putra Indonesia YPTK (UPI YPTK) dan Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah (STIT) Syekh Burhanuddin Pariaman dengan Kerjasama Asosiasi Dosen Pengabdian kepada Masyarakat Indonesia (ADPI) sempena Program International Multidisciplinary Service Community (IMSC) 2025. Program yang julung kali melibatkan penyertaan dari IPPT ini merupakan inisiatif strategik antara IPPT dan ADPI dalam memperkasa kolaborasi serantau melalui pengajaran, penyelidikan dan khidmat komuniti. Program ini berlangsung dari 22-26 Jun 2025.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Penyerahan plak UNAND yang diwakili oleh Prof. dr. Ilmiawati kepada wakil IPPT, Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal.
Program International Multidisciplinary Service Community (IMSC) 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat kolaboratif antara IPPT-UNAND pada hari pertama pelaksanaan bahagian pertamanya. Bertempat di Fakultas Kedokteran Universitas Andalas, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Presiden ADPI, Prof. Dr. M. Zaim dari Universitas Negeri Padang dan dirasmikan oleh Dekan Fakultas Kedokteran, Dr. dr. Sukri Rahman dari UNAND.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Penyerahan plak IPPT, USM
yang diwakili oleh Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal kepada Presiden
ADPI, Prof. Dr. M. Zaim dari Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat,
Indonesia.
Bertemakan Integrative Approaches in Nutrition and Biomedical Sciences: from Natural Compounds to Nanomedicine for Cancer, Bone Health and Metabolic Syndrome para pensyarah IPPT yang terlibat sebagai pensyarah jemputan berkongsi pendekatan toksikologi perubatan dan teknologi nano dalam rawatan kanser, seiring dengan misi program IMSC dalam memupuk pemindahan ilmu dan pembangunan kapasiti akademik. Para pensyarah IPPT yang terlibat termasuklah Dr. Sharlina Mohamad, Dr. Nor Adlin Md Yusoff, Dr. Nurul Shahfiza Noor, Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal dan Dr. Nurhuda Mohamad Ansor. Sesi ini turut disertai oleh Prof. dr. Ilmiawati, selaku pensyarah jemputan dan dr. Ulya Uti Fasrini serta Dr. Dessy Arisany sebagai moderator dari UNAND. Sesi seterusnya dilanjutkan dengan pertandingan dan presentasi poster yang disertai oleh para pelajar dari Fakultas Kedokteran, UNAND, di mana pensyarah IPPT terlibat sebagai juri.
Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Para pemenang poster bersama pensyarah-pensyarah IPPT
Program hari pertama ini mendapat sambutan hangat daripada warga UNAND yang menunjukkan minat mendalam terhadap perspektif dan amalan akademik dari Malaysia. Beberapa sesi soal jawab dan diskusi interaktif turut diadakan bagi merangsang pemikiran kritis dan kolaborasi penyelidikan masa hadapan. Program ini menyaksikan penglibatan aktif pensyarah dari IPPT sebagai pensyarah jemputan di Universitas Andalas, sekaligus memperkukuhkan jaringan akademik dan perkongsian ilmu rentas sempadan.
Bahagian pertama IMSC 2025 akan berlangsung selama beberapa hari, merangkumi pelbagai aktiviti kolaborasi akademik dan khidmat komuniti yang menekankan kepada knowledge diplomacy, inovasi sosial dan pembangunan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
#IMSC2025 #IPPTGlobalOutreach #USMInternational #KnowledgeSharing #DepartmentofToxiclogy
International Multidisciplinary Community Service Seminar 2025 yang diadakan pada 24 Jun 2025 bertempat di UPI Convention Center, Kota Padang, Indonesia, telah menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama akademik serantau serta memperluas sumbangan kepada pembangunan komuniti global.
Photo By Dr. Yosa Novia, Naib Pengerusi II ADPI
Penyerahan plak IPPT, USM yang diwakili oleh Dr. Nor Adlin Md Yusoff dan Dr Nurhuda Mohamad Ansor kepada Rektor UPI YPTK Padang
Seminar antarabangsa ini menghimpunkan tenaga akademik dari tiga institusi pendidikan tinggi – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia; Universitas Putra Indonesia YPTK Padang; dan Universitas Siliwangi, Jawa Barat, Indonesia – dalam usaha memperkasakan inovasi rentas disiplin dan mempererat keterlibatan masyarakat melalui pendekatan ilmu yang holistik dan bersepadu.
Photo By Dr. Yosa Novia, Naib Pengerusi II ADPI
Ucaptama yang
disampaikan oleh Dr. Nik Nur Syazni mengetengahkan inovasi dalam
formulasi propolis bagi meningkatkan keberkesanan terapeutik terhadap
kanser payudara.
Universitas Putra Indonesia YPTK Padang merupakan sebuah universiti swasta di Sumatera Barat, Indonesia. Institusi ini ditubuhkan pada tahun 1985 melalui inisiatif Yayasan Perguruan Tinggi Komputer (“YPTK”) yang bertujuan untuk memperkasa pendidikan tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan pengurusan. Pada tahun 2001, institusi ini secara rasmi diiktiraf sebagai universiti penuh dan sejak itu telah menawarkan pelbagai program akademik melalui enam fakulti utama iaitu Fakulti Ilmu Komputer, Ekonomi dan Bisnis, Teknik, Psikologi, Desain Komunikasi Visual serta Keguruan dan Ilmu Pendidikan.
Photo By Dr. Yosa Novia, Naib Pengerusi II ADPI
Ucaptama yang
disampaikan oleh Dr. Sharlina menumpukan kepada keberkesanan vitamin E
daripada minyak sawit dalam mengurangkan kesakitan dan mencegah
metastasis kanser payudara
Lima Pensyarah Kanan daripada Jabatan Toksikologi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, telah dijemput sebagai Penceramah Ucaptama (Keynote Speakers) dalam seminar di peringkat antarabangsa ini. Mereka telah membentangkan hasil penyelidikan dan kepakaran dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan ubatan serta rawatan inovatif bagi penyakit kanser dan diabetes mellitus, aplikasi nanoteknologi serta penerokaan potensi bahan semulajadi untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti secara mampan.
Photo By Dr. Yosa Novia, Naib Pengerusi II ADPI
Ucaptama oleh Dr. Nor Adlin memfokuskan kepada kesan terapeutik cuka nipah berdasarkan bukti saintifik
Berikut adalah senarai penceramah dan tajuk pembentangan:
Dr Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal – Nanoformulated Stingless Bee Propolis: Bridging Nature with Innovative and Sustainable Therapeutic Solutions
Dr Nurul Shahfiza Noor – Tiny Tech, Timeless Plants: Nanoparticles and the Future of Local Herbal Therapies
Dr Sharlina Mohamad – E for Ease: Palm Oil Vitamin E Alleviates Bone Cancer Pain in Breast Cancer Metastasis to Bone
Dr Nurhuda Mohamad Ansor – The Role of Phytoestrogens in Cancer Cell Migration: Dual Effects and Therapeutic Potential
Dr Nor Adlin Md Yusoff – Nipa Vinegar and Health Claims: Separating Myths from Evidence
Photo By Dr. Yosa Novia, Naib Pengerusi II ADPI
Ucaptama oleh Dr. Nurhuda memfokuskan kepada peranan dwifungsi fitoestrogen dalam mekanisme migrasi sel kanser
Seminar ini turut memberi ruang kepada sesi perbincangan strategik antara wakil Institut Perubatan dan Pergigian Termaju dan Universitas Putra Indonesia YPTK, yang merangkumi perancangan kerjasama akademik, kolaborasi penyelidikan dan pelaksanaan projek khidmat masyarakat di masa hadapan. Antara inisiatif yang dibincangkan termasuklah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), program pertukaran pelajar dan staf akademik, sangkutan penyelidikan, serta penglibatan dalam program khidmat kepada komuniti rentas sempadan yang akan memberi manfaat bersama kepada institusi dan masyarakat.
Photo By Dr. Yosa Novia, Naib Pengerusi II ADPI
Sesi bergambar
bersama delegasi akademik dan peserta seminar dari IPPT-USM, UPI YPTK
dan Universitas Siliwangi selepas selesai pembentangan dan perbincangan
strategik
Penganjuran seminar ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada hubungan dua hala antara institusi, malah mengukuhkan peranan universiti dalam menyumbang kepada pembangunan mampan sejagat melalui pendekatan multidisiplin dan kolaboratif.
Seramai 5 orang Pensyarah Kanan dari Jabatan Toksikologi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) – iaitu Dr Sharlina Mohamad, Dr Nurhuda Mohamad Ansor, Dr Nor Adlin Md Yusoff, Dr Nurul Shahfiza Noor dan Dr Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal, bersama pensyarah dari Universitas Siliwangi, Jawa Barat, Indonesia, Santiana S.S., M.Pd., telah menyertai aktiviti khidmat masyarakat di sebuah Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah (STIT) Syekh Burhanuddin Pariaman, Indonesia. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada pengisian International Multidisciplinary Service Community Program 2025 (IMSCP 2025), yang bertujuan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran serta khidmat kepada masyarakat melalui pendekatan rentas disiplin.
Photo By Syahminal S.E., M.M.
Sesi interaktif bersama Dr. Nurhuda dan mahasiswa STIT yang membincangkan isu keselamatan penggunaan ubatan herba.
STIT Syekh Burhanuddin Pariaman merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta Islam yang terletak di Kota Pariaman, Sumatera Barat. Institusi ini diasaskan atas semangat pendidikan dan perjuangan dakwah ulama tersohor, Syekh Burhanuddin Ulakan, dan berperanan penting dalam membentuk pendidik-pendidik berjiwa Islam yang kompeten dalam bidang tarbiyah serta pengajian agama. STIT ini turut menjalankan pelbagai program akademik dalam pendidikan Islam dan aktif dalam aktiviti sosial serta kemasyarakatan, sejajar dengan misi institusi untuk melahirkan sarjana Muslim yang unggul dari segi ilmu, akhlak, dan kepimpinan.
Photo By Syahminal S.E., M.M.
Ibu Santiana (Universitas Siliwangi)
menyampaikan tip kecemerlangan akademik dan suntikan semangat kepada
para pelajar agar terus gigih berusaha.
Program perkongsian ilmu ini diterajui oleh Ketua Pelaksana IMCSP 2025, Syahminal, S.E., M.M., yang juga Wakil Ketua IV Asosiasi Dosen Pengabdian kepada Masyarakat Indonesia (ADPI) bagi Bidang Pelatihan dan Pendampingan merangkap staf akademik STIT Syekh Burhanuddin Pariaman. Kehadiran delegasi IPPT dan Universitas Silawangi telah disambut baik oleh Ketua STIT Syekh Burhanuddin Pariaman Dr. Neni Triana, yang turut menzahirkan penghargaan atas kesudiaan mereka berkongsi ilmu dan pengalaman Bersama warga institusi tersebut.
Photo By Syahminal S.E., M.M.
Dr. Sharlina menerima sijil
penghargaan daripada Dr. Neni Triana sebagai pengiktirafan atas peranan
beliau sebagai Pensyarah Jemputan dan sumbangan ilmu kepada mahasiswa
STIT Syekh Burhanuddin Pariaman.
Program ini bertujuan untuk memupuk minat mahasiswa STIT Syekh Burhanuddin Pariaman terhadap bidang sains, di samping menyemai semangat kecemerlangan akademik, melalui sesi perkongsian ilmu dan motivasi kecemerlangan. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk:
· Sesi Penerangan Asas Toksikologi – Pensyarah IPPT berkongsi maklumat penting tentang asas toksikologi dan kesedaran terhadap pendedahan bahan toksik dalam kehidupan seharian, termasuk impaknya terhadap kesihatan manusia.
· Manfaat Terapeutik Herba Tradisional – Mahasiswa STIT Syekh Burhanuddin Pariaman diberi pendedahan tentang potensi perubatan dan terapeutik tumbuhan ubatan tempatan, serta bagaimana herba boleh digunakan secara selamat dalam penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit.
· Sesi Motivasi Pelajar – Sesi ini disampaikan dengan penuh semangat dan beberapa tips menjadi pelajar cemerlang bagi memberi dorongan dan inspirasi kepada pelajar untuk terus berusaha dan belajar dengan tekun demi mencapai kejayaan dalam pendidikan dan kehidupan.
Mahasiswa STIT Syekh Burhanuddin Pariaman menunjukkan fokus dan minat yang tinggi serta terlibat secara aktif dalam sesi interaktif bersama para pensyarah yang terlibat. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk pemindahan ilmu, malah turut membuka ruang untuk pertukaran budaya dan membina jalinan yang erat antara komuniti akademik Malaysia dan Indonesia.
Photo By Syahminal S.E., M.M.
Kampus STIT Syekh Burhanuddin Pariaman
yang menempatkan mahasiswa dalam usaha melahirkan sarjana pendidikan
berkompetensi akademik dan berlandaskan keilmuan Islam.
Sekumpulan pensyarah dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah mengadakan lawatan akademik ke Tapak Konservasi Penyu di Pantai Penyu, Kota Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia sempena program International Multidisciplinary Service Community (IMSC) 2025. Lawatan ini turut disertai oleh wakil Asosiasi Dosen Pengabdian kepada Masyarakat Indonesia (ADPI), Syahminal S.E., M.M., serta pensyarah dari Universitas Siliwangi, Jawa Barat, Indonesia, Santiana S.S., M.Pd. Delegasi IPPT pula terdiri daripada Dr. Nor Adlin Md Yusoff, Dr. Nurhuda Mohamad Ansor, Dr. Nurul Shahfiza Noor, Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal, dan Dr. Sharlina Mohamad. Lawatan ini merupakan satu inisiatif memperkukuh jaringan kerjasama antara akademia serantau dalam bidang penyelidikan dan pemuliharaan alam sekitar. Sepanjang lawatan, delegasi telah diberi penerangan oleh pegawai konservasi tempatan mengenai fungsi dan peranan pusat konservasi tersebut. Antara aspek yang diketengahkan termasuklah proses penetasan telur penyu, penjagaan anak penyu, dan pelepasan semula ke laut. Difahamkan terdapat lima spesies penyu yang sering ditemui di kawasan pantai ini, namun pusat konservasi ini memberi tumpuan khusus kepada pemuliharaan spesies penyu sisik dan penyu hijau yang kini semakin terancam akibat ancaman semula jadi dan aktiviti manusia.
Photo By Sharlina Mohamad
Ruang khas untuk pengeraman telur penyu sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan spesies penyu terancam
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan langsung kepada para pensyarah mengenai kaedah konservasi berasaskan komuniti yang diamalkan di Indonesia, di samping mengenal pasti potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan seperti biologi marin, kesihatan haiwan, pendidikan alam sekitar dan kesedaran komuniti. Pendekatan rentas disiplin ini dilihat berpotensi untuk dimajukan sebagai kolaborasi akademik yang berimpak tinggi.
Photo By Sharlina Mohamad
Peserta diberi penerangan berkaitan jenis-jenis penyu yang terdapat di pusat konservasi ini
Lebih daripada sekadar lawatan, program ini mencerminkan komitmen IPPT terhadap usaha pemeliharaan biodiversiti dan keseimbangan ekosistem laut. Ia turut menjadi platform penting dalam mengangkat peranan ahli akademik bukan hanya sebagai penyelidik, tetapi juga sebagai penggerak transformasi dalam memperkasa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam.
Photo By Syahminal, Sekretariat ADPI
Bergambar bersama staf Pusat Konservasi Penyu Pantai Pariaman setelah selesai sesi perkongsian
Melihat kepada impak positif lawatan ini, perancangan akan dibuat untuk memperluas penglibatan melalui penganjuran program mobiliti pelajar ke tapak konservasi ini. Program ini dijangka memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pemuliharaan penyu, pertukaran ilmu, budaya, dan pemahaman rentas sempadan berkaitan isu alam sekitar. Melalui pengalaman lapangan ini, pelajar bukan sahaja dapat memperkukuh pengetahuan akademik mereka, malah turut membina kepekaan terhadap tanggungjawab sosial dan kelestarian alam sekitar.
IPPT beriltizam untuk memperluas usaha menjalin jaringan kerjasama akademik serantau melalui program seumpama ini yang berupaya melahirkan penyelidikan kolaboratif, pertukaran ilmu, dan aktiviti pemindahan teknologi ke arah masa hadapan yang lebih lestari.
Program International Multidisciplinary Service Community (IMSC) 2025 anjuran Asosiasi Dosen Pengabdian kepada Masyarakat Indonesia (ADPI) telah memberi peluang kepada sekumpulan pensyarah dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia untuk mengenali sejarah dan warisan Tanah Minang melalui siri lawatan ke Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Lawatan ini disertai oleh Dr. Nor Adlin Md Yusoff, Dr. Nurul Shahfiza Noor, Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal, Dr. Sharlina Mohamad dan Dr. Nurhuda Mohamad Ansor. Aktiviti ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4 dan SDG 17), kerana ia menyumbang kepada pendidikan nilai dan warisan budaya serta menjadi platform pertukaran ilmu antara institusi dan komuniti.
Photo By Nurhuda Mohamad Ansor
Salah satu koleksi bingkai gambar yang menghiasi ruang pameran di Rumah Kelahiran Bung Hatta
Antara lokasi utama yang dilawati ialah Rumah Kelahiran Bung Hatta di Bukittinggi, iaitu replika rumah asal tokoh penting kemerdekaan Indonesia, Bung Hatta. Rumah asal telah dirobohkan pada tahun 1960-an dan kini berfungsi sebagai pusat rujukan sejarah. Nama sebenar Bung Hatta ialah Mohammad Hatta dan dilahirkan pada 12 Ogos 1902. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah pendidikan Belanda dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Handels Hogeschool, Rotterdam (kini Erasmus University Rotterdam). Bung Hatta merupakan sahabat rapat Buya Hamka, dan kedua-duanya berjuang untuk kemerdekaan Indonesia melalui pendekatan yang berbeza; Bung Hatta melalui politik dan diplomasi, manakala Buya Hamka melalui jalan dakwah. Lawatan ini memberi peluang untuk memahami kepelbagaian perjuangan kermerdekaan serta menanam empati dan kefahaman rentas sempadan Nusantara.
Photo By Nurhuda Mohamad Ansor
Masjid Raya Sheikh Ahmad Khatib
Al-Minangkabawi menampilkan bumbung berbentuk tanduk kerbau yang
mencerminkan identiti budaya Minangkabau
Para pensyarah turut didedahkan kepada sejarah dan falsafah seni bina bumbung Minangkabau melalui lawatan ke Masjid Raya Sheikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi di bandar Padang. Keunikan bumbung Minangkabau terletak pada bentuknya yang menyerupai tanduk kerbau, yang menjadi simbol penting dalam budaya tempatan. Bentuk ini dikaitkan dengan legenda ‘adu kerbau’ antara kerajaan tempatan dan seorang putera dari tanah Jawa sebagai langkah penyelesaian konflik. Putera tersebut membawa seekor kerbau yang besar manakala rakyat tempatan pula hanya membawa seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Dalam pertandingan itu, anak kerbau yang kelaparan telah merodok tanduknya ke perut kerbau besar kerana ingin mencari puting susu untuk menghilangkan kelaparannya. Akhirnya, kerbau yang besar itu mati, sekaligus melambangkan kemenangan bijaksana tanpa kekerasan. Daripada kisah ini lahir nama "Minangkabau", hasil gabungan "minang" (menang) dan "kabau" (kerbau). Sejarah ini mengangkat rumah Minangkabau bukan sekadar struktur fizikal, tetapi lambang identiti dan kebijaksanaan tempatan yang wajar dilestarikan.
Photo By Nurhuda Mohamad Ansor
Kopi Tatungkuik, minuman tradisional Minang yang disajikan secara unik dan simbolik
Satu lagi pengalaman budaya bermakna ialah menikmati kopi Tatungkuik di Lapau Nasi Putuih Basambuang. Keunikan kopi ini terletak pada cara penyajiannya, iaitu gelas yang ditelungkup di atas piring kecil. Kaedah penyajian ini mempunyai makna tersendiri, iaitu posisi gelas yang terbalik berfungsi untuk menyaring hampas kopi serta membantu mengekalkan suhu panas agar kopi boleh dinikmati lebih lama, terutama dalam cuaca sejuk. Selain itu, kopi ini dihasilkan daripada campuran biji kopi dan beras pulut hitam. Kajian menunjukkan bahawa campuran ini meningkatkan kandungan flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan. Pengalaman ini bukan sekadar berkaitan rasa, tetapi turut memberi kefahaman terhadap nilai tatasusila, kreativiti dan simbolik budaya masyarakat Minang.
Program Libatsama Komuniti yang diadakan di Condominium Mutiara, Bandar Perda, Bukit Mertajam pada 21 hb Disember 2024 turut memberi pendedahan mengenai “Breast Prosthesis & Mastectomy Bra” dan juga pemeriksaan kendiri payudara kepada pelajar Doktor Perubatan (MD USM) dari Insitut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).
Photo By koleksi pengarang
Para peserta khusyuk mendengar ceramah mengenai kesedaran kanser payudaraa dalam program tersebut bersama komuniti
Seramai 8 orang pelajar kursus Doktor Perubatan tahun 1 turut dilibatkan dalam program ini yang dianjurkan oleh pasukan peyelidik daripada Breast Cancer Translational Research program (BCTRP) bersama KRT BLOK E Condominium Mutiara, Bandar Perda, Bukit Mertajam. Program Libatsama dengan komuniti sangat penting dan merupakan salah satu langkah yang pertama dalam mencegah sebelum penyakit berlaku iaitu dipanggil "primary prevention". Ada pepatah yg menyebut "prevention is better than cure". Bermaksud adalah lebih baik kita mencegah sesuatu penyakit sebelum ia menjadi parah.
Photo By koleksi pengarang
Payudara palsu dan bra mastektomi disusun
untuk pengagihan kepada pesertahusyuk mendengar ceramah mengenai
kesedaran kanser payudaraa dalam program tersebut bersama komuniti
PROGRAM “BREAST CANCER PROSTHESIS & MASTECTOMY BRA” sudah hampir memasuki ke tahun yg ketiga. Program ini bernaung di bawah salah satu program penyelidikan di IPPT yang diketuai oleh PM Dr Badrul Hisham Yahaya .
Pada tahun 2024 buat julung-julung kalinya program ini berjaya melebarkan sayapnya ke Surabaya. Ia telah disambut baik oleh komuniti tukang jahit yang telah diajar teknik menjahit bra mastektomi dan kesemua peserta telah didedahkan mengenai pemakaian prostesis payudara.
Photo By koleksi pengarang
Bra mastektomi diperlukan bagi pemakai berasa selesa apabila mengenakan payudara palsu
Sebagai acara penutup libatsama komuniti pada tahun ini, program ini telah dianjurkan buat pertama kali dgn KRT Blok E Condominium Mutiara. Ia telah dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Bakiah binti Shaharuddin, salah seorang penyelidik dari BCTRP IPPT. Seramai 30 orang pemandiri kanser payudara telah menyertai program ini di mana, 30 pasang bra mastektomi dan payudara palsu telah diedarkan. Kesemua payudara palsu dan bra mastektomi adalah dari sumbangan penyelidik dan orang ramai. Satu sesi ceramah kesedaran kanser payudara telah disampaikan oleh Pakar Pedah Pusat Perubatan USM Bertam, Dr hasmah Hussin. Demonstrasi pemeriksaan kendiri payudara juga telah disampaikan oleh Penyelia Jururawat dari Pusat Perubatan USM Bertam, Puan Falizah Abdul Kadir.
Photo By koleksi pengarang
Payudara palsu yang diagihkan kepada peserta dibuat dari silikon bermutu
Setinggi penghargaan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga ia membawa banyak manfaat kepada pesakit kanser payudara yang telah menghadirinya. Diharap pasukan BCTRP@IPPT akan dapat bekerja sama dgn komuniti lain pula.
Bagi pelajar-pelajar perubatan, program seumpama ini telah dapat mengembangkan kemahiran sahsiah yang sangat kritikal dalam karier masa hadapan mereka seperti kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan dalam komuniti.
Photo By koleksi pengarang
Ceramah kesihatan mengenai pemeriksaan kendiri payudara
Menangani Pencemaran melalui Inovasi Komuniti
Pembuangan sisa domestik seperti minyak masak terpakai dan fabrik lama semakin membimbangkan dan telah menjadi antara punca utama pencemaran alam sekitar. Minyak masak yang dibuang secara tidak terkawal boleh mencemarkan sumber air dan tanah, sementara industri fesyen menyumbang kepada 92 juta tan sisa tekstil setiap tahun, menjadikan sektor ini antara penyumbang utama jejak karbon global.
Menyedari cabaran ini, projek Inovasi Komuniti Lestari: Pemerkasaan Kitar Semula ke Arah Kesejahteraan Alam Sekitar dan Kualiti Hidup telah diperkenalkan dengan sokongan Seberang Perai Small Towns Grants Programme (Grant Award No: SPG/130). Projek ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap ekonomi kitaran, tetapi juga memberi ruang kepada komuniti untuk mengubah sisa menjadi produk bernilai tinggi yang boleh digunakan sendiri atau dijadikan sumber pendapatan tambahan.
Sebagai sebahagian daripada usaha menyokong Matlamat
Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG), projek ini
menekankan:
SDG 8 - Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi: Meningkatkan potensi komuniti dalam menjana pendapatan melalui penghasilan produk kitar semula.
SDG 11 - Komuniti Mampan:
Mewujudkan persekitaran lebih bersih dan lestari dengan mengurangkan pencemaran
domestik.
SDG 12 - Penggunaan &
Pengeluaran Bertanggungjawab: Menggalakkan kitar semula, mengurangkan
pembaziran sumber, dan menggalakkan produk lestari.
SDG 14 - Pemeliharaan Alam
Sekitar: Mengelakkan pencemaran sumber air akibat pembuangan minyak masak
terpakai.
Bengkel Train the Trainer: Memperkasakan Komuniti melalui Kemahiran Kitar Semula
Sebagai langkah pertama dalam merealisasikan matlamat
projek, bengkel Train the Trainer telah diadakan pada 14 Mac 2025 di Dewan
Kuliah A, Sains@Bertam. Bengkel yang dikendalikan oleh Dr Siti Razila ini
bertujuan melatih individu yang berminat untuk menjadi jurulatih komuniti dalam
bidang kitar semula dan kesedaran alam sekitar, supaya ilmu ini dapat
diperluaskan ke pelbagai kawasan.
Seramai 25 peserta telah mengambil bahagian dalam sesi hands-on,
yang bermula dengan sesi penerangan mengenai bahan dan alatan, serta kaedah
pembuatan sabun serbaguna daripada minyak masak terpakai. Setiap peserta
menerima set peralatan dan bahan yang diperlukan bagi menjalankan aktiviti ini.
Seterusnya, peserta mengikuti sesi praktikal (hands-on), di
mana mereka diberikan tunjuk ajar dan masa yang mencukupi untuk menghasilkan
sabun sendiri. Sepanjang sesi, tenaga pengajar memberikan bimbingan serta tips
untuk memastikan setiap peserta memahami teknik asas pembuatan sabun dengan
betul. Bengkel ini berlangsung selama 1 jam 30 minit, diakhiri dengan sesi
pembersihan dan perkongsian pengalaman daripada peserta. Semua peserta dapat
membawa pulang sabun yang mereka hasilkan sebagai bukti kejayaan mereka dalam
mengaplikasikan kemahiran ini.
Dengan latihan yang diberikan, peserta kini bersedia untuk melaksanakan bengkel mereka sendiri di komuniti masing-masing, memperluaskan impak projek ini secara berterusan.
Sertai Kami: Bersama Menyebarkan Ilmu dan Meningkatkan Taraf Hidup!
Kami percaya bahawa perubahan bermula dari komuniti,
dan setiap individu mempunyai peranan dalam menjadikan kitar semula sebagai
sebahagian daripada gaya hidup lestari. Bengkel ini membuka ruang kepada anda
untuk mempelajari teknik pembuatan sabun serbaguna yang boleh digunakan dalam
kehidupan seharian. Selain dapat mengurangkan pencemaran, anda juga boleh mengurangkan
perbelanjaan isi rumah dengan menghasilkan sabun sendiri, sekaligus
menjimatkan kos keperluan harian.
Selain itu, kemahiran yang dipelajari dalam bengkel ini boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis sabun lain yang lebih sesuai dengan keperluan peribadi atau keluarga. Malah, sabun mesra alam yang dihasilkan ini juga boleh dipasarkan sebagai produk jualan, membuka peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan tambahan melalui produk kitar semula yang berkualiti.
Aktiviti program Train-the-Trainer Projek Inovasi Lestari
Begitu juga dengan bengkel jahitan, yang bukan sahaja
membolehkan peserta menghasilkan barangan berguna untuk kegunaan sendiri tetapi
juga memberi asas pengetahuan dalam menjahit, yang boleh dimanfaatkan untuk
menghasilkan lebih banyak produk jahitan lain. Kemahiran ini bukan sekadar
menjimatkan kos membeli barangan baharu, tetapi juga berpotensi menjadi sumber
pendapatan bagi mereka yang ingin menceburi bidang kraftangan dan jahitan.
Program ini akan dijalankan di Seberang Perai Utara, Tengah,
dan Selatan, bagi memastikan lebih ramai komuniti dapat merasai manfaatnya.
Setiap peserta akan menerima kit permulaan, serta berpeluang menyertai Pertandingan
Inovasi dengan hadiah menarik menanti pemenang.
Maklumat lanjut program ini boleh diperoleh daripada kod QR yang boleh diimbas untuk akses kepada jadual bengkel, bahan pembelajaran, dan informasi tambahan berkaitan bengkel kitar semula ini.
Jom bersama-sama kita menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada gaya hidup lestari. Dengan menyertai program ini, anda bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam tetapi juga membuka peluang untuk menjana sumber pendapatan baharu bagi komuniti anda.
Bersama, kita membentuk masa depan yang lebih hijau dan lestari!
Rakan kerjasama dan maklumat lanjut berkaitan Program Inovasi Lestari
Sukarelawan HELWA IPPT Turut Serta dalam Kunjungan Kasih Ke Rumah Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang
Rabu,
26 Mac 2025, bersamaan 25 Ramadan 1447H jam 3.30 petang, HELWA IPPT berkesempatan untuk menjalankan satu misi amal yang
penuh bermakna dengan mengadakan kunjungan ke Rumah Warga Emas Darul Hanan yang terletak di Pongsu Seribu.
Kunjungan ini bertujuan untuk memberikan sumbangan berupa hamper kuih raya yang dihias sendiri
oleh ahli-ahli HELWA Pusat Islam USM
sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kepada para penghuni rumah kebajikan
ini.
Kunjungan
tersebut diwakili oleh Puan Syazwani
Binti Ismail dan Puan Halianis
Binti Yusoff dari HELWA IPPT, bersama 5 wakil daripada HELWA Pusat Islam USM. Ketibaan kami
disambut dengan penuh mesra oleh Puan
Siti Sarah Yahaya, Pengurus Darul Hanan, yang dengan sukacitanya membawa
kami melawat kawasan sekitar rumah ini.
Antara
prasarana yang terdapat di Darul Hanan adalah bangunan asrama, Anjung Terapi, Dewan Makan, Surau,
Wad Terlantar, Dewan Serbaguna, dan Bilik Seminar. Setiap ruang disusun
rapi dan disediakan untuk memastikan keselesaan dan kebajikan para penghuni
yang terdiri daripada warga emas. Kompleks ini mampu menampung sehingga 150 orang warga emas dan telah
beroperasi sejak 1 Februari 2010,
menyediakan tempat yang selamat dan selesa bagi golongan yang memerlukan.
Tujuan
utama kunjungan kami adalah untuk menyampaikan sumbangan hamper kuih raya yang dihias dengan
penuh kasih sayang oleh ahli HELWA Pusat Islam. Sumbangan ini diharapkan dapat
membawa sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada warga emas yang berada di
sana, terutamanya dalam suasana bulan Ramadan
yang penuh keberkatan ini.
Sepanjang
lawatan, kami juga berkesempatan berbual dengan beberapa penghuni dan mendengar
cerita-cerita kehidupan mereka. Mereka sangat terharu dan gembira menerima
kunjungan serta sumbangan daripada kami. Semoga dengan sedikit sumbangan ini,
kami dapat meringankan beban dan membawa sedikit sinar kebahagiaan kepada
mereka.
Kami
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Siti Sarah Yahaya dan seluruh warga kerja Darul Hanan atas
layanan yang sangat baik dan mesra sepanjang kunjungan kami. Semoga usaha murni
ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada lebih ramai insan yang
memerlukan.
Terima
kasih kepada semua sukarelawan HELWA
yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Semoga
kebaikan ini menjadi amal jariah dan diberkati oleh Allah SWT.
Penyertaan IPPT dalam Karnival STEM SMJK Jit Sin 2025: Memperkasa Pendidikan STEM di Peringkat Sekolah Menengah
DEWAN SMJK JIT SIN, JALAN BINJAI, TAMAN SRI RAMBAI, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG, 22-24 APRIL 2025 - Karnival STEM di SMK Jit Sin bertujuan memupuk minat dan kesedaran pelajar sekolah menengah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti dan usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti, tiga jabatan di bawah Institut Perbatan dan Pergigian Termaju (IPPT) iaitu Jabatan Kesihatan Komuniti, Jabatan Sains Pergigian dan Jabatan Toksikologi telah mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan karnival ini.
Jabatan Kesihatan Komuniti (JKK) memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesihatan awam melalui pendidikan, pencegahan penyakit, dan kelestarian alam sekitar. Aktiviti membuat lilin daripada minyak masak terpakai secara langsung dan tidak langsung berkait rapat dengan prinsip-prinsip ini.
- Kelestarian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam
Pembuangan minyak masak terpakai ke dalam sistem perparitan atau tanah boleh mencemarkan air dan tanah, serta menggalakkan pertumbuhan vektor penyakit seperti lipas dan tikus. Melalui aktiviti ini, pelajar diajar cara mengurus sisa dapur dengan betul dan bertanggungjawab.
- Pendidikan Kesihatan Komuniti
Aktiviti ini boleh dijadikan platform untuk menyampaikan mesej berkaitan kesan penggunaan berulang minyak masak terhadap kesihatan (seperti penghasilan radikal bebas, risiko kanser, dll.)
- Pemerkasaan Komuniti melalui Ilmu dan Inovasi
Dengan mengajar komuniti cara menukar sisa kepada produk yang berguna, jabatan menyumbang kepada peningkatan literasi kesihatan dan alam sekitar serta pemberdayaan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan lestari.
- Sokongan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
Aktiviti ini selari dengan beberapa objektif SDG yang sering diterajui oleh jabatan kesihatan komuniti, seperti:
SDG 3: Good Health and Well-being
SDG 11: Sustainable Cities and Communities
SDG 12: Responsible Consumption and Production
Selain ini, JKK juga membawa handgrip dynamometer iaitu alat yang digunakan untuk mengukur kekuatan genggaman tangan seseorang. Kekuatan genggaman tangan berkait rapat dengan status kesihatan umum, status pemakanan, dan fungsi fizikal keseluruhan.
Jabatan Sains Pergigian memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan mengintegrasikan elemen STEM secara praktikal dan berimpak tinggi, terutamanya dalam konteks kesihatan mulut dan pergigian. Antara pameran yang telah dijalankan:
- Pameran Ortodontik yang memaparkan maklumat berkaitan ortodontik seperti jenis-jenis braces (pendakap gigi), fungsi dan kaedah rawatan, serta kepentingan penjagaan gigi dan mulut semasa menjalani rawatan ortodontik. Model gigi 3D, simulasi pemakaian braces dan gambar-gambar kes klinikal sebelum dan selepas rawatan turut dipamerkan untuk memberi gambaran visual yang jelas kepada pelajar.
- Demonstrasi Cara Membuat Ubat Gigi Homemade memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara hands-on bagaimana ubat gigi boleh dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti baking soda, minyak kelapa dan minyak pati (essential oils). Demonstrasi ini mengaitkan prinsip kimia asas dalam pembuatan produk harian, sekaligus menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
- Kuiz Interaktif Berkaitan Ubat Gigi merangkumi soalan-soalan berkaitan komposisi ubat gigi, fungsi setiap bahan, serta kepentingan penjagaan oral. Kuiz dijalankan dalam bentuk interaktif dan menyeronokkan dengan menyediakan hadiah untuk setiap jawapan yang betul.
Bertemakan “ToxiTeens: Decode the Science of Toxicology” tarikan utama yang dibawakan oleh Jabatan Toksikologi ialah aktiviti interaktif pengenalan kepada sel, yang memberikan gambaran asas tentang struktur dan fungsi sel manusia melalui model visual dan perbincangan mudah faham. Aktiviti ini menjadi asas penting sebelum pelajar memahami bagaimana sel boleh terkesan akibat pendedahan kepada bahan toksik.
Dalam aktiviti seterusnya, toksikologi persekitaran dan pekerjaan, pelajar didedahkan kepada jenis-jenis bahan toksik yang terdiri daripada bahan logam berat yang biasa ditemui di persekitaran rumah, sekolah dan tempat kerja, serta kesannya terhadap kesihatan sel dan organ. Penerangan disampaikan dalam bentuk demonstrasi dan aktiviti hands-on yang menyeronokkan,
Satu lagi tarikan utama ialah aktiviti kuiz interaktif berkaitan kanser, yang menekankan kaitan antara bahan kimia persekitaran, gaya hidup dan risiko pembentukan sel kanser. Kuiz ini bukan sahaja mencabar minda pelajar, malah memberikan maklumat penting tentang pencegahan dan kesedaran awal terhadap penyakit ini.
Pameran dan aktiviti yang dijalankan telah berjaya menarik perhatian ratusan pelajar dan guru, yang memberi maklum balas positif terhadap pendekatan pembelajaran yang lebih terbuka, menyeronokkan dan praktikal.
Pihak IPPT amat berbesar hati atas jemputan pihak sekolah serta kerjasama yang diberikan sepanjang karnival ini berlangsung. Aktiviti seumpama ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang bidang sains kesihatan, malah membantu mencungkil minat dan bakat muda dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Teks disediakan oleh : Profesor Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh, Hidani Hasim dan Nurul Shahfiza Noor
KOMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN (ARC), INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 15-29 Mei 2025 -Jawatankuasa kelestarian ARC telah menganjurkan pertandingan “ARC Fit Me Challenge” iaitu pertandingan cabaran kecergasan berdasarkan pengumpulan jumlah langkah yang paling banyak setiap hari sepanjang tempoh program diadakan.
Progam ini telah berlangsung selama dua minggu bermula 15 sehingga 29 Mei 2025 dan terbuka kepada semua staf ARC dan juga pelajar IPPT. "ARC Fit Me Challenge” merupakan sebahagian usaha menyokong aktiviti kelestarian yang dijalankan sempena Minggu Kelestarian USM 2025. Program ini telah mendapat sokongan yang baik dari warga ARC dengan penglibatan peserta seramai 29 orang. Dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori staf dan juga pelajar.
Photo By Puan Athirah Raihanah Abdul Wahab
Poster "ARC Fit Me Challenge"
Bagi kategori pelajar, program ini telah berjaya dimenangi oleh Yu Jin jin dengan jumlah bilangan langkah sebanyak 256,615 diikuti Muhammad Ariffudidn Abd Hamid sebanyak 221,426 langkah. Manakala, kategori staf menjadi milik Encik Ahmad Farid Bin Asmail@Ismail dan juga Puan Azleen Binti Mat Sharif dengan jumlah bilangan langkah sebanyak 220,670 dan 197,134. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Profesor Dr. Badrul Hisham bin Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan pada 30 Mei yang lalu. Menariknya, hadiah yang diberikan kepada pemenang adalah hasil sumbangan jualan barangan kitar semula yang dikumpulkan di ARC.
Melalui pertandingan ini diharap dapat menggalakkan warga ARC untuk sentiasa kekal aktif melakukan gaya hidup sihat dan bermanfaat . Berjalan kaki bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan jantung, mengawal gula dalam darah, meningkatkan kekuatan otot dan sendi, meningkatkan kesihatan mental, meningkatkan kualiti hidup, menurunkan risiko penyakit kronik , malah turut membantu dalam pengurusan berat badan. Ini adalah selaras dengan sasaran mempraktikkan amalan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 3) untuk memastikan semua orang, di mana sahaja, menikmati kesihatan yang baik dan kesejahteraan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta.
Halianis binti Yusof, 2025.
BREAKING THE CYCLE OF POVERTY THROUGH EDUCATION AND COMMUNITY SERVICE: THE AMDI - TZU CHI NGO INITIATIVE
Poverty remains one of the most pressing global challenges, including in Malaysia, affecting millions of individuals by limiting access to basic needs such as food, shelter, healthcare, and adequate educational opportunities. One of the root causes of poverty is the lack of equitable access to education and essential resources, which hinders individuals from securing stable employment and improving their quality of life.
By investing in accessible and quality education—especially for children from low-income families—societies can break the cycle of poverty across generations. In 2019, Dr. Ying Chee Keat from the Advanced Medical and Dental Institute (AMDI), Universiti Sains Malaysia (USM), initiated a personalised teaching community service program in collaboration with the Tzu Chi NGO. The program began at the Padang Tembak Community Centre in Penang.
The program emphasizes one-to-one or small-group tutoring, with USM students participating as mentors to provide personalised guidance to students from underprivileged families. This approach aligns with the findings recognised by the 2019 Nobel Prize in Economic Sciences, which highlighted that assigning personal tutors and providing tailored support can significantly improve students’ learning outcomes.
Since 2019, more than 100 USM students—including those from AMDI—have participated in the program. To strengthen the collaboration and encourage wider student involvement, AMDI has initiated a Memorandum of Agreement (MoA) with the Tzu Chi NGO, represented by AMDI’s former Director, Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin. By participating in the program, not only do students from low-income families benefit, but the mentors—university students—also gain valuable experience in community service and personal growth. Many have shared that the program has had a meaningful impact on their lives. Here is one touching story: an international student from Africa, Ajetunmobi, shares her experience after joining the program.
LIGHTING THE PATH FORWARD
When Arulsan, Halen Raj, and Nasai surprised me with handmade cards and heartfelt messages on Teachers' Day, I was reminded why I began this journey two years ago. As their faces beamed with pride, I reflected on the remarkable power of mentorship to transform their lives and mine.
Photo By Tzu Chi Volunteer
Teachers' Day Gift from students
OMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN, 19 Mei 2025- Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana Makmal Penyelidikan yang melibatkan seluruh warga kerja penyelidikan IPPT. Program ini dilaksanakan secara menyeluruh di dua komponen utama makmal, iaitu Makmal Penyelidikan Berpusat (Central Research Laboratory, CRL) dan Makmal Patologi Veterinar @SPH, kedua-duanya terletak di Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC). Program ini turut diadakan bersempena Minggu Kelestarian USM 2025, menjadikannya sebahagian daripada inisiatif universiti untuk mempromosikan amalan lestari dalam komuniti kampus.
Photo By CRL
Aktiviti penyusunan semula bahan kimia dan peralatan
makmal, pelabelan aset, pelupusan sisa makmal dan bahan kimia secara
selamat, serta menceriakan ruang sekitar makmal
Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan penglibatan daripada para penyelidik, staf makmal dan pelajar pascasiswazah. Tujuan utama gotong-royong ini adalah untuk memastikan ruang makmal berada dalam keadaan bersih, tersusun dan selamat serta memenuhi piawaian amalan makmal terbaik.
Photo By Dr Siti Hawa Ngalim
Web Lab Recycling Management
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program termasuk pembersihan menyeluruh ruang makmal, penyusunan semula bahan kimia dan peralatan makmal, pelabelan aset, pelupusan sisa makmal dan bahan kimia secara selamat, serta menceriakan ruang sekitar makmal. Di Makmal Patologi Veterinar @SPH, tumpuan turut diberikan kepada aspek kebersihan dan pematuhan kepada prosedur biosafety dan biosekuriti, memandangkan fungsi makmal tersebut yang berkait rapat dengan pengurusan haiwan kajian.
Dalam masa yang sama, turut dijalankan adalah aktiviti Web Lab Recycling Management yang diketuai oleh Dr. Siti Hawa Ngalim. Inisiatif ini bertujuan memperkenalkan pendekatan lestari dalam pengurusan semula bahan makmal terpakai seperti plastik, kaca dan bahan pembungkusan kimia. Ia secara langsung menyokong prinsip kitar semula dalam konteks penyelidikan makmal, sejajar dengan amalan makmal hijau.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen IPPT terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), terutamanya:
· SDG 3: Kehidupan Sihat dan Sejahtera – melalui penyediaan persekitaran makmal yang selamat dan sihat.
· SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab – melalui pelupusan dan pengurusan bahan makmal secara beretika dan lestari.
· SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim – menerusi usaha mengurangkan sisa dan amalan kitar semula makmal melalui program Web Lab Recycling Management.
· SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat – dengan penglibatan pelbagai pihak dalam semangat kolaborasi dan tanggungjawab bersama.
Kesimpulannya, Gotong-Royong Perdana ini bukan sahaja berjaya meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makmal, tetapi juga memupuk budaya kerja berpasukan, keprihatinan terhadap kelestarian dan pengurusan makmal secara profesional. Sebagai sebahagian daripada Minggu Kelestarian USM 2025, program ini turut menzahirkan usaha bersepadu IPPT dalam menyokong visi USM sebagai universiti lestari terulung di peringkat global. Diharapkan agar inisiatif ini akan terus diperkasakan secara berkala demi mewujudkan persekitaran penyelidikan yang mampan dan cemerlang di IPPT.
#SustainabilityUSM
#GreenCampusUSM
#WeLead
Senamrobik
Perdana ARC | Minggu Kelestarian USM 2025
Program Senamrobik Perdana ARC yang telah dilaksanakan pada 23 Mei 2025, Jumaat di Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC), IPPT merupakan antara inisiatif Minggu Kelestarian USM 2025 bagi memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan staf dan pelajar.
Photo By AJK Kelestarian ARC
Peserta bergambar kenangan di depan ARC
Acara dimulakan
dengan ucapan ringkas daripada Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan
Pengarah Penyelidikan dan Jaringan, yang menyeru warga ARC agar terus
mengamalkan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada budaya kerja lestari
di USM.
Aktiviti senamrobik selama 45 minit dipimpin oleh En. Norhiman Ahmad, seorang instruktor bertauliah dari Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL). Dengan gaya penyampaian yang bertenaga dan mesra, beliau berjaya menceriakan suasana dan memastikan semua peserta terlibat secara aktif dan menyeronokkan. Program ini menerima penyertaan yang menggalakkan daripada warga ARC, merangkumi pelajar dan staf dari pelbagai bahagian di IPPT, dengan kehadiran seramai 35 orang peserta.
Photo By AJK Kelestarian ARC
Aktiviti Senamrobik yang dijalankan
Bagi melengkapkan aktiviti pagi yang bertenaga ini, peserta disajikan dengan juadah sarapan pagi sihat, selaras dengan matlamat USM ke arah komuniti kampus yang lebih sihat dan lestari. Istimewanya menu ini adalah sumbangan daripada warga ARC sendiri.
Photo By AJK Kelestarian ARC
Menu sihat yang disumbangkan warga ARC.
Senamrobik Perdana ARC telah membuktikan bahawa aktiviti fizikal bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan tubuh, malah mampu mengeratkan hubungan sesama warga staf dan pelajar di ARC. Program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal, SDG) 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, sejajar dengan matlamat Universiti Sains Malaysia dalam agenda kelestarian dan kesejahteraan komuniti.
#SustainabilityUSM
#GreenCampusUSM
#WeLead
Penulis:
Nur Syazana Azizan, Jun 2025
Lebih 40 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar Nibong Tebal telah menyertai program komuniti yang menyatukan semangat kelestarian, kreativiti, dan keprihatinan kepada alam sekitar. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Inovasi Komuniti Lestari: Pemerkasaan Kitar Semula ke arah Kesejahteraan Alam Sekitar dan Kualiti Hidup, yang dipayungi oleh IPPT di bawah Seberang Perai Small Towns Grants Programme.
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), melibatkan pensyarah, staf dan pelajar yang komited dalam pemindahan ilmu dan kemahiran kepada masyarakat. Dengan penyertaan percuma, bahan disediakan, dan suasana inklusif yang mesra, program ini berjaya menarik minat peserta daripada pelbagai umur dan latar belakang.
Terdapat 2 modul utama dalam program ini iaitu 1). Bengkel mentransformasi fabrik terpakai untuk menghasilkan barangan kreatif dan berguna seperti scrunchie (pengikat rambut), brooch (kerongsang), dan klip/riben rambut. Aktiviti ini bukan sahaja memberi nilai baru kepada tekstil terbuang, tetapi juga membuka peluang ekonomi melalui produk upcycle.
Penghasilan kerongsang dari fabrik terbuang | Penghasilan rantai kunci dari jeans terbuang |
2). Bengkel kedua pula memberi pendedahan kepada kaedah menghasilkan sabun menggunakan minyak masak terpakai. Para peserta dibimbing secara langsung dalam proses pembuatan sabun dan membawa pulang sabun buatan sendiri – bukti bahawa sisa domestik boleh diolah menjadi produk berguna dengan nilai ekonomi.
Penghasilan pengikat rambut dari kain terbuang | Penghasilan riben Bella dari kain terbuang |
Mesej penting yang telah disampaikan ialah tentang amalan guna semula, penjagaan alam sekitar dan gaya hidup lestari. Ramai peserta menyatakan hasrat untuk berkongsi ilmu yang diperoleh bersama komuniti masing-masing, dan menjadikan amalan kitar semula sebahagian daripada kehidupan harian mereka.
Program ini diterajui oleh Profesor Madya Dr Bakiah Shaharuddin, dengan sokongan padu daripada Dr Siti Razila Abdul Razak, Dr Ying Chee Keat, dan Pn Hasniza Amno, sebagai penyelaras dan jawatankuasa utama. Tenaga kerja daripada staf dan pelajar IPPT turut menjadi tulang belakang kejayaan penganjuran.
Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Bandar Seberang Perai, YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin, yang turut meluangkan masa melawat reruai aktiviti kitar semula anjuran IPPT. Beliau menzahirkan sokongan MBSP terhadap usaha memperkasa komuniti melalui pendekatan lestari. Beliau juga berminat untuk menjalin kerjasama yang lebih erat antara IPPT-USM dan MBSP dalam pelaksanaan aktiviti upcycle dan kitar semula pada masa akan datang.
Program ini direalisasikan dengan kerjasama strategik daripada Think City Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Penang2030, IKRAM, Universiti Sains Malaysia, Yayasan Hijau Malaysia, UPSI, dan SP Channel. Kerjasama erat antara pelbagai agensi ini mencerminkan potensi sebenar kolaborasi dalam menjana impak sosial dan persekitaran.
IPPT-USM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, terutamanya para peserta dan penyokong utama dari pelbagai agensi. Semoga program seperti ini dapat diperluas demi membentuk komuniti celik kelestarian dan berdaya tahan.
#SustainabilityUSM #GreenCampusUSM #WeLead
BUTTERWORTH, 17-18 Mei 2025 – Pasukan penyelidik dari Dementia Multidisciplinary Research Program (DMR-IPPT), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah menyertai Karnival Kesihatan One Hope yang berlangsung meriah di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena. Program ini merupakan inisiatif komuniti anjuran One Hope Charity & Welfare bagi menyampaikan saringan kesihatan secara percuma kepada masyarakat setempat.
Photo By DMR-IPPT
Saringan kognitif menggunakan instrumen MoCA
Sepanjang dua hari karnival berlangsung, reruai DMR-IPPT telah menarik perhatian ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti interaktif dan ilmiah berkaitan kesihatan penuaan secara sihat. Penyertaan ini turut menjadi platform pendidikan awam yang penting dalam usaha meningkatkan kesedaran awal tentang kemerosotan kognitif dan demensia dalam kalangan warga Butterworth dan kawasan sekitarnya.
Photo By DMR-IPPT
Peserta melakukan aktiviti 'brain games'
Aktiviti utama di reruai DMR-IPPT termasuklah:
a) Saringan kognitif menggunakan instrumen MoCA (Montreal Cognitive Assessment) yang memberi peluang kepada orang ramai menjalani saringan kognitif secara percuma bagi mengenalpasti tanda awal kemerosotan fungsi otak,
b) Soal-selidik kesedaran awam tentang demensia di mana pengunjung reruai diminta untuk menjawab soalan berkaitan demensia secara sukarela untuk mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat mengenai demensia, seterusnya menyokong pembangunan program intervensi yang lebih berfokus,
c) Permainan otak (brain games) iaitu aktiviti senaman untuk otak bagi merangsang fungsi kognitif dan fokus dalam suasana santai dan menyeronokkan,
d) Latihan kaligrafi yang memberi peluang kepada pengunjung mencuba seni kaligrafi yang bukan sahaja mengasah kemahiran motor halus, malah membantu dalam aspek kesedaran dan ketenangan mental, dan
e) Pengalaman realiti raya (VR) yang berjaya menarik minat golongan muda dan dewasa untuk bermain permainan interaktif dan relaksasi sebagai terapi digital alternatif dalam dunia maya.
Pasukan petugas di reruai DMR-IPPT terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi, Dr. Rohayu Hami, Dr. Siti Mardhiana Mohamad, Dr. Syamimi Shamsuddin, Dr. Noor Mastura Mujar, Dr. Nurdiana Zainol, dan Dr. Ernest Mangantig. Kesemua ahli pasukan memainkan peranan penting dalam memberikan pencerahan kepada pengunjung dengan pendekatan yang profesional tetapi mesra komuniti.
Photo By DMR-IPPT
Peserta melakukan latihan kaligrafi
Karnival ini bukan sekadar acara kesihatan, malah menjadi jambatan ilmu dan kesedaran antara institusi akademik dan masyarakat umum. Pihak DMR-IPPT amat berbesar hati dapat menyumbang kepada usaha ini dan berharap untuk terus memperkasakan inisiatif awam seumpama ini pada masa hadapan.
Photo By DMR-IPPT
Peserta
mencuba permainan dan relaksasi menggunakan teknologi VR
23 Jun 2025, Baling, Kedah – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui kolaborasi bersama Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menganjurkan Program Rehlah Sains 2025, salah satu inisiatif utama di bawah Minggu Sains Negara (MSN). Program ini telah berlangsung pada hari Isnin, 23 Jun 2025 (Isnin) bertempat di Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah, Baling, Kedah.
Photo By Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah
Gambar kumpulan penyelidik dan fasilitator
Dua orang pensyarah dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon dan Dr. Asmida Isa yang juga merupakan ahli Young Scientists Network - Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) telah dijemput untuk menyertai program ini bagi mengendalikan aktiviti sains berasaskan penyelidikan yang interaktif dan menyeronokkan bersama para pelajar.
Photo By Rafidah Zainon
Gambar aktiviti
Tujuan utama program ini adalah untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan pelajar sekolah, di samping meningkatkan kesedaran tentang peranan penting STI dalam kehidupan seharian. Program ini juga menyasarkan pembangunan minda kritikal, pemikiran inovatif, serta menyemai semangat keusahawanan dan inovasi sosial dalam kalangan pelajar.
Photo By Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah
Gambar aktiviti
Lebih daripada 1,000 pelajar, guru dan ibu bapa dari Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah dan sekolah-sekolah berdekatan telah menghadiri program ini. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang hari termasuk Bicara Sains, pameran pendidikan, aktiviti hands-on STEM, Bicara Kerjaya, serta kuiz interaktif melalui platform Kahoot!.
Photo By Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah
Gambar pameran
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara turut membawa Bas Pameran Sains Bergerak yang menampilkan pelbagai pameran interaktif dan eksperimen sains mudah alih. Inisiatif ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami sains secara lebih dekat, kreatif dan menyeronokkan.
Photo By Asmida Isa
Gambar aktiviti
Photo By Asnida Isa
Gambar Aktiviti
Gambar Aktiviti
Pada
20 Januari 2025, Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL), Institut Perubatan dan
Pergigian Termaju (IPPT), menerima kunjungan delegasi dari Pusat Biologi Kimia
(CCB) dalam sesi lawatan penanda aras yang memberi tumpuan kepada inovasi
pengurusan makmal. Lawatan ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengah
hari dan bertujuan memperkasakan pengetahuan delegasi CCB mengenai pengurusan,
pengendalian, serta amalan teknikal dan pentadbiran yang lebih lestari dan
efisien.
Ketibaan
delegasi CCB telah disambut oleh Puan Syazwani Ismail, Puan Nurulakma Zali,
dan Puan Azleen Mat Sharif. Para peserta lawatan diberikan penerangan
terperinci mengenai pengurusan makmal CRL menerusi sesi lawatan makmal
yang meliputi:
Selain
itu, salah satu aspek utama yang diketengahkan ialah penggunaan teknologi
seperti transformasi digital dan sokongan kepada matlamat
pembangunan mampan (SDG). Sistem ini telah digunakan di CRL bermula
tahun 2024 bagi mempermudahkan proses pentadbiran, sejajar dengan usaha
mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan kelestarian alam sekitar.Selain
itu, CRL turut memperkenalkan langkah “paperless” melalui digitalisasi. Ini
selaras dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), antaranya:
Sesi ini telah membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan makmal di kedua-dua institusi. CRL berharap lawatan ini memberikan manfaat serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara USM dan CCB dalam bidang pengurusan makmal serta penyelidikan.
Photo By CRL
Staf CCB diberi penerangan berkaitan pengurusan makmal.
Pihak
CRL mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi
lawatan ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat menyumbang kepada penambahbaikan
perkhidmatan makmal yang lebih berkualiti dan lestari.
Pertukaran
idea dan pengalaman ini diharap dapat membantu CCB melaksanakan penambahbaikan
yang relevan untuk mengukuhkan kecekapan, kelestarian, dan inovasi dalam
perkhidmatan makmal mereka.
Semoga kerjasama strategik ini terus menyumbang kepada pembangunan ekosistem penyelidikan yang lestari, efisien, dan menyokong agenda global Matlamat Pembangunan Mampan.
#CRLIPPT #LawatanPenandaAras #KelestarianMakmal #PaperlessInitiative #SDG9 #SDG12 #SDG17
Photo By CRL
Staf CCB dibawa untuk melihat sendiri pengurusan makmal di CRL.
January 27, 2025, Sains@Bertam, Advanced Medical and Dental Institute (IPPT) USM. The student selection interview sessions have been organized from January 27th to 28th, 2025, at Sains@Bertam, IPPT, USM. The Master of Medicine—MMed (Transfusion Medicine) program is a specialized program that has been producing specialist doctors in the field of transfusion medicine since 2006. It aims to produce transfusion medicine specialists who will handle clinical problems related to transfusion and be skilled in the field of transfusion medicine. This program is also the result of collaboration between IPPT, USM, and the National Blood Centre (PDN), Ministry of Health of Malaysia. IPPT, USM is the only "host" in Malaysia that organizes this program. The program produced its first graduates in 2010.
Among the admission requirements for the program are
1) Candidates must possess a Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) or Doctor of Medicine (MD) degree from a local university or a foreign university recognized by the Malaysian Medical Council.
2) Having at least 1 year of experience serving as a medical officer in public hospitals in clinical or clinical laboratory fields, along with other equivalent qualifications, is a prerequisite.
3) Pass the interview and course entrance exam.
The candidate selection interview process is one of the critical components in assessing the suitability of candidates to join this postgraduate program. Among the criteria evaluated are the components of communication, commitment, and the candidate's motivation to specialize in the field of transfusion medicine. The judging panel this time is chaired by Associate Professor Dr. Intan Juliana Abd Hamid, Head of the Clinical Medical Department, Advanced Medical and Dental Institute (IPPT), USM. Also present as panellists were Dr. Mohammad Masrin Bin Md Zahrin, director of the National Blood Centre (PDN), Ministry of Health of Malaysia; Professor Dr. Narazah Mohd Yusoff; Dr. Idaleswati Nor Mohamed; and Dr. Siti Salmah Noordin.
A comprehensive assessment, taking into account structured evaluation scores and the strengths of the candidates, is important to maintain fairness and transparency in the selection process. It is to ensure that the best candidates are selected to join this postgraduate program. However, the competition among candidates is very fierce.
To learn more about the Master of Medicine (Transfusion Medicine) program.
Please visit our website at https://academic.amdi.usm.my/mmedtm
Written by
Dr. Nur Arzuar Bin Abdul Rahim
Department of Clinical Medicine
IPPT, USM
LAPORAN PENEMPATAN KLINIKAL DAN PENGURUSAN
KEJURURAWATAN DI HOSPITAL PAKAR USM
1.
Pengenalan
Program attachment ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada staf mengenai pengurusan dan amalan kejururawatan yang efektif serta memajukan kemahiran klinikal dalam persekitaran hospital yang lebih sebenar. Penempatan empat staf, terdiri daripada Penyelia Jururawa U7, Ketua Jururawat U6 dan Jururawat U5 di bawah penyeliaan Penyelia Jururawat U9, telah selesai selepas tempoh 11 hari di HPUSM. Penempatan dibuat mengikut keperluan klinikal dan pengurusan, disusun mengikut jadual serta input-input penting yang perlu didedahkan untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman.
2. Objektif Program
i. Peningkatan Kualiti Perkhidmatan: Meningkatkan
kualiti peranan Penyelia dan Ketua Jururawat dalam pengurusan dan pentadbiran
kejururawatan. Kompetensi pengembangan kemahiran dalam bidang pengurusan,
membantu mereka menjadi pemimpin yang lebih baik di bidang kejururawatan.
ii. Pengurusan Sumber Manusia: Mempelajari
pengurusan sumber manusia secara efektif serta mewujudkan saluran komunikasi
yang berkesan antara jururawat, doktor, dan pihak pengurusan lain untuk
meningkatkan kerjasama dalam penjagaan pesakit
iii. Pengoptimuman Proses Kerja: Meningkatkan
efisiensi dalam operasi harian unit kejururawatan dengan menggunakan data dan
maklum balas untuk merancang peningkatan proses dan prosedur.
iv.
Penetapan dan Pemantauan Dasar (Unit Kualiti): Memastikan bahawa dasar dan
prosedur kejururawatan dipatuhi, serta membuat penanda aras (KPI) untuk menilai
pencapaian dan keperluan peningkatan.
3. Metodologi
Program ini dijalankan melalui:
i. Penglibatan dalam aktiviti klinikal harian
di wad/klinik dan unit rawatan.
ii. Sesi pembelajaran secara bersemuka daripada
Penyelia Jururawat/Ketua Jururawat dalam bidang kejururawatan.
iii. Pembelajaran berasaskan pengalaman melalui
kerja berkumpulan (AJK Taskforce) dan penilaian kes-kes klinikal (kes insiden)
iv. Penggunaan IT dan media dalam pengurusan
kejururawatan
v. Taklimat dan lawatan
4. Laporan Aktiviti:
i. Pengurusan Pesakit
Dalam
ii. Pesakit Luar
& Ambulatori
iii. Pengurusan
Kualiti Kejururawatan
v. Diabetic Educator
Jabatan Toksikologi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), dengan kerjasama Bahagian Akademik dan Antarabangsa IPPT, telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dokumen Program Baharu Sarjana Sains dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari pada 6 hingga 7 Mei 2025, bertempat di Kompleks Penyelidikan Haiwan, IPPT. Selain penyertaan penuh daripada ahli akademik Jabatan Toksikologi, bengkel ini turut disertai oleh dua orang panel jemputan iaitu Dr. Nurulisa Zulkifle dari Jabatan Sains Bioperubatan dan Dr. Eva Nabiha Zamri dari Jabatan Kesihatan Komuniti.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkemas dan menstruktur semula dokumen kurikulum selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia versi 2.0 (Malaysian Qualifications Framework, MQF 2.0, 2024). Berdasarkan garis panduan terbaharu oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), setiap Penyedia Pendidikan Tinggi di negara ini diwajibkan mengintegrasikan dua elemen utama dalam hasil pembelajaran dan penilaian, iaitu Kompetensi Kemampanan (Sustainability Competencies, SC) dan Pendidikan Berasaskan Nilai (Value-Based Education, VBE).
Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (Education for Sustainable Development, ESD) bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, nilai, dan sikap yang diperlukan bagi menangani cabaran global masa kini. Matlamat ini direalisasikan melalui integrasi SC ke dalam lima kluster hasil pembelajaran utama dalam kurikulum, seperti yang digariskan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) 2.0 (2024).
Selari dengan agenda global untuk pembangunan mampan, satu lagi komponen penting yang diberi perhatian ialah pemetaan kursus kepada Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG). Pemetaan ini membolehkan program pengajian dikenal pasti menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada SDG tertentu, sekali gus memperkukuh peranan institusi pendidikan tinggi dalam menyokong agenda pembangunan lestari peringkat antarabangsa.
Sementara itu, VBE pula memberi penekanan kepada pembangunan nilai moral dan etika dalam kalangan pelajar. Pendekatan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi) yang menekankan pembentukan graduan seimbang dan holistik—iaitu individu yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga beretika, berprinsip dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Sehubungan itu, Penyedia Pendidikan Tinggi digalakkan untuk menyepadukan kedua-dua elemen—kompetensi kemampanan dan nilai teras—ke dalam peringkat kursus melalui Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes, CLO), yang seterusnya menyumbang secara signifikan kepada pencapaian Hasil Pembelajaran Program (Program Learning Outcomes, PLO) secara menyeluruh. Pemetaan SDG juga perlu dijalankan pada peringkat kursus dan program.
Melalui sesi intensif yang melibatkan perbincangan berkumpulan dan semakan silang, penerapan kedua-dua elemen penting ini dalam Hasil Pembelajaran Kursus dan pemetaan SDG bagi program Sarjana Sains T&CM telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Bengkel dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 8.30 pagi, diikuti ucapan aluan oleh Prof. Madya Dr. Eshaifol Azam Omar, selaku Ketua Program Sarjana Sains T&CM. Seterusnya, peserta diberikan taklimat menyeluruh mengenai keperluan MQF 2.0 (2024) oleh Dr. Siti Nazmin Saifuddin, yang memberi penerangan tentang SC dan VBE, penerapan dan pemetaan kepada hasil pembelajaran, pemetaan SDG, serta pelaksanaannya dalam kursus-kursus yang ditawarkan.
Disediakan oleh Dr Siti Nazmin Saifuddin dan PM Dr Eshaifol Azam Omar
World Cancer Day, observed annually on February 4th, serves as a poignant reminder of the global fight against cancer. The 2025 theme, “United by Unique,” resonates deeply with the evolving landscape of cancer care, emphasizing the importance of personalized treatment approaches. This theme underscores the fact that while cancer affects millions, each individual’s experience is unique, demanding tailored solutions that address their specific needs and circumstances. In this context, the advanced brachytherapy services available at the Advanced Medical and Dental Institute (AMDI), Universiti Sains Malaysia (USM), Penang, stand as a beacon of hope, embodying the “United by Unique” philosophy by offering innovative and personalized cancer treatment.
Brachytherapy in progress monitoring by Physicist
What sets AMDI apart is its commitment to innovation and personalized care. The institute employs a multidisciplinary team of experts, including oncologists, physicists, surgeons, specialized oncology nurses and various supporting healthcare professionals who work collaboratively to develop individualized treatment plans for each patient. This approach recognizes that every cancer case is unique, requiring a tailored strategy that considers the patient’s specific tumour characteristics, overall health and personal preferences.
Dr. Fakrurazi examining oral cavity
Furthermore, AMDI has been at the forefront of developing and implementing new brachytherapy techniques, such as high-dose-rate (HDR) brachytherapy. HDR brachytherapy delivers a high dose of radiation in a short period, reducing the overall treatment time and improving patient convenience. This technique has shown promising results in various cancers, including established techniques in cervical and prostate cancer. Additionally, AMDI also offers a vast array of brachytherapy for other cancer locations such as the oral cavity (including Oral Tongue Squamous Cell Carcinoma), oesophagus, breast, liver metastasis and sarcoma. One of the unique innovations at AMDI is the new technique in treating tongue cancer known as HyBIRT (Hybrid Brachytherapy followed by Intensity Modulated Radiation Therapy). This technique integrates upfront brachytherapy and adoptive IMRT given as concurrent chemotherapy. This allows for precise and targeted destruction of cancer cells while preserving normal tissues. Tongue preservation is achieved via this technique hence resulting in potential speech and swallowing functions to achieve satisfactory outcomes, offering patients a better chance of cure and a higher quality of life.
On World Cancer Day 2025, as we reflect on the “United by Unique” theme, the brachytherapy services at AMDI, USM, exemplify the power of personalized medicine in the fight against cancer. By combining advanced technology, innovative techniques, and a patient-centered approach delivered by multi-disciplinary experts, AMDI is making a significant difference in the lives of cancer patients, offering them hope for a better future. The institute’s dedication to providing unique and tailored cancer care aligns perfectly with the global call for personalized medicine, ensuring that every patient receives the best possible treatment for their specific needs. As we move forward, it is through such advancements and a united commitment to personalized care that we can truly make a difference in the global fight against cancer.
Further reading:
1. https://aboutbrachytherapy.com/case/treating-sheilas-tongue-cancer-with-brachytherapy-2/
2. https://news.usm.my/index.php/english-news/6592-hybirt-usm-develops-new-pioneering-technique-in-treating-tongue-cancer
3. https://www.abcpenang.com/
4. https://ppusmb.usm.my/brakiterapi
#WORLDCANCERDAY2025 #UNITEDBYUNIQUE #AMDIUSM
By
Assoc. Professor Dr. Muhamad Yusri Musa
Lecturer / Consultant Otorhinolaryngologist and Surgical Brachytherapist
Head of Medical and Surgical Services
Dept of Clinical Medicine
Advanced Medical and Dental Institute, USM
Assoc Professor Dr. A. Gokulakumar
Lecturer / Consultant Radiation Oncologist and Brachytherapist
Dept of Biomedical Imaging
Advanced Medical and Dental Institute, USM
i.
Fluid Balance – Potassium works with sodium to maintain proper hydration levels
in cells. During fasting, when fluid intake is limited, adequate potassium
helps prevent dehydration and electrolyte imbalances.
ii.
Muscle Function – Potassium is essential for muscle contractions and nerve
signaling. A deficiency can lead to muscle cramps and weakness which can be
exacerbated during fasting when electrolyte levels fluctuate.
iii.
Prevention of Fatigue – Low potassium levels can cause fatigue and weakness.
Maintaining sufficient potassium intake during non-fasting hours helps support
energy levels and overall well-being.
iv.
Heart Health – Potassium helps regulate heartbeats. An imbalance may lead to
irregular heart rhythms, which can be dangerous, especially when fasting.
According
to the Malaysian Recommended Nutrient Intake (RNI) 2017, the recommended daily
potassium intake for adults in Malaysia is 120 mmol (4700 mg), which is
slightly higher than the WHO's recommended 90 mmol (3510 mg) for adults. Since
potassium intake is very low among the adults in Malaysia, further education
and promotional campaigns regarding daily consumption of potassium-rich diet
and its benefits to health need to be tailored for the Malaysian adult
population.
Bananas
or known as Musa acuminata Colla are
a widely consumed staple food in many countries and are renowned for their
pharmacological benefits, rich nutritional profile, and bioactive compounds.
Banana is a good source of minerals like potassium (K). The concentration of
potassium is also high in watermelon (Citrullus
lanatus).
Consuming
potassium-rich foods like bananas and watermelon is important for several
reasons:
i.
Electrolyte Balance: Potassium is a key electrolyte that helps maintain fluid
balance in the body, which can be disrupted during fasting. Maintaining proper
electrolyte levels is essential for muscle function and overall bodily processes.
ii.
Muscle Function: Adequate potassium intake helps prevent muscle cramps and
weakness, which can be more likely when you go without water throughout the
day.
iii. Heart Health: Potassium plays a vital
role in maintaining a healthy heart rhythm, regulating blood pressure, and
supporting overall cardiovascular health.
iv.
Hydration: Watermelon, with its high water content, helps maintain hydration,
which is essential after a day of fasting.
v.
Nutrition and Satiety: Potassium-rich foods often contain other essential
nutrients and fiber, helping you stay satisfied and nourished during
non-fasting hours.
In
Malaysia, various traditional foods are rich in potassium. Here are some
examples:
i.
Ulam (Raw Vegetables): Dishes made with raw vegetables like petai (stink bean)
and ulam raja often contain potassium.
ii.
Durian: Known as the "king of fruits," durian is not only rich in flavor
but also high in potassium.
iii.
Jackfruit (Nangka): This tropical fruit is versatile and provides a good amount
of potassium.
iv.
Sweet Potatoes (Ubi Keledek): A popular ingredient in Malaysian desserts and as
a side dish, sweet potatoes are rich in potassium.
v.
Spinach and Other Leafy Greens: Local greens like sawi and bayam (amaranth) are
commonly used in Malaysian cooking and are good sources of potassium.
vi.
Coconut Water: Often consumed as a refreshing drink, coconut water is high in
potassium and hydrating.
vii.
Tamarind (Asam Jawa): Used in many Malaysian dishes for flavoring, tamarind
also contains potassium.
viii.
Legumes: Dishes that include legumes, such as lentils or chickpeas, can be
found in various Malaysian recipes.
ix.
Fish: Certain types of fish such as mackerel (ikan kembung), snapper (ikan merah)
and yellowfin tuna (ikan tuna), and seafood such as prawns and squid used in
Malaysian cooking can also contribute to potassium intake.
How
can you ensure that potassium-rich foods like bananas, watermelon, avocados,
sweet potatoes, spinach, and coconut water to maintain proper hydration and
muscle function during fasting?
i.
Include Potassium-Rich Foods in Suhoor and Iftar: Make sure to include foods
high in potassium in your pre-dawn (Suhoor) and evening (Iftar) meals. Foods
like bananas, watermelon, avocados, sweet potatoes, spinach, and coconut water
are excellent choices.
ii.
Stay Hydrated: Drink plenty of fluids during non-fasting hours to stay hydrated
and maintain electrolyte balance, especially potassium levels.
iii.
Balanced Diet: Ensure your diet includes a variety of fruits, vegetables, and
lean proteins to supply essential nutrients, including potassium.
iv.
Avoid Excessive Caffeine and Sugar: These can cause dehydration and electrolyte
imbalances. Instead, opt for water, herbal teas, and natural fruit juices.
v.
Consider Supplements: If you're concerned about not getting enough potassium
from your diet, consider potassium supplements. However, consult a healthcare
professional before starting any supplementation.
v.
Monitor Your Health: Be mindful of signs of potassium deficiency, such as
muscle cramps, fatigue, and irregular heartbeats. If you experience these
symptoms, seek medical advice promptly.
Demensia atau nyanyuk merupakan penyakit yang semakin meningkat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Ia bukan sekadar masalah ingatan tetapi melibatkan perubahan tingkah laku, kehilangan fungsi kognitif dan akhirnya memberi kesan besar kepada kualiti hidup pesakit serta penjaga mereka.
Selama ini, pendekatan rawatan lebih banyak bergantung kepada ubat-ubatan dan penjagaan asas. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pendekatan terapi bukan farmakologi seperti terapi haiwan sebenar dan haiwan robotik telah mula diteroka sebagai kaedah untuk meningkatkan kesejahteraan emosi pesakit demensia.
Terapi haiwan melibatkan interaksi antara pesakit dengan haiwan seperti kucing, arnab atau burung dalam suasana terkawal. Kajian menunjukkan terapi ini boleh:
Pesakit demensia yang terlibat dalam aktiviti bersama haiwan cenderung menunjukkan lebih banyak reaksi, senyuman, dan kadangkala mula bercakap semula selepas lama mendiamkan diri. Hal ini kerana sentuhan fizikal dan kehadiran haiwan dapat merangsang hormon seperti serotonin dan dopamine, dua hormon yang penting dalam pengurusan emosi manusia.
Namun, terapi haiwan sebenar bukanlah pilihan yang sesuai dan boleh diaplikasikan untuk semua. Sesetengah pesakit mungkin mengalami alahan, manakala pusat jagaan pula menghadapi kekangan untuk menjaga kebersihan dan faktor logistik haiwan tersebut.
Sebagai alternatif, robot berbentuk haiwan peliharaan seperti PARO (robot anak anjing laut dari Jepun) dan Joy For All Cat telah diperkenalkan. Robot-robot ini direka dengan kebolehan untuk bertindak balas kepada suara, sentuhan dan gerakan. Hal ini membolehkan pesakit merasa seolah-olah mereka berinteraksi dengan haiwan sebenar.
Photo By Internet source (https://www.wired.com/story/covid-19-robot-companions/)
PARO: the robotic seal
Photo By Photo By Internet source (https://joyforall.com/products/companion-cats) The Joy for All robotic cat
Kajian oleh Koh et al. (2021) menunjukkan bahawa robot ini bukan sahaja mampu mengurangkan simptom kemurungan, malah membantu merangsang komunikasi dalam kalangan pesakit warga emas [1].
Di Malaysia, pendekatan terapi berasaskan robot berbentuk haiwan masih belum diguna pakai secara meluas. Walaupun beberapa kajian tempatan menunjukkan potensi besar dalam penggunaan robot haiwan untuk pesakit demensia [2][3], ia masih belum dilaksanakan dalam kebanyakan institusi kesihatan atau rumah jagaan.
Tambahan pula, majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam, maka penggunaan robot berbentuk anjing, seperti yang biasa digunakan di negara Barat, kurang sesuai dari sudut budaya dan syariah. Oleh itu, rekaan robot yang lebih sensitif terhadap nilai tempatan, seperti berbentuk kucing atau arnab, adalah lebih sesuai untuk diperkenalkan dalam sistem kesihatan kita.
Kesimpulan
Walaupun di Malaysia pendekatan terapi haiwan dan robotik masih di peringkat awal, terdapat potensi besar untuk kaedah ini diteroka sepenuhnya. Ia boleh memainkan peranan penting dalam pengurusan demensia, khususnya jika disokong oleh reka bentuk yang mengambil kira konteks budaya, sensitiviti agama, dan kebolehcapaian teknologi kepada kumpulan sasar.
Salah satu cabaran utama ialah kos. Robot haiwan berkualiti tinggi seperti PARO masih berada dalam lingkungan harga yang tinggi dan tidak mudah diakses oleh kebanyakan institusi penjagaan atau individu. Justeru, pembangunan robot terapi yang lebih mesra pengguna, mesra budaya dan berpatutan dari segi kos perlu diberi perhatian oleh penyelidik dan jurutera robotik.
Masa depan pengurusan demensia tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada rawatan ubat-ubatan semata-mata. Pendekatan yang merangkumi kesejahteraan emosi dan interaksi sosial harus dijadikan sebahagian daripada ekosistem penjagaan warga emas. Dalam landskap penjagaan kesihatan yang semakin dipacu teknologi, terapi berbantukan haiwan, sama ada sebenar atau robotik, boleh menjadi pendekatan yang berteraskan kasih sayang dan diharapkan boleh membantu melambatkan kemerosotan fungsi otak dalam kalangan pesakit demensia.
[1] W. Q. Koh, F. X. H. Ang, and D. Casey, “Impacts of Low-Cost Robotic Pets for Older Adults and People with Dementia: Scoping Review,” JMIR Rehabil Assist Technol, vol. 8, no. 1, e25340, 2021. [Online]. Available: https://rehab.jmir.org/2021/1/e25340
[2] A. M. Lokman, N. Ismail, N. N. Nabila, F. Redzuan, A. A. Aziz and T. Tsuchiya, “Spiritual Therapeutic Robot for Elderly With Early Alzheimer’s Disease: A Design Guide Based on Gender,” Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences, vol. 18, no. Suppl 11, pp. 184–190, 2022. [Online]. Available: https://medic.upm.edu.my/upload/dokumen/2022072214192911_1184.pdf
[3] S. Shamsuddin, S. R. Kamat, H. A. S. Sunhaji and M. S. Ibrahim, “Can Animal Robot Improve Cognitive Level?,” Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences, vol. 20, no. Suppl 1, pp. 22–29, 2024. [Online]. Available: https://medic.upm.edu.my/upload/dokumen/202410220921224_0194.pdf
Blood donation
is a vital component of public health, providing life-saving resources for
medical procedures and emergencies. While the physical benefits of blood
donation are well-documented, its relationship with mental health is an
emerging area of research. Though it may seem like a small act, donating blood
can have a significant impact—not only for the recipient but also for the
donor.
1. A Sense of Purpose and Altruism
One of the
primary psychological benefits of blood donation is its association with
altruistic behaviour. Altruism—the selfless concern for the well-being of
others—has been linked to improved mental health outcomes, including increased
life satisfaction and reduced symptoms of depression. Donors frequently reports
feelings of satisfaction and fulfilment, which can enhance psychological
well-being.
Research also
indicates that young blood donors tend to report better mental health than non-donors,
a phenomenon partly explained by the “healthy donor effect.” People who donate
blood often lead healthier lifestyles and generally report a higher quality of
life (1).
2. Reducing
Stress
Donating blood
can also help lower stress level. The act of donation stimulates the release of
endorphins, oxytocin, and dopamine - chemicals that enhance mood, promote a
sense of well-being, and counteract the negative effects of cortisol (2).
Furthermore, blood
donation helps regulate iron levels in the body. Excess iron is associated with
various health issues, while regular blood donation can help maintain optimal
iron levels, potentially reducing long-term health risks associated with iron
overload (3). This regulation not only benefits physical health but may also
contribute to improved psychological well-being, further supporting donors mental
health.
In addition, blood
donation has been shown to reduce inflammatory markers such as pentraxin-3 and
high-sensitive C-reactive protein. It also increases antioxidant activity,
particularly through the elevation of superoxide dismutase (SOD) levels, which
may help maintain a healthier oxidative balance in the body (4). Since chronic
inflammation and oxidative stress are associated not only with physical
illnesses like cancer, diabetes, and cardiovascular disease but also with
mental health conditions such as depression and anxiety, these biological
benefits of blood donation may indirectly support better mental well-being.
3. Fostering Social Connection
Another valuable
benefit of donating blood is its ability to foster social connection. Donation centers
and blood drives often serve as social hubs where individuals interact with
healthcare professionals and fellow donors. Coming together for a meaningful
cause like blood donation cultivates a sense of kindness and community. It
helps build stronger social bonds and a supportive atmosphere, both of which
are beneficial for mental health.
Sharing the
experience of donating blood can provide a sense of purpose and reduce feelings
of loneliness, making individuals feel more supported and connected. Previous
studies show social connectedness helps protect adults in the general
population from depressive symptoms and mental health disorders (5).
In addition, blood donation offers a
tangible way for people to express empathy and demonstrate social
responsibility. This reinforces a positive self-identity and strengthens a
sense of connection to the broader community. Feeling a sense of belonging and
making a meaningful contribution can help buffer against loneliness and
isolation—factors often associated with poor mental health.
4. Boosting Self-Esteem
Blood donation
is a prosocial act that can enhance well-being through positive emotions such
as pride and the "warm-glow" effect. Research shows that blood donors
frequently experience feelings of pride and satisfaction, which can
significantly contribute to their overall mental well-being and resilience (6).
Moreover, the
act of donating blood can strengthen self-esteem by reinforcing an individual's
sense of value and purpose. Knowing that one’s actions have directly save lives
fosters a profound sense of personal achievement and self-worth. Each donation
serves as tangible evidence of an individual's ability to make a meaningful
difference, supporting the development of a more positive self-image. Over
time, this can lead to greater self-confidence and a stronger sense of identity
as a compassionate and socially responsible person.
Conclusion
The benefits of
blood donation extend beyond its life-saving impact on recipients to include
meaningful mental health advantages for donors. The psychological benefits
include improved mood and self-worth, reduced stress levels, and enhanced
social connectedness.
In a world where
many people feel rushed, isolated, or overwhelmed, donating blood serves as a
powerful reminder that small, kind actions can make a big difference. Individuals
who regularly participate in such altruistic activities often report better
mental and physical health, and may enjoy longer, more fulfilling lives.
References:
1. Rigas AS,
Skytthe A, Erikstrup C, Rostgaard K, Petersen MS, Hjalgrim H, et al. The
healthy donor effect impacts self-reported physical and mental health - results
from the Danish Blood Donor Study (DBDS). Transfusion Medicine. 2019.
2. Maspul KA.
Can Blood Donation Reduce Stress and Boost Mental Clarity in High-Pressure Jobs.
2024.
3. Rahman MM,
Karki S, Hayen A. A methods review of the" healthy donor effect" in
studies of long?term health
outcomes in blood donors. Transfusion. 2022,1;62(3):698-712.
4. Yunce M,
Erdamar H, Bayram NA, Gok S. One more health benefit of blood donation: reduces
acute-phase reactants, oxidants and increases antioxidant capacity. Journal of
Basic and Clinical Physiology and Pharmacology. 2016,1;27(6):653-7.
5. Wickramaratne
PJ, Yangchen T, Lepow L, Patra BG, Glicksburg B, Talati A, Adekkanattu P, Ryu
E, Biernacka JM, Charney A, Mann JJ. Social connectedness as a determinant of
mental health: A scoping review. PloS one. 2022,13;17(10):e0275004.
6. Ferguson E,
Masser B. Emotions and prosociality: Lessons for blood donation. Affective
determinants of health behavior. 2018,16:377.
Mechanisms of Augmented Reality (AR) on the Human Brain
Augmented Reality (AR) engages the human brain by overlaying digital content onto the real world, thereby enhancing sensory perception and cognitive engagement (Wen, 2021). Studies indicate that AR can significantly influence brain activity patterns, particularly through the increased demand for selective attention and spatial awareness (Suzuki et al. 2024). The interactive nature of AR environments requires users to integrate virtual elements with real-world contexts, which activates multiple brain regions, including those involved in visual processing, motor control, and cognitive functions such as attention and memory (Vortmann et al., 2021). AR's ability to present virtual information in real-time can lead to enhanced cognitive states and improved task performance. For instance, AR-guided navigation systems, although not yet offering precision advantages, have been shown to improve ergonomics and visualization, reduce surgical time, and decrease blood loss during minimally invasive surgical procedures (Brockmeyer et al., 2023). Additionally, AR's immersive nature can significantly impact the user's brainwave activity, particularly in enhancing cognitive functions and task performance through mechanisms such as brainwave entrainment (Argento et al., 2017)
Mechanisms of Virtual Reality (VR) on the Human Brain
Virtual Reality (VR) engages the human brain by creating immersive, interactive environments that closely mimic real-world experiences (Riva et al., 2019). This technology stimulates multiple sensory modalities simultaneously, including visual, auditory, and sometimes haptic feedback, which significantly enhances the sense of presence and immersion (Kourtesis, 2024). VR activates various brain regions involved in sensory processing, motor control, spatial navigation, and emotional regulation (Mellet et al., 2010).
VR environments induce substantial activation of the brain's sensory and motor regions. For instance, studies have shown that VR can trigger neural responses similar to those experienced in real-life scenarios. This includes the activation of the occipital lobe for visual processing and the parietal lobe for spatial awareness and motor planning (Mellet et al., 2010). Furthermore, VR simulations can modulate spinal excitability, indicating an influence on lower nervous system levels (Grosprêtre et al., 2023). VR's immersive nature requires significant cognitive resources, leading to increased activation in brain regions associated with attention, memory, and executive function. For example, tasks in VR environments have been shown to enhance cognitive load and improve task performance by engaging the prefrontal cortex and other related areas (Mellet et al., 2010). VR can evoke strong emotional responses and modulate brain activity in regions responsible for emotional regulation, such as the amygdala and the insular cortex. This capability makes VR a valuable tool for therapeutic applications, such as treating anxiety disorders and PTSD by providing controlled exposure to stressors in a safe environment (Riva et al., 2019).
VR's ability to simulate real-world interactions has shown promise in neurorehabilitation. VR does this by directly engaging the brain networks responsible for motor and cognitive functions. In these environments, users relearn motor skills and cognitive strategies as the frontoparietal network is recruited during observation and imitation tasks, which are a key mechanism for effective rehabilitation exercises. (Adamovich et al., 2009). Combining VR with Brain-Computer Interface (BCI) technology allows for direct brain interaction with virtual environments. This integration enhances the control and feedback mechanisms in VR, making it possible to design adaptive systems that respond to the user's cognitive and emotional states in real-time (Kober et al., 2024).
Overall, VR engages a wide array of brain regions more extensively than traditional media, owing to its immersive and interactive nature. This engagement leads to enhanced sensory, cognitive, and emotional experiences, making VR a powerful tool for research, therapy, and training.
References
1. Wen, Y. (2021). Augmented reality enhanced cognitive engagement: designing classroom-based collaborative learning activities for young language learners. Educational Technology Research and Development, 69(2), 843–860. https://www.jstor.org/stable/27285748
2. Suzuki, Y., Wild, F., & Scanlon, E. (2024). Measuring cognitive load in augmented reality with physiological methods: A systematic review. Journal of Computer AssistedLearning, 40(2), 375–393. https://doi.org/10.1111/jcal.12882
3. Vortmann, L.-M., Schwenke, L., & Putze, F. (2021). Using Brain Activity Patterns to Differentiate Real and Virtual Attended Targets during Augmented Reality Scenarios. Information, 12(6), 226. https://doi.org/10.3390/info12060226
4. Brockmeyer, P., Wiechens, B., & Schliephake, H. (2023). The role of augmented reality in the advancement of minimally invasive surgery procedures: a scoping review. Bioengineering, 10(4), 501. https://doi.org/10.3390/bioengineering10040501
5. Argento Emanuele, Papagiannakis George, Baka Eva, Maniadakis Michail, Trahanias Panos, Sfakianakis Michael & Nestoros Joannis. (2017). Augmented Cognition via Brainwave Entrainment in Virtual Reality: An Open, Integrated Brain Augmentation in a Neuroscience System Approach. Augmented Human Research. 2. 10.1007/s41133-017-0005-3.
6. Riva, G., Wiederhold, B. K., & Mantovani, F. (2019). Neuroscience of Virtual Reality: From Virtual Exposure to Embodied Medicine. Cyberpsychology, behavior and social networking, 22(1), 82–96. https://doi.org/10.1089/cyber.2017.29099.gri
7. Kourtesis, P. (2024). A Comprehensive Review of Multimodal XR Applications, Risks, and Ethical Challenges in the Metaverse. Multimodal Technologies and Interaction, 8(11), 98. https://doi.org/10.3390/mti8110098
8. Mellet, E., Laou, L., Petit, L., Zago, L., Mazoyer, B., & Tzourio-Mazoyer, N. (2010). Impact of the virtual reality on the neural representation of an environment. Human brain mapping, 31(7), 1065–1075. https://doi.org/10.1002/hbm.20917
9. Grosprêtre, S., Eon, P., & Marcel-Millet, P. (2023). Virtual reality does not fool the brain only: spinal excitability changes during virtually simulated falling. Journal of neurophysiology, 129(2), 368–379. https://doi.org/10.1152/jn.00383.2022
10. Adamovich, S. V., August, K., Merians, A., & Tunik, E. (2009). A virtual reality-based system integrated with fMRI to study neural mechanisms of action observation-execution: a proof of concept study. Restorative neurology and neuroscience, 27(3), 209–223. https://doi.org/10.3233/RNN-2009-0471
11. Kober, S.E., Wood, G. & Berger, L.M. (2024). Controlling
Virtual Reality With Brain Signals: State of the Art of Using VR-Based Feedback
in Neurofeedback Applications. Appl Psychophysiol Biofeedback.
https://doi.org/10.1007/s10484-024-09677-8
Photo By IPPT
Dr. Nur Arzuar Bin Abdul Rahim, Pensyarah Perubatan & Pakar Pediatrik, PPUSMB, USM
Sebagai seorang pakar pediatrik, soalan seperti “Doktor, anak saya lambat membaca. Perlukah saya risau?” adalah antara yang kerap ditanya oleh ibu bapa, terutamanya apabila anak mereka mula memasuki usia prasekolah atau darjah satu. Saya menyambut baik soalan ini kerana ia mencerminkan keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan dan perkembangan anak mereka. Sebagai ibu bapa, adalah lumrah untuk berasa cemas dan bimbang apabila melihat anak orang lain sudah pandai membaca, sedangkan anak kita masih teragak-agak menyebut satu perkataan mudah. Adakah kelewatan anak membaca ini sesuatu yang normal, atau petanda kepada masalah yang lebih serius? Kebimbangan ini sebenarnya sangat “valid” – kerana keupayaan membaca adalah salah satu penanda aras yang penting dalam perkembangan kognitif dan pendidikan awal seorang kanak-kanak. Penting, sebagai ibu bapa anda perlu faham bahawa perkembangan membaca seorang kanak-kanak bukanlah satu perlumbaan dan lebih penting perkembangan literasi awal seorang kanak-kanak bukanlah bersifat seragam atau untuk semua. Namun, seperti banyak perkara lain terutamanya berkaitan perkembangan seorang kanak-kanak, jawapan kepada persoalan diatas, tidak semudah “ya” atau “tidak”. Ia memerlukan pemahaman yang menyeluruh tentang perkembangan normal dan variasi individu seorang kanak-kanak.
Apa Itu "Lambat Membaca"?
Kemahiran membaca tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya berkembang secara berperingkat, mengikut tahap perkembangan bahasa dan kognitif anak. Memahami apakah yang dianggap normal pada setiap peringkat umur kanak-kanak boleh membantu ibu bapa memantau perkembangan anak mereka dengan lebih jelas dan realistik. Secara umumnya, pada usia 4 hingga 5 tahun, kebanyakan kanak-kanak mula menunjukkan minat terhadap buku, boleh mengenal beberapa huruf, dan seronok bermain dengan bunyi perkataan — seperti menyebut nama huruf dalam nama sendiri atau mengenali huruf awal dalam objek harian. Anak pada usia ini juga mula memahami bahawa perkataan membawa makna dan dibaca dari kiri ke kanan. Menjelang umur 6 hingga 7 tahun, kanak-kanak biasanya sudah dapat mengenal hampir semua huruf dan mula membaca perkataan mudah secara fonetik, seperti "makan", "bola" atau "rumah". Mereka juga berupaya mengeja dan menyalin ayat pendek. Pada peringkat ini, kefahaman bacaan mula terbina, di mana anak bukan sahaja boleh menyebut perkataan tetapi juga memahami maksud ayat. Sekiranya mereka mendapat sokongan yang sesuai, ramai yang akan mampu membaca bahan bacaan ringkas dengan yakin menjelang penghujung darjah 1 atau darjah 2 persekolahan. Bagi kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas, kecekapan membaca sepatutnya semakin lancar, dengan sebutan yang tepat dan pemahaman yang semakin mendalam. Mereka mampu membaca dengan ekspresi, menjawab soalan berkaitan isi kandungan, dan membuat inferens mudah daripada teks. Sekiranya kanak-kanak pada usia ini masih menunjukkan kesukaran yang ketara — seperti keliru antara huruf, membaca secara mengeja-eja setiap perkataan, atau tidak memahami apa yang dibaca — ini boleh menjadi petanda kepada masalah yang memerlukan perhatian lebih lanjut.
“Lambat membaca” bukanlah satu label yang boleh diberikan kepada seorang kanak-kanak, hanya berdasarkan usia biologinya semata-mata. Keupayaan membaca adalah hasil gabungan pelbagai aspek perkembangan seperti tahap perkembangan bahasa, kemahiran fonologi (keupayaan membezakan dan memanipulasi bunyi dalam perkataan), fungsi kognitif, pendedahan kepada persekitaran literasi dirumah dan sekolah dan faktor psikososial seperti keyakinan diri dan sokongan emosi. Oleh yang demikian, menilai kebolehan membaca seorang kanak-kanak memerlukan pandangan yang holistik. Seorang kanak-kanak yang mungkin belum membaca dengan lancar pada usia 6 tahun, tidak semestinya mengalami masalah, asalkan mereka menunjukkan kemajuan dalam kemahiran pra-bacaan seperti mengenal huruf, memahami hubungan antara huruf dan bunyi, serta menunjukkan minat terhadap cerita dan buku. Ini adalah asas yang kukuh. Keadaan ini masih boleh dianggap dalam lingkungan perkembangan yang normal. Dengan bimbingan yang berterusan, kebanyakkan kanak-kanak ini, akan menguasai kemahiran membaca dalam masa yang sesuai.
Photo By Harian Metro April 2018
Bacakan buku pada anak-anak untuk merangsang minat membaca
Kita harus akui bahawa setiap individu seorang kanak-kanak adalah berbeza. Ada yang boleh membaca dengan lancar seawal usia lima tahun, manakala ada yang hanya mula benar-benar “menangkap” konsep bacaan apabila hampir menamatkan darjah satu. Ini bukalah kelewatan yang perlu dicemaskan, tetapi ia adalah variasi perkembangan seorang kanak-kanak. Kelewatan yang ringan dalam kemahiran membaca bukanlah satu kegagalan, dan tidak bermakna anak kita itu malas atau tidak bijak. Apa yang penting kita tidak terburu-buku membuat kesimpulan, dan pada masa yang sama, kita tidak menutup mata terhadap kemungkinan cabaran yang sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan bahasa atau pertuturan pada usia prasekolah juga berisiko tinggi mengalami cabaran membaca apabila memasuki alam persekolahan. Sekiranya anak hanya mula bercakap lewat, mempunyai kosa kata yang terhad, atau sukar menyusun ayat, mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk mengaitkan bunyi dan simbol huruf dengan berkesan. Faktor persekitaran turut memainkan peranan. Kurangnya pendedahan kepada buku, cerita, dan aktiviti bahasa di rumah, boleh menjejaskan perkembangan awal literasi mereka. Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang kurang rangsangan bahasa — contohnya tidak biasa dibacakan buku atau tidak banyak berbual dengan orang dewasa — mungkin menghadapi kesukaran membina asas fonologi dan kosa kata. Kanak-kanak yang membesar dalam dua bahasa (bilingual) juga, boleh menunjukkan kelewatan kemahiran membaca yang bersifat sementara, dan memerlukan pendekatan pengajaran yang sesuai, bukan semata-mata digolongkan sebagai bermasalah. Selain itu, kanak-kanak dengan gangguan neurologi seperti ADHD, autisme, atau gangguan pemprosesan pendengaran turut berada dalam kumpulan risiko, kerana gangguan ini boleh menjejaskan tumpuan, daya ingatan kerja, atau keupayaan memproses bunyi bahasa. Akhir sekali, pengalaman awal kehidupan yang mencabar seperti trauma emosi, kes pengabaian dan penderaan, atau kekurangan nutrisi juga boleh mengganggu perkembangan kognitif dan keupayaan belajar secara keseluruhan. Saya ingin menasihatkan dan mengajak, ibu bapa dan guru untuk melihat faktor risiko yang disebut diatas bukan sebagai satu stigma kepada kanak-kanak tersebut, tetapi sebagai satu petunjuk penting untuk kita boleh bertindak awal.
Peranan “Fonetic Awareness” atau Kesedaran fonologi
Apa yang sering tidak disedari oleh ramai ibu bapa — dan ini bukan salah mereka — ialah bahawa “Fonetic Awareness” atau kesedaran fonologi bukan sekadar satu kemahiran tunggal, tetapi merupakan satu rangkaian keupayaan bahasa seorang kanak-kanak yang kompleks dan berlapis-lapis, yang berkembang secara bertahap dalam minda mereka. Ia merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk memahami dan memanipulasi bunyi-bunyi yang membentuk perkataan dalam pertuturan. Antara komponen utama kesedaran fonologi ini, termasuklah keupayaan untuk membezakan perkataan dalam ayat, memecahkan perkataan kepada suku kata, serta mengenal dan menghasilkan rima — iaitu perkataan yang berakhir dengan bunyi yang serupa. Kanak-kanak juga secara beransur-ansur belajar memahami bunyi permulaan (onset) dan bunyi akhir (rime) dalam sesuatu perkataan. Kemuncak kepada proses ini ialah “Fonetic Awareness” atau kesedaran fonemik — satu pencapaian kognitif yang sangat penting dalam perkembangan literasi awal. Di sinilah kanak-kanak mula menunjukkan keupayaan untuk mengenal pasti, menggabung, memecah dan memanipulasi bunyi-bunyi fonem, iaitu unit bunyi terkecil dalam bahasa. Sebagai contoh, memahami bahawa perkataan “kat” terdiri daripada tiga fonem: /k/, /a/ dan /t/, bukan sahaja menandakan kematangan linguistik, tetapi juga menjadi asas utama bagi pembelajaran membaca dan menulis dengan berkesan. Sebagai doktor kanak-kanak yang menyaksikan sendiri proses ini dalam perkembangan kanak-kanak saban hari, saya tidak dapat menekankan betapa pentingnya sokongan ibu bapa dan guru dalam memupuk kemahiran-kemahiran ini sejak usia awal.
Setiap kali kita mendendangkan lagu rima, bermain dengan suku kata, atau berbual tentang bunyi permulaan perkataan dalam kehidupan seharian dengan mereka, kita sebenarnya sedang merangsang bahagian otak kanak-kanak yang menghubungkan bahasa lisan dengan literasi. Apabila kita mengetahui pentingnya “Fonetic Awareness” untuk diasah, kita boleh melakukan perbagai aktiviti sejak anak di usia pra-sekolah seperti menyanyi lagu kanak-kanak, bermain teka-teki bunyi dan sebagainya. Tidak perlu alatan canggih – cukup dengan masa, perhatian dan galakkan kita dan orang dewasa disekeliling mereka. Jangan pandang remeh detik-detik kecil dalam permainan bahasa harian. Dalam tawa mereka bermain dengan bunyi, tersembunyi potensi besar untuk menjadi pembaca dan penulis yang cekap. Kita bukan sekadar mengajar anak menyebut bunyi — kita sedang membuka pintu masa depan mereka. Kajian telah membuktikan bahawa tahap kesedaran fonologi yang tinggi pada awal usia sangat berkait rapat dengan kejayaan anak dalam membaca dan menulis apabila mereka melangkah ke alam persekolahan. Anak yang belum mantap kemahiran seperti mengenal bunyi awal sesuatu perkataan, menyebut rima, atau memecahkan perkataan kepada bunyi individu, mungkin akan menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran membaca. Ini bukan salah mereka, tetapi tanda bahawa mereka mungkin memerlukan latihan yang lebih khusus dan tersusun. Masalah dengan “Fonetic Awareness” atau kesedaran fonologi ini juga boleh menjadi petunjuk awal kepada masalah pembelajaran disleksia. Pembaca sekalian boleh merujuk artikel saya berkaitan disleksia yang telah saya tulis sebelum ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Saya ingin menekankan betapa pentingnya pengesanan awal terhadap sebarang tanda kelewatan literasi dan bahasa. Ramai ibu bapa diluar sana, tidak menyedari atau terlepas pandang bahawa kelewatan dalam mengenal huruf atau menyebut perkataan bukan semata-mata soal “belum bersedia”, tetapi mungkin signal cabaran pembelajaran yang dialami oleh anak anda yang memerlukan perhatian profesional.
Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan agar ibu bapa segera mendapatkan penilaian lanjut sekiranya mendapati tanda-tanda berikut pada anak yang berusia 6 tahun dan ke atas:
• Masih tidak dapat mengenal kebanyakan huruf, walaupun telah diajar secara berulang.
• Menghadapi kesukaran menyebut perkataan mudah, seperti “buku” atau “bola”, meskipun telah dilatih secara konsisten. Adakah mereka tidak dapat menggabungkan bunyi menjadi perkataan (seperti /b/ + /a/ + /t/ = “bat”)?
• Tidak menunjukkan minat terhadap buku, cerita atau aktiviti yang melibatkan bahasa, berbanding rakan sebaya. Atau berasa mudah kecewa apabila cuba membaca?
• Mempunyai sejarah kelewatan dalam perkembangan bahasa atau komunikasi, seperti lambat bercakap atau sukar membina ayat.
• Terdapat sejarah keluarga yang mengalami disleksia atau gangguan pembelajaran lain, yang diketahui cenderung untuk diwarisi.
Photo By Harian Metro April 2018
Sediakan
perpustakaan mini di rumah
Penilaian oleh pakar seperti patologi pertuturan-bahasa, pakar psikologi pendidikan, atau guru pemulihan khas bukan sekadar untuk mengesan kemungkinan masalah pembelajaran/masalah lain atau hanya kelewatan biasa, tetapi untuk memahami profil pembelajaran anak secara menyeluruh. Ia adalah langkah penting bagi merancang intervensi yang bersasar, berkesan dan sesuai dengan keperluan unik setiap kanak-kanak. Percayalah, bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk belajar dan berkembang — asalkan diberi peluang yang betul, pada waktu yang tepat. Jangan tunggu anak “kejar” perkembangan rakan sebaya. Sebaliknya, bantulah mereka dengan sokongan yang sesuai, supaya mereka boleh mengejar impian mereka sendiri.
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sementara menunggu penilaian professional? Ingatlah ini bukannya alasan untuk berasa pasif atau tidak berdaya. Ibu bapa sebenarnya adalah ‘terapi pertama’ dalam kehidupan anak mereka. Mereka boleh memainkan peranan aktif di rumah. Salah satu intervensi paling berkesan dan mudah dilakukan dengan konsisten ialah membacakan buku kepada anak setiap hari. Walaupun anak belum mampu membaca sendiri, pendedahan berulang terhadap bahasa dalam bentuk cerita, dapat memperkaya kosa kata, membina kefahaman terhadap struktur ayat dan naratif, serta membentuk minat terhadap dunia bacaan. Suara ibu bapa yang penuh ekspresi semasa membaca juga membantu anak memahami irama dan intonasi bahasa yang betul. Pilihlah buku bergambar yang menarik, ajak mereka untuk meneka apa yang akan berlaku seterusnya. Ini bukan sahaja akan merangsang minat tapi akan memperkukuhkan permahaman mereka. Ibu bapa juga, boleh melibatkan anak dalam aktiviti yang merangsang “Fonetic Awareness” atau kesedaran fonologi .Permainan seperti meneka bunyi awal sesuatu perkataan contohnya ('b' untuk bola), bermain dengan rima (perkataan yang berakhir dengan bunyi serupa contohnya (Kucing, pucuk, lucu — semua bunyi akhir /u/), atau menepuk suku kata contohnya (“ke-tu-pat” = 3 tepukan). Ini adalah asas penting sebelum kanak-kanak mampu membaca perkataan secara formal. Bagi kanak-kanak yang lebih responsif terhadap rangsangan visual dan taktil, pendekatan multisensori boleh digunakan – seperti menggunakan kad huruf bertekstur (boleh disentuh dan sebut), menulis huruf dalam pasir atau tepung, atau aktiviti “pairing” atau meneka pasangan gambar dengan perkataannya. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami. Namun, yang tidak kurang penting ialah sokongan emosi yang konsisten daripada ibu bapa. Elakkan memarahi anak apabila mereka tersilap, dan jangan membandingkan mereka dengan adik-beradik atau rakan sebaya. Sebaliknya, berikan galakan dan pujian terhadap usaha yang ditunjukkan, walaupun kecil: “Ibu bangga kamu cuba baca sendiri.” Perkara ini akan membina keyakinan anak dan mendorong mereka untuk terus mencuba. Di samping itu, ibu bapa digalakkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan guru kelas atau guru pemulihan bagi memahami situasi anak di sekolah, serta berkongsi pemerhatian dari rumah. Pendekatan kolaboratif ini akan membantu pakar mengenal pasti cabaran sebenar anak dengan lebih tepat apabila tiba waktu penilaian.
Photo By Harian Metro April 2018
Bawa anak-anak ke pesta buku
Kesimpulannya
Sebagai seorang pakar pediatrik, saya ingin menggalakkan ibu bapa agar tidak mudah panik, tetapi pada masa yang sama jangan leka. Walaupun perkembangan kanak-kanak bukanlah suatu perlumbaan kerana ia adalah proses yang berbeza bagi setiap individu. Apa yang paling penting ialah kepekaan ibu bapa untuk mengambil tindakan awal, bukan hanya menunggu anak "akan pandai sendiri". Ibu bapa perlu terus berusaha untuk mengenali anak mereka- bagaimana mereka belajar, apa yang mereka minati dan bagaimana mereka memberi respon kepada galakkan dan bimbingan kita. Dengan pendekatan yang bersesuaian, ramai kanak-kanak yang pada awalnya kelihatan “lambat” membaca akhirnya dapat mengejar rakan sebaya mereka dan membina keyakinan diri yang kuku dalam pembelajaran di sekolah. Perhatikan tanda-tanda amaran tertentu seperti kesukaran memahami arahan, masalah pendengaran atau pertuturan atau tiada minat langsung terhadap buku- ini mungkin menjadi petunjuk untuk penilaian lebih lanjut. Namun dalam kebanyakkan kes, sokongan positif, pembacaan bersama secara konsisten dan suasana di rumah yang kaya dengan bahasa sudah mencukupi untuk membantu anak berkembanga mengikut potensi mereka. Ingatlah setiap anak adalah unik dan berkembangan mengikut garis masa mereka sendiri. Peranan kita adalah menjadi peneman perjalananan mereka, buka pengadil masa. Teruskan memberi semangat, teruskan bertanya dan yakinlah dengan kasih sayang, kesabaran dan panduan yang tepat – setiap anak mampu mencapai kecemerlangan mereka sendiri.
Tajuk: Apa itu Penyakit Kekurangan Separa CTLA4
Penyakit imunodefisensi primer (PID) selalunya merujuk kepada penyakit yang diakibatkan oleh satu atau lebih gangguan sistem imun, menjadikan seorang indivividu rentan kepada jangkitan kuman. Jangkitan kuman yang berulang, autoimuniti, limfoproliferasi, proses granulomatus, atopik dan kanser adalah ciri –ciri penghidap PID yang kini diiktiraf sebagai kumpulan penyakit pelbagai dengan keabnormalan sistem imun. Manifestasi klinikal secara keseluruhan bergantung kepada jenis kekurangan imunologi yang berlaku. Jenis jangkitan yang dialami juga boleh berbeza mengikut kategori PID. Antara pelbagai jenis PID yang telah dikenalpasti, kekurangan separa CTLA-4 merupakan salah satu subjenis yang jarang ditemui tetapi mempunyai kepentingan klinikal yang signifikan.
Penyakit Kekurangan Separa CTLA4, juga dikenali sebagai defisensi CTLA 4 atau penyakit CHAI (CTLA-4 haploinsufficiency with autoimmune infiltration), adalah satu gangguan genetik yang jarang berlaku yang disebabkan oleh mutasi pada gen CTLA4, di mana satu salinan gen yang berfungsi tidak ada. Keadaan ini mengganggu fungsi pengawalan normal sistem imun kerana satu salinan gen CTLA4 tidak mencukupi untuk ekspresi gen yang betul.
Akibatnya, individu yang mengalami gangguan ini sering menghadapi disregulasi imun yang dicirikan oleh autoimuniti, hipogamaglobulinemia (paras antibodi yang rendah), jangkitan kuman berulang, dan limfoproliferasi, iaitu keadaan di mana sel imun yang berlebihan menyusup ke dalam organ yang biasanya tidak mengandungi jumlah besar limfosit.
Manifestasi klinikal boleh termasuk penyakit usus, jangkitan pernafasan, serta pembesaran nodus limfa, hati, dan limpa. Selain itu, pesakit juga mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser limfoma. Diagnosis biasanya dibuat melalui gabungan ujian genetik, keputusan makmal, dan penilaian klinikal.
Pewarisan Kekurangan Separa CTLA-4
Variasi patogenik pada satu salinan gen CTLA4 menyebabkan keadaan genetik yang dikenali sebagai kekurangan separa CTLA-4. Protein CTLA-4, yang penting dalam mengawal aktiviti sistem imun, dihasilkan dan berfungsi dengan kurang baik akibat variasi ini. Gangguan ini diwarisi secara autosom dominan, di mana satu salinan gen yang bermutasi sudah memadai untuk menyebabkan penyakit. Setiap anak mempunyai peluang sebanyak 50% untuk mewarisi mutasi CTLA4 jika salah seorang ibu bapa mempunyai mutasi tersebut. Kebarangkalian seorang anak mewarisi mutasi ini tidak dipengaruhi oleh sama ada adik-beradik mereka turut mewarisi mutasi tersebut atau tidak dan peluangnya adalah sama bagi setiap anak, tanpa mengira jantina adik-beradik yang lain.
Walaupun sesetengah individu yang mewarisi mutasi CTLA4 mungkin menunjukkan tanda-tanda penyakit, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala. Fenomena ini dikenali sebagai penetrasi berubah-ubah (variable penetrance), di mana tidak semua orang yang mempunyai mutasi genetik tersebut menunjukkan simptom klinikal penyakit. Disebabkan oleh keadaan ini, beberapa individu dalam satu keluarga mungkin mempunyai variasi CTLA4, tetapi hanya sebilangan kecil daripada mereka yang menunjukkan simptom, manakala yang lain kelihatan sihat. Adalah penting bagi setiap individu yang didiagnosis mempunyai mutasi CTLA4 untuk menjalani kaunseling genetik, walaupun sesetengah pembawa mutasi tidak menunjukkan sebarang gejala. Pemantauan dan pengurusan awal boleh membantu kerana tanda-tanda klinikal mungkin muncul kemudian dalam hidup. Individu yang terjejas biasanya ditemui dalam beberapa generasi pada sebelah keluarga yang mempunyai mutasi tersebut, memandangkan penyakit ini diwarisi secara autosom dominan.
Apakah simptom kekurangan separa CTLA-4?
Kekurangan separa CTLA-4 dicirikan oleh pengaktifan imunologi yang tidak terkawal, keradangan, dan sering disertai oleh imunodefisensi. Imunodefisensi ini mempunyai persamaan dengan imunodefisensi gabungan pelbagai (CVID) kerana terdapat hipogamaglobulinemia (paras antibodi yang rendah) dan tindak balas antibodi yang terganggu. Malah, sesetengah individu dengan keadaan ini pada awalnya didiagnosis sebagai menghidap CVID. Seperti pesakit CVID, mereka mudah mengalami jangkitan berulang pada sinus dan paru-paru. Jangkitan ini biasanya bermula sejak kanak-kanak dan boleh menjadi lebih teruk apabila usia meningkat. Jangkitan pernafasan berulang adalah antara simptom utama kekurangan CTLA-4. Episod berulang jangkitan bakteria atau virus seperti sinusitis, bronkitis, dan pneumonia selalu berlaku di dalam kalangan individu yang mempunyai kawalan imun yang terganggu.
Penyakit autoimun berlaku apabila sistem imun secara silap menghasilkan antibodi yang menyerang tisu dan sel tubuh sendiri. Sitopenia autoimun, yang didefinisikan sebagai jumlah sel darah putih, sel darah merah, atau platelet yang sangat rendah, merupakan salah satu simptom yang paling kerap berlaku. Autoantibodi boleh menyebabkan kerosakan atau fungsi tisu atau organ tertentu menjadi terganggu, termasuk kelenjar tiroid, pankreas, dan sendi, selain melibatkan sistem hematologi. Beberapa penyakit yang mungkin muncul secara klinikal akibat reaksi imun ini termasuklah alopecia areata, vitiligo, psoriasis, rheumatoid arthritis, gangguan tiroid autoimun, dan diabetes mellitus jenis 1. Bagi sesetengah individu, sistem imun juga boleh menghasilkan kelompok limfosit di dalam organ-organ penting, yang boleh menyebabkan keradangan setempat dan mungkin mengakibatkan kegagalan atau gangguan fungsi organ tersebut. Komplikasi dermatologi seperti psoriasis, artritis keradangan, dan tiroiditis autoimun adalah penyakit autoimun yang kerap berlaku. Selain itu, terdapat juga penyakit autoimun hematologi seperti anemia hemolitik autoimun (AIHA) dan trombositopenia imun (ITP).
Enteropati, atau penyakit usus, sering dicirikan oleh penurunan berat badan, ketidakseimbangan elektrolit terutamanya kehilangan kalium, cirit-birit kronik, dan masalah penyerapan zat makanan. Kehilangan kronik dalam sistem gastrousus boleh memberi kesan yang ketara terhadap pemakanan dan kesihatan keseluruhan. Limfoproliferasi menyebabkan pembesaran limpa, hati, dan nodus limfa. Selain itu, sel imun boleh menyusup ke organ seperti otak, paru-paru, buah pinggang, dan sumsum tulang, menyebabkan keradangan granulomatous dan limfositik. Hipogamaglobulinemia ditunjukkan oleh paras imunoglobulin (IgG, IgA, dan kadangkala IgM) yang rendah. Individu yang mengalami keadaan ini lebih mudah terdedah kepada jangkitan, dan keberkesanan vaksin juga berkurangan disebabkan tindak balas antibodi yang terganggu akibat kekurangan imunologi ini. Individu dengan kekurangan separa CTLA-4 mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser dan limfoma.
Diagnosis
Photo By sumber internet
Gambar menunjukkan ujian makmal pengiraan darah penuh (Full blood count)
Diagnosis bagi kekurangan separa CTLA-4 melibatkan gabungan ujian klinikal, imunologi, dan genetik. Ujian makmal asas termasuk kiraan retikulosit, haptoglobin, ujian Coombs langsung, bilirubin, dan LDH untuk menilai tanda-tanda hemolisis. Paras serum imunoglobulin pula diuji untuk mengesan hipogamaglobulinemia, manakala kiraan darah penuh digunakan bagi mengenal pasti sitopenia seperti kekurangan sel darah merah, putih, atau platelet.
Imunofenotaip melalui sitometri aliran (flow cytometry) sering menunjukkan keabnormalan subset sel T, termasuk pengurangan sel T pengawal selia (Tregs), peningkatan sel T penolong folikular (TFH), serta penurunan sel T pengawal selia folikular (TFR). Selain itu, kelainan pada sel B seperti pengurangan sel B memori dan penilaian subset sel pembunuh semula jadi (NK cells) turut dilakukan. Penilaian fungsi sistem imun boleh dilakukan melalui ujian ke atas proliferasi sel T dan penghasilan sitokin.
Bagi pengesahan diagnosis yang tepat, mutasi heterozigot dalam gen CTLA4 perlu dikenalpasti melalui kaedah penjujukan DNA seperti eksom penuh, genom penuh, atau penjujukan sasaran. Mikrosusunan kromosom pula digunakan untuk mengesan penghapusan berskala besar. Ujian tambahan termasuk pengesanan ekspresi protein CTLA-4 pada sel T teraktif dan Tregs, serta analisis histopatologi biopsi yang menunjukkan penyusupan limfoid yang ketara. Penanda biologi seperti CD25 larut dan BAFF yang meningkat juga boleh menjadi penunjuk tambahan. Kesemua maklumat klinikal, imunologi, dan genetik ini digabungkan untuk mengesahkan diagnosis kekurangan separa CTLA-4.
Rawatan
Photo By sumber internet
Gambar menunjukkan ubat suntikan abatacept
Rawatan bagi individu yang menghidap kekurangan separa CTLA-4 bergantung kepada gejala klinikal dan tahap gangguan sistem imun. Terapi penggantian imunoglobulin (Ig) diperlukan bagi pesakit yang mengalami jangkitan berulang akibat kekurangan antibodi. Selain itu, antibiotik profilaktik (ubat yang diberikan untuk mencegah jangkitan) juga boleh digunakan bagi mengurangkan risiko jangkitan dan mencegah kerosakan organ akibat jangkitan yang kerap. Bagi pesakit yang menunjukkan tanda-tanda gangguan imun yang teruk sehingga menjejaskan fungsi organ, rawatan imunosupresif perlu diberikan bagi menenangkan sistem imun yang tidak terkawal.
Salah satu rawatan yang terbaru ialah abatacept, sejenis ubat suntikan yang telah diluluskan oleh FDA untuk rawatan rheumatoid arthritis dan beberapa jenis psoriasis. Ubat ini berfungsi sebagai pengganti CTLA-4 dan telah menunjukkan hasil yang menggalakkan dalam menangani gangguan imun dalam kalangan pesakit kekurangan CTLA-4. Steroid sistemik seperti prednisone dan methylprednisolone, serta imunosupresan lain seperti sirolimus dan rituximab, turut digunakan secara meluas. Sirolimus berfungsi menghalang pengaktifan sel T dan B dan seterusnya menangani gejala limfoproliferasi yang dialami oleh pesakit kekurangan separa CTLA4. Rituximab pula merupakan antibodi monoklonal yang menyasarkan sel B dan digunakan untuk merawat beberapa jenis kanser dan penyakit autoimun.
Pemindahan sel stem hematopoietik (HSCT) merupakan satu lagi pilihan rawatan bagi kekurangan CTLA-4, namun rawatan ini melibatkan risiko yang tinggi, sebagaimana yang dilihat dalam banyak penyakit imunodefisiensi primer lain.
Penulis:
1. Izazi Binti Arbain
Pelajar Tahun 4, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis, Kampus Arau
Penulis koresponden
2. Prof Madya Dr Intan Juliana Binti Abd Hamid (MD, MMED (Paeds) USM, PhD (Newcastle, UK)
Kumpulan Penyelidikan Penyakit Imunodefisensi Primer, Jabatan Perubatan Klinikal, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang.
intanj@usm.my