Credit to Pusat Racun Negara and IPPT team for shooting and preparing this video.
Credit to Pusat Racun Negara and IPPT team for shooting and preparing this video.
Dr. Noorsuzana Mohd Shariff
Noorsuzana Mohd Shariff1,
Zirwatul Adilah Aziz 1,2, Abdul Hadi Mohamad3
1Jabatan Kesihatan Komuniti, Institut Perubatan
dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, 13200, Kepala Batas, Pulau
Pinang.
2Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh,
Selangor
3Malaysian Institute of Information Technology, UNIVERSITI
KUALA LUMPUR, 1016, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur
Tuberkulosis atau lebih dikenali sebagai batuk kering bukanlah suatu penyakit asing, malah penyakit endemik ini telah lama menjadi bebanan kesihatan awam dan merupakan penyebab kematian utama dalam kategori penyakit berjangkit di dunia. Pelbagai rangka strategik telah dilaksanakan di peringkat global bagi memerangi penyakit sebaran droplet udara ini. Antaranya ialah strategi Stop TB 2006 yang mensasarkan visi dunia dalam menghentikan penularan TB sebelum tahun 2015 dan kini strategi End TB yang terus mensasarkan penurunan kadar kes baru, kosong peratus kematian disebabkan oleh TB dan pencegahan kesan buruk ke atas pesakit diakibatkan TB. Malang sekali, prestasi penurunan kadar kes TB baru dan kadar kematian TB menunjukkan penurunan yang amat perlahan di kebanyakan negara dan keadaan ini diterukkan lagi dengan penularan pandemik COVID-19 yang secara langsung memberi impak kepada operasi pengurusan klinikal TB di lapangan, juga mengakibatkan ramai pesakit yang bergejala tidak tampil ke klinik untuk diagnosis awal disebabkan kekangan situasi semasa pandemik dalam negara. Hal ini dibuktikan dalam dua buah kajian terkini yang dijalankan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur yang membandingkan kadar notifikasi kes dalam tahun 2020 dengan data notifikasi lima tahun sebelumnya. Data di Johor menunjukkan bahawa terdapat penurunan kadar notifikasi sehingga hampir 12% pada tahun 2020, manakala data di Kuala Lumpur menunjukkan penurunan notifikasi hingga 5%. Hal ini memberi gambaran bahawa terdapat peningkatan kes yang tidak dapat dikesan atau kes-kes yang lewat di diagnosis yang sekiranya berterusan dalam jangka masa panjang akan merosakkan segala usaha dalam menghentikan TB dalam komuniti.
Praktis semasa dalam
pengesanan kes dan kontak TB di Malaysia menggunakan dua pendekatan utama iaitu
pengesanan pasif dan pengesanan aktif. Majoriti daripada pesakit di Malaysia
dikesan melalui pengesanan pasif dimana pesakit yang bergejala dan disyaki TB
tampil sendiri ke klinik untuk saringan. Kelemahan bagi kaedah pengesanan pasif
ialah ia bergantung tinggi pada kesedaran awal pesakit akan tanda-tanda TB dan
keterbukaan pesakit untuk mendapatkan rawatan awal di pusat rawatan TB yang
terdekat. Oleh itu, pemerkasaan pada pengesanan aktif perlu dilakukan agar kadar
pengesanan dapat ditingkatkan dalam komuniti. Analisis jaringan sosial (Social
Network Analysis) dilihat berpotensi dalam membantu dari aspek pengesanan
aktif ini. Analisis jaringan sosial mampu melengkapi teknik pengesanan semasa
yang telah digunakan oleh inspektor kesihatan di lapangan.
Praktis semasa di
lapangan mengaplikasikan pengesanan aktif melalui saringan khas (contohnya
saringan kesihatan pekerja, saringan kajian khas atau saringan klinik diabetes)
dan saringan kontak rapat pesakit TB. Menyentuh mengenai saringan kontak rapat
pesakit TB, kebanyakan kontak yang disenaraikan oleh pesakit sebagai kontak rapat
adalah mereka yang merupakan ahli keluarga yang tinggal bersama. Bilangan
kontak yang dikesan juga adalah kurang daripada sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia, iaitu bagi seorang kes indeks TB perlu dikesan sekurang-kurangnya
sepuluh orang kontak rapat supaya pengesanan kontak yang mungkin telah
dijangkiti dapat dicapai dengan optimum. Melalui praktis semasa ini, ada ruang kosong
yang dikenalpasti iaitu dari aspek pengesanan kontak kasual di lapangan. Kontak
kasual ini adalah mereka yang bukan merupakan ahli keluarga yang tinggal
serumah tetapi mempunyai perkaitan dengan kes indeks melalui jenis perhubungan
yang lain, seperti rakan sekerja, rakan sekolah, tinggal di kawasan kejiranan
yang sama atau berkongsi pengangkutan awam yang sama setiap hari.
Analisis jaringan sosial
yang merupakan suatu bidang ilmu sains sosial telah digunakan secara meluas
dalam mengkaji perhubungan-perhubungan kasual dalam memahami tingkahlaku
manusia dan kesannya kepada sokongan sosial, antropologi, ekonomi, perniagaan komunikasi,
sains computer, psikologi dan tidak terkecuali kesihatan. Dalam kes penyakit-penyakit
berjangkit, teknik ini boleh dilakukan melalui penambahan soal selidik jaringan
sosial yang menilai perhubungan-perhubungan antara pesakit, selain daripada perhubungan
isi rumah, yang seterusnya dianalisa menggunakan parameter-parameter analisis jaringan
bagi mengesan kluster-kluster penyebaran
yang seterusnya dipeta menggunakan teknik sosiogram. Hasil dapatan ini boleh dianalisa
bersama data-data klinikal pesakit serta dikukuhkan lagi dengan penelitian molekular
genotip strain TB setiap pesakit secara khusus.
Aplikasi analisis
jaringan sosial dan penyakit berjangkit telah pernah dilakukan sebelum ini dalam
memahami penyebaran HIV, penyakit-penyakit penularan seksual, juga dalam
memahami penularan TB dalam literatur. Namun begitu, kebanyakan kajian yang mengaplikasikan
teknik analisis jaringan dalam memahami penularan TB dijalankan pada populasi
kecil atau latar tempat yang terhad seperti organisasi pendidikan, atau organisasi
kesihatan tertentu. Masih terdapat kekurangan dari aspek aplikasi analisis jaringan
sosial dalam komuniti pesakit di lapangan yang lebih besar. Oleh itu, satu kajian tempatan di Kuala Lumpur
cuba untuk menjawab persoalan ini bagi cuba membuktikan kesesuaian teknik
analisis jaringan sosial dalam mengenalpasti perhubungan antara kes dalam
komuniti pesakit di Kuala Lumpur. Analisis prelimanari kajian ini mendapati
bahawa terdapat perhubungan antara pesakit melalui alamat tempat tinggal mereka.
Beberapa lokaliti dengan bilangan kes melebihi sepuluh kes aktif telah dikesan.
Penelitian lanjut melalui kaedah molekular diperlukan bagi mengenalpasti sama
ada berlaku penularan semasa (recent transmission) atau ia adalah
kes-kes pereaktifan (reactivation) atau jangkitan semula.
Secara kesimpulan, dinamik
penularan jangkitan penyakit berjangkit pada hari ini memerlukan pendekatan
yang pelbagai bagi memahami corak penularan, seterusnya membantu pihak-pihak berkenaan
dalam mengekang jangkitan dalam komuniti. Lebih banyak kajian diperlukan, khususnya
kajian-kajian tempatan dan dinegera-negara dengan kadar notifikasi kes tinggi
di kawasan Asia Tenggara, agar pemahaman secara lebih komprehensif dapat
dibuat.
Penghargaan
Artikel ini adalah sebahagian daripada output kajian yang ditaja dibawah dana Kementerian Pengajian Tinggi, Fundamental Research Grant Scheme 2019, FRGS/1/2019/SKK05/USM/02/1.
1. Gardy, J. L. et al. (2011) ‘Whole-Genome Sequencing and Social-Network Analysis of a Tuberculosis Outbreak’, New England Journal of Medicine. Massachusetts Medical Society, 364(8), pp. 730–739. doi: 10.1056/NEJMoa1003176.
Dr Salina Sany
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia
Bulan Januari telah dijadikan tema sebagai bulan kesedaran kanser servik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Mengikut data kanser kebangsaan pada tahun 2016-2020,kanser servik menduduki tangga ketiga kanser tertinggi dikalangan wanita.
Kaedah menyebarkan kesedaran, tumpuan kepada pencegahan, pengajaran kesihatan dan pendidikan boleh meningkatkan kefahaman dan penyertaan wanita untuk menyertai program saringan kanser servik yang berupaya mengesan kanser pada peringkat awal.
Salah satu ujian saringan kanser servik ialah melalui kaedah pensampelan sendiri HPV di mana wanita boleh melakukan ujian ini tanpa perasaan malu yang selama ini menjadi faktor menghalang wanita untuk tampil ke hadapan.
Semestinya kanser servik hanya berlaku pada wanita kerana organ tersebut bersifat unik dan terdapat hanya pada wanita. Ia juga sinonim disebut sebagai pangkal rahim atau pintu rahim. Ini kerana kemampuan servik untuk melalui proses dilatasi semasa kelahiran normal. Anatomi serviks yang bersaiz lebih kurang 2cm, terletak di bahagian bawah rahim yang berupaya mencapai bukaan pintu rahim sehingga 10cm bagi melahirkan bayi yang dikandung di dalam rahim.
Apakah gejala kanser servik?
Wanita boleh menunjukkan gejala seperti mengalami pendarahan selepas hubungan seks .Ini berlaku kerana permukaan servik yang tidak sihat akan lebih sensitif dan berupaya mengeluarkan darah apabila disentuh ( contact bleeding).
Begitu juga keabnormalan pada kitaran haid seperti pendarahan di antara haid, pendarahan selepas menopaus dan ada juga yang mengalami pendarahan yang terlampau banyak semasa kitaran haid.
Wanita yang mengalami discaj dari faraj yang berbau busuk, berwarna coklat atau bercampur darah serta berbau busuk juga harus datang berjumpa doktor untuk memastikan punca gejala tersebut sama ada ianya berkaitan jangkitan kuman atau disebabkan perubahan tidak normal ke atas servik.
Apakah risiko seseorang wanita mendapat kanser servik?
Jika dilihat faktor risiko , wanita yang mempunyai HPV berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks. Kajian yang dijalankan di luar negara bahkan di negara kita sendiri yang menganalisa sampel pesakit kanser servik mendapati hampir 99% DNA HPV di dalam sel kanser servik tersebut.
Selain itu,bagi wanita yang melakukan hubungan kelamin di awal usia, mempunyai bilangan pasangan seks yang ramai dan wanita yang kerap melahirkan anak dilihat mempunyai risiko trauma yang berulang terhadap permukaan servik. Trauma yang berpanjangan mempunyai kecenderungan utk mengubah sel normal kepada tidak normal. Begitu juga penggunaan ubat pil perancang melebihi 10 tahun menyebabkan kecenderungan sel di permukaan servik mempunyai daya tahan yang kurang dan menyebabkan mudah terdedah kepada jangkitan HPV.
Seterusnya, faktor imuniti yang rendah dan merokok juga dikaitkan dengan daya kecendungan wanita mengekalkan HPV untuk membiak di permukaan servik.
Apakah ujian saringan kanser servik?
Ujian pap smear telah diperkenalkan pada tahun 1940 oleh George Papanicolou dan ianya telah menjadi ujian saringan yang digunakan di Malaysia sejak tahun 1969.
Walaupun kempen-kempen kesihatan kerap diadakan di seluruh negara dan program penyaringan Pap Smear ini diberikan secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan, penyertaan wanita dalam program Pap Smear ini di seluruh Malaysia dianggarkan hanya mencapai 22% sahaja (Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia 2010 – 2013). Sasaran ujian pap smear hampir 40% dalam tempoh 2 tahun yang lalu telah direkodkan atas usaha peningkatan kesedaran kepentingan menjalani ujian saringan kanser tersebut.
Siapakah yang perlu menjalani ujian ini?
Wanita yang pernah terdedah dengan hubungan seks yang berumur 25-65 tahun disarankan untuk menjalani ujian saringan pap smear ini.
Secara natural, perubahan sel servik untuk berubah menjadi kanser mengambil masa yang lama. Oleh itu, ujian saringan amat sesuai untuk mengesan peringkat awal perubahan sel tidak normal dan pemantauan berkala atau rawatan awal dapat diberikan.
Apakah ujian saringan HPV itu?
Secara umum, HPV diklasifikasi kepada dua kategori iaitu yang berisiko tinggi (high risk) dan yang berisiko rendah (low risk). Subjenis HPV telah digolongkan dalam kategori yang berisiko tinggi (onkogenik) iaitu subjenis 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66 dan 68. HPV jenis 16 dan 18 adalah antara yang paling berisiko dan menyumbang kepada 70% daripada semua kes kanser serviks di dunia termasuk di negara kita.
Di Malaysia, garis panduan Ujian Saringan HPV yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Msia pada tahun 2019 sebagai langkah persediaan ujian saringan ini akan dijalankan di seluruh negara menjelang tahun 2023 kelak. Kajian menunjukkan tahap sensitiviti dan spesifisiti ujian pemeriksaan sitologi (Pap Smear) adalah lebih rendah berbanding ujian HPV DNA.
Ujian Pensampelan sendiri HPV dapat memperkasakan wanita untuk tampil ke hadapan dan melakukan ujian saringan kanser serviks sendiri bagi mengesan HPV.
Sebagai kesimpulan, semua wanita sama ada yang mempunyai risiko atau tidak, di bandar atau luar bandar perlu tampil dan lakukan ujian saringan kanser serviks yang boleh menyebabkan kematian ini.
Sesungguhnya, bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Dalam situasi ini, pencegahan awal dengan ujian saringan kanser servik lebih baik dari merawat kanser servik jika ianya telah berlaku tanpa pengesanan awal. Lebih baik menyerah dahulu daripada keadaan menjadi parah dan pada ketika itu, Wanita hanya terserah kepada takdir.
Perkongsian berkenaan Ujian Saringan HPV
1. Ang, X.Y., Chung, F.Y.L., Lee, B.K., Azhar, S.N.A., Sany, S., Roslan, N.S., Ahmad, N., Yusof, S.M., Abdullah, N., Nik Ab Rahman, N.N. and Abdul Wahid, N., (2022). Lactobacilli reduce recurrences of vaginal candidiasis in pregnant women: a randomized, double-blind, placebo-controlled study. Journal of Applied Microbiology, 132(4), pp.3168-3180.
Penulis:
Dr. Salina Sany
Pakar Obstetrik & Ginekologi
Klinik Pakar Ginekologi
IPPT, USM
Eva Nabiha binti Zamri1, Nurul Izzah binti Shari1
Department of Community Health, Advanced Medical & Dental Institute
Globalization has led to the increase in the standards of living around the world, but not all of its effects are positive for everyone. Globalization has also increased the competition between organizations which influences the way we work. Previous findings showed that global forces have an impact on burnout and job satisfaction via increased demands and reduced resources. Acknowledging this problem, large industries such as Apple, Nike and Google have offered mindfulness programs to their employees in order to enhance their performance and well-being.
Mindfulness is defined as a state of paying attention in the present moment, on purpose and in an accepting and kind way. It is the basic human ability to be fully present, aware of where we are and what we’re doing, and not overly reactive or overwhelmed by what’s going on around us. The mindfulness-based intervention was actually founded by Jon Kabat-Zinn, the microbiologist working in University of Massachusetts Medical school who has a passion and an inkling that lots of benefits would come of it. The mindfulness-based intervention is typically comprised of a mixture of mindfulness practices, such as secular meditation, psycho-education and group interaction. The practices derive a significant element of Buddhist traditions but has been modernized by Western teachers in order to be acceptable in their society.
Several studies have been conducted to incorporate the mindfulness – based intervention at the workplace especially in the Western countries. In a meta -analysis study published in 2017, it was found that mindfulness interventions had a positive effect on psychological symptoms, burnout, and job performance. The effectiveness of mindfulness towards mental health has been proven; nonetheless its efficacy on physical health is still lacking. Several studies have been conducted on physical health specifically on cardiovascular diseases (CVDs). CVDs are among the stress associated diseases whereby mindfulness programs are believed to control the risk factor of CVDs (stress). Previous findings showed that the mindfulness intervention has led to stable improvement of self-efficacy and quality of life among CVD patients. Other physical health that are related to work such as musculoskeletal disorders have been put in the limelight. However, the evidence of effectiveness has yet to be determined.
The rise of mindfulness is undeniable but how is this resonance with the Islamic tradition? Even though this idea of mindfulness has a combination between Buddhism and westerners where it involves meditation but according to the review the mindfulness component also has a lot to do with Islamic lifestyle. A practical example of a mindfulness intervention is by practicing daily activities attentively. Participants are encouraged to select at least one daily routine activity and make a deliberate effort to bring awareness of the moments to each action performed. Common examples of selected routine activities might include eating, making drinks or bathing. The rationale behind this practice is to encourage participants to integrate awareness into their daily lives, which increases the tendency to be more aware of bodily thoughts and sensations and reduces reactive automaticity. There are similarities in the concept of Islam where, for example, when waking up, eating food and bathing, Muslims are encouraged to recite litanies. Reciting an associated litany would potentially be a cue to perform the act with a heightened sense of momentary awareness.
Another major component of mindfulness is the idea of cultivating an attitude of acceptance and the capacity for letting things be as they are. The cultivation of this capacity involves bringing a gentle, friendly awareness to whatever thoughts, feelings and physical sensations that accompany the stressful/uncomfortable situation. In Islam, this concept is known as patience (Sabar). The concept of patience (Sabar) has been mentioned in the Quran in more than 70 places, indicating its importance as a virtue within Islam. The Islamic concept of patience is also resonant with the idea of situational acceptance and choosing not to act.
In conclusion, mindfulness programs in the workplace not only have a positive impact on individuals but also benefits the organization. To practice mindfulness is not a contrast in Islamic belief, however, modifications should be implemented and further work is needed to evaluate the effectiveness and acceptability of such an adapted approach.
1. Lomas, T., Medina, J.C., Ivtzan, I., Rupprecht, S., Hart, R. and Eiroa-Orosa, F.J., (2017). The impact of mindfulness on well-being and performance in the workplace: an inclusive systematic review of the empirical literature. European Journal of Work and Organizational Psychology, 26(4), pp.492-513
2. Thomas, J., Furber, S.W. and Grey, I., (2017). The rise of mindfulness and its resonance with the Islamic tradition. Mental Health, Religion & Culture, 20(10), pp.973-985.
Penulis Artikel
1. Dr Eva Nabiha Zamri
Afiliasi: Department of Community Health, Advanced Medical & Dental Institute
Bidang kepakaran: Public Health
2. Dr. Nurul Izzah bt Shari
Afiliasi: Department of Community Health, Advanced Medical & Dental Institute
Bidang/Kepakaran: Health Psychology
Nur Arzuar Bin Abdul Rahim
Jabatan Perubatan Klinikal, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
Penyatuan dua jiwa
Perkahwinan merupakan kesatuan dua jiwa yang saling menyayangi di antara satu sama lain. Ia berkisar perhubungan cinta dan rohani antara dua individu. Pemeriksaan kesihatan pra-perkahwinan pula sangat penting bagi mengelakkan komplikasi kesihatan atau penyakit dalam menjalani kehidupan perkahwinan yang bahagia seperti yang impikan. Walaupun pada ketika ini, keperluan pemeriksaan genetik sebelum berkahwin masih dibahaskan. Saring penyakit genetik boleh menjadi satu jawapan kepada bakal pasangan untuk lebih bersedia kearah kesejahteraan generasi masa hadapan. Ketika ini di negara kita, hanya mewajibkan saringan status penyakit HIV atau “human immunodeficiency virus” bagi bakal pasangan manakala saringan penyakit Talassemia pula sebagai satu pilihan. Langkah ini adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan bakal suami dan isteri, mengenai pentingnya mendapatkan maklumat kesihatan calon pasangan masing-masing sebelum mengambil langkah seterusnya
Apakah ujian saringan genetik ?
Kebanyakkan orang pasti biasa dengan perkataan genetik contohnya DNA atau “deoxyribonucleic acid”. Keturunan manusia berasal dari satu iaitu Adam dan Hawa. Walau bagaimana pun kita boleh lihat kepelbagaian atau variasi bangsa manusia di muka bumi ini. Perbezaan atau variasi yang wujud ini, adalah akibat perubahan bahan genetik yang akan berubah dan diwarisi contohnya perkahwinan yang rapat (antara sepupu) atau kemungkinan terdedah kepada sesuatu keadaan, radiasi atau bahan kimia yang boleh mengakibatkan ketidak sempurnaan genetik atau bahan DNA seseorang manusia.
Apa itu ujian saringan? Ia adalah suatu ujian atau pengesanan awal bagi penyakit tertentu atau keadaan luar biasa pesakit, bagi memudahkan pengesanan penyakit dan juga rawatan awal. Sebenarnya, semua orang ada kemungkinan ketidak sempurnaan genetik, namun mungkin tidak menjadi masalah contohnya ketidaksempurnaan genetik yang kecil yang menghasilkan ciri seperti mata berwarna biru, jari lebih kecil atau rambut berwarna “blonde”. Ia mewujudkan kepelbagaian rupa paras manusia. Oleh itu tujuan sebenar kita melakukan ujian saringan genetik adalah untuk kita menyaring kemungkinan kita mempunyai masalah genetik yang besar yang merisikokan penyakit-penyakit tertentu. Namun, kita tidak mampu untuk mengesan semua penyakit yang ada, kerana terdapat lebih 3 bilion bahan genetik atau DNA dalam badan manusia. Oleh yang demikian kita hanya akan menyaring untuk penyakit yang tertentu sahaja.
Kebanyakan penyakit berkaitan genetik tiada ubat yang khusus dan langkah pencegahan merupakan langkah yang lebih baik dari mengubatinya. Satu kajian telah dijalankan di Malaysia yang mendapati hampir 30% keluarga pembawa genetik Talasemia telah pun mempunyai 3 orang anak yang menghidapi Talasemia, 70% lagi mempunyai 2 orang anak Talasemia. Kenapa keadaan ini berlaku? Sedangkan kedua-dua ibu bapa tersebut telah mengetahui bahawa mereka adalah pembawa? Isu ini sukar dibahaskan kerana kepelbagaian pandangan. Itulah sebabnya kita sangat menggalakkan bakal pengantin menjalani ujian saringan penyakit Talassemia bagi mengetahui status masing-masing sejak dari awal. Sejak tahun 2005, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun memulakan program saringan penyakit Talasemia secara sukarela yang tertumpu dalam kalangan remaja sekolah menengah. Kaedah yang dijalankan adalah darah sukarelawan pelajar di ambil untuk ujian makmal bagi melihat kemungkinan risiko pembawa genetik Talasemia. Bagi mereka yang telah mencapai usia 16 tahun dan ke atas, mereka digalakkan untuk menjalani ujian saringan Talasemia bagi mencegah pertambahan penyakit ini di Malaysia. Namun kesedaran dalam kalangan bakal pengantin lebih utama bagi membolehkan mereka membuat saringan darah.
Apa Itu Penyakit Talasemia?
Talasemia merupakan penyakit kecacatan pada sel darah merah. Kecacatan ini disebabkan oleh masalah pada genetik yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hemoglobin dalam badan manusia. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang akan membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Talasemia merupakan penyakit genetik atau keturunan yang mana seorang anak boleh mewarisi genetik Talasemia daripada kedua ibu bapanya. Ianya bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh merebak melalui darah, udara, air ataupun sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit Talasemia. Jantina lelaki mahupun perempuan mempunyai risiko yang sama untuk mendapat penyakit ini dari ibu bapa masing-masing yang merupakan pembawa genetik Talasemia.Pada ketika ini, penyakit Talasemia adalah penyakit genetik yang paling kerap berlaku di Malaysia. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa genetik Talasemia tanpa disedari. Terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa genetik Talasemia dan lebih kurang 2,500 pesakit “Talasemia major”, dan kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah. Terdapat dua jenis Talasemia iaitu “Talasemia Minor” yang merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan genetik Talasemia, namun tidak menunjukkan tanda-tanda Talasemia atau pembawa. Manakala “Talasemia Major” pula merupakan individu yang mempunyai baka Talasemia sepenuhnya.
Pembawa genetik Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa genetik Talasemia boleh memindahkan genetik Talasemia tersebut kepada anak-anak mereka sekiranya pasangan yang dikahwini juga adalah pembawa. Pesakit “Talasemia Major” akan menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit itu seawal usia 6 hingga 18 bulan dengan menunjukkan gejala seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, Jaundis, perut buncit disebabkan pembengkakan organ hati dan limpa, tumbesaran yang terbantut serta terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.Pesakit “Talasemia Major” perlu menjalani proses transfusi darah sebanyak satu hingga dua kali sebulan seumur hidup. Ia penting untuk mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik supaya tisu-tisu di dalam badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Rawatan penyingkiran zat besi juga perlu diberikan kepada pesakit kerana transfusi darah yang berterusan akan menyebabkan zat besi berkumpul secara berlebihan di dalam tubuh dan boleh merosakkan organ-organ penting seperti hati, jantung dan kelenjar endokrin pesakit.
Stigma saringan pra-perkahwinan
Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan setiap pasangan yang ingin berkahwin menjalankan ujian saringan Talasemia secara sukarela bagi mengesan penyakit itu lebih awal. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, mereka perlulah lebih bersifat terbuka dengan menjalani ujian saringan Talasemia sebagai langkah keselamatan lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Jika kedua-dua pasangan itu didapati mempunyai genetik pembawa Talasemia, mereka haruslah mendapatkan nasihat doktor serta keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik kerana sekiranya mereka berkahwin, kemungkinan besar anak yang bakal dilahirkan merupakan pesakit “Talasemia Major”. Jika kedua-dua bakal pengantin merupakan pembawa Talasemia, risiko anak mereka menghidapi penyakit adalah 25%, manakala 50% lagi akan berisiko sebagai pembawa genetik Talasemia dan 25% lagi adalah normal. Jika salah seorang bakal pengantin merupakan pembawa, tiada risiko anak menghidapi penyakit Talasemia, namun 50% risiko anak mereka adalah pembawa genetik Talasemia. Perlu di ingatkan risiko di atas merupakan pada setiap kali kandungan untuk kedua-dua situasi di atas.
Di negara Cyprus pada era tahun 1980-an, 1 daripada 7 rakyat mereka merupakan pembawa atau pengidap Talasemia. Situasi ini telah menimbulkan beban yang sangat ketara kepada negara dari segi perkhidmatan kesihatan yang perlu disediakan. Oleh itu pihak Gereja Orthodoks telah mewajibkan sijil saringan Talasemia bagi pasangan yang akan berkahwin. Hasilnya di negara Cyprus ketika ini, insiden penyakit Talasemia jarang ada. Kajian yang diadakan di negara Iran berkaitan saringan Talasemia dalam kalangan bakal pengantin di negara mereka pula mendapati, walaupun saringan dijalankan dan didapati bakal pengantin adalah pembawa genetik Talasemia, 50% daripada peserta kajian tetap meneruskan perkahwinan dan mengambil risiko, manakala 29% mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan. Kadang-kadang ada bakal pengantin bimbang akan terkesan dengan stigma masyarakat sekiranya mereka telah didapati sebagai pembawa genetik Talasemia selepas menjalani ujian saringan. Perlu ditegaskan bahawa pembawa genetik Talasemia bukanlah berpenyakit. Manakala persoalan seperti teknologi ujian saringan penyakit Talasemia bagi bayi dalam kandungan pula, apabila positif di kesan sebagai pesakit Talasemia – Adakah boleh kita gugurkan kandungan tersebut?. Ini merupakan persoalan yang banyak perdebatan dari segi agama, prinsip etika dan sebagainya. Oleh yang demikian ; Pesan-pesan perkahwinan kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, adalah wajar untuk menjalani ujian saringan Talasemia pra-perkahwinan demi masalahat masa depan seperti yang dibincangkan di atas.
Penulis Artikel
Nama penulis:
Dr Nur Arzuar Bin Abdul Rahim
Afiliasi:
Jabatan Perubatan Klinikal, IPPT
Bidang kepakaran: Pakar Pediatrik
Dr. Asmida Isa
Jabatan Sains Bioperubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.
Terdapat satu golongan pesakit leukemia myeloid akut (AML) yang berusia lebih dari 65 tahun yang tidak boleh dirawat menggunakan rawatan piawai AML; ejen hypomethylating azacitidine dan decitabine. Rawatan piawai memberikan hasil yang sederhana, toksik dan kebiasaannya kelangsungan hidup yang pendek. Baru-baru ini, satu rawatan novel dikenali sebagai venetoclax telah diperkenalkan kepada kumpulan pesakit ini. Kombinasi venetoclax dan ejen hypomethylating menunjukkan 60% daripada 45 pesakit sembuh sepenuhnya (complete remission) dalam percubaan klinikal tahap 1 tersebut.
Venetoclax merupakan ejen rawatan yang mensasarkan protein BCL-2. Kajian menunjukkan ekspresi protein BCL-2 adalah sangat tinggi di kalangan pesakit baru leukemia myeloid akut dan yang berulang (relapse). Protein BCL-2 diketahui sebagai proto-oncogene yang berfungsi menghalang proses kematian sel. Oleh itu, sel yang mempunyai kandungan BCL-2 yang tinggi tidak terkesan dengan rawatan piawai, sebaliknya sel-sel tersebut memasuki fasa kitaran sel dorman (G0) sebagai salah satu mekanisma melarikan diri. Selepas satu ketika, sel-sel kanser dorman ini akan memasuki semula kitaran sel dan akan menyebabkan ulangan penyakit (relapse).
Sel-sel ini dikenali sebagai sel stem (LSC) dan mempunyai karakter yang berlainan daripada sel blast leukemia. LSC bergantung kepada phosphorilasi oksidatif untuk aktiviti metabolisma. Uniknya, LSC meningkatkan pengambilan asid amino dan proses katabolisma untuk meneruskan kelangsungan tanpa kebergantungan kepada proses glikolisis. Antara asid amino spesifik yang digunakan oleh sel stem leukemia adalah cysteine, glutamine dan asid amino branched-chain yang tidak boleh disintesis oleh sel. Kajian menunjukkan LSC tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup apabila suplimen asid-asid amino ini dihadkan dalam media LSC tersebut.
Menariknya, kombinasi venetoclax dan hypomethylating agent mengurangkan ekspresi protein BCL-2, menghapuskan metabolisma phosphorilasi oksidatif dan seterusnya membunuh populasi LSC AML ini. Penemuan ini menjadikan venetoclax sebagai satu rawatan pilihan untuk pesakit AML yang tidak boleh dirawat dengan rawatan piawai. Selain itu, memahami dan memantau sifat-sifat metabolik sel kanser juga adalah sangat penting yang mana ia berpotensi untuk dijadikan sasaran rawatan penyakit-penyakit kanser lain.
Hanis Nabilah Mohd. Nazman / Dr. Ahzad Hadi Ahmad
Makmal Diagnostik Termaju (ADL), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
DNA mitokondria, mtDNA
DNA mitokondria mengandungi 37 gen (‘gene’), dimana semuanya penting untuk fungsi mitokondria yang normal. Tiga belas daripada gen ini menyediakan arahan untuk membuat enzim yang terlibat dalam proses fosforilasi oksidatif. Fosforilasi oksidatif adalah proses yang menggunakan oksigen dan gula ringkas untuk mencipta adenosina trifosfat (ATP), sumber tenaga utama sel. Selain itu, 22 gen yang tinggal berfungsi dalam menyediakan arahan untuk membuat molekul yang dipanggil RNA pemindahan (tRNA) dan dua gen RNA ribosom (rRNA), yang berkait rapat dengan kimia DNA (ribosom). Jenis-jenis RNA ini membantu dalam penghasilan protein (asid amino) yang menjadi protein yang berfungsi.
MtDNA diwariskan dari satu generasi kepada generasi seterusnya adalah melalui pewarisan keturunan ibu. Setiap anak akan mendapat mtDNA daripada ibu namun hanya mtDNA anak perempuan sahaja yang akan diwariskan ke generasi seterusnya. Oleh itu, penyakit yang berkaitan dengan mtDNA diperoleh melalui pewarisan ibu. MtDNA lebih mudah terdedah kepada mutasi jika dibandingkan dengan DNA nuklear. Mutasi salah erti dalam mtDNA dimana satu daripada pasangan bes DNA berubah yang akan menghasil protein yang berbeza daripada yang asal. Sebagai contoh, mutasi mtDNA ini boleh menyebabkan penyakit Leber’s hereditary optic neuropathy (LHON) dimana pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan secara tiba-tiba. Selain itu, pemansuhan besar (‘deletion’) dalam mtDNA menyebabkan sindrom Kearns-Sayre dan ophthalmoplegia yang menyebabkan kelumpuhan otot ekstraokular yang mengawal pergerakan mata.
DNA nuklear, nDNA
Asid deoksiribonukleik (DNA) merupakan molekul utama dalam sel hidup. Maklumat DNA merupakan bahan pewarisan/keturunan dalam manusia dan kebanyakan organisma. Setiap sel dalam badan seseorang mempunyai DNA yang sama. Kebanyakan DNA dijumpai di dalam nukleus iaitu DNA nuclear (nDNA). Namun, terdapat juga DNA yang dijumpai di dalam mitokondria iaitu DNA mitokondria (mtDNA).
Tubuh manusia yang normal terdiri daripada 46 kromosom individu termasuk kromosom jantina (‘sex chromosome’). nDNA dalam manusia wujud dalam beberapa salinan. Bilangan salinan nDNA dalam genom diterangkan dengan istilah ploidy. Sel somatik manusia adalah diploid (2n), mengandungi dua salinan nDNA, yang dipanggil kromosom homolog. Gamet (‘sperm’ pada lelaki dan ‘ovum’ pada wanita) didapati haploid (n) pada manusia.
Saiz genom manusia ialah 3.3 bilion pasangan bes. nDNA manusia terdiri daripada 20,000 hingga 25,000 gen, termasuk gen yang terdapat dalam mtDNA. Gen-gen ini dikodkan untuk hampir semua ciri-ciri yang dipamerkan oleh organisma. Mereka membawa maklumat untuk pertumbuhan, perkembangan, dan pembiakan. Gen diekspresikan ke dalam protein mengikut kod genetik universal melalui transkripsi dan terjemahan. nDNA hanya direplikasi semasa fasa S kitaran sel.
Cara perwarisan nDNA adalah melalui kedua ibu bapa. Genom manusia terdiri daripada dua salinan (2n) dimana satu salinan (n) daripada ibu dan satu salinan lagi (n) daripada bapa. nDNA mengandungi variasi besar ciri-ciri yang dipamerkan kerana kehadiran pelbagai alel bagi setiap gen tertentu. Oleh itu, nDNA digunakan dalam ujian paterniti untuk mengetahui samada seseorang itu bapa kepada anaknya. Selain itu, penyakit juga merupakan ciri-ciri yang diwariskan kepada ibu bapa. nDNA kurang terdedah kepada mutasi berbanding mtDNA. Contoh gangguan genetik dalam genom manusia ialah talasemia, anemia sel sabit, hemochromatosis yang menyebabkan tubuh badan menyerap terlalu banyak zat besi daripada makanan dan penyakit Huntington.
1. Taylor RW, Turnbull DM. Mitochondrial DNA mutations in human disease (2005). Nat Rev Genet. 6(5):389-402. doi: 10.1038/nrg1606.
Nama penulis:
Hanis Nabilah binti Mohd. Nazman dan Dr Ahzad Hadi Ahmad
Afiliasi:
Makmal Diagnostik Termaju (ADL), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Bidang kepakaran:
Pelajar latihan industri, Ijazah Sarjana Muda Sains (Genetik)
Dr. Mastura Binti Mohd Sopian
Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
Di Malaysia, diabetes semakin menjadi-jadi dan meningkat. Begitu juga dengan mitos dan salah tanggapan berkaitan diabetes. Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang diabetes.
Jika anda berlebihan berat badan, anda pasti akan menghidap diabetes.
Berat badan berlebihan adalah faktor risiko untuk menghidap diabetes, tetapi faktor risiko lain seperti kurang aktiviti fizikal, sejarah keluarga, etnik dan umur juga memainkan peranan. Malangnya, ramai orang berpendapat bahawa berat badan adalah satu-satunya faktor risiko diabetes jenis 2, tetapi ramai orang yang menghidap diabetes jenis 2 berada pada berat normal atau hanya berat badan berlebihan sederhana.
Penghidap diabetes perlu elakkan makanan karbohidrat
Karbohidrat boleh meningkatkan tahap gula darah kerana ia dipecah menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga untuk badan.
Walau bagaimanapun, karbohidrat terdapat dalam pelbagai makanan (termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran), yang mungkin juga merupakan sumber penting nutrien lain. Malah, kajian menunjukkan bahawa jumlah karbohidrat, protein, dan lemak yang betul boleh membantu menguruskan tahap glukosa darah anda. Oleh itu, mungkin tidak praktikal untuk mengelakkan karbohidrat sepenuhnya. Rujuk pakar pemakanan, yang boleh menawarkan nasihat tentang diet yang sesuai untuk pesakit diabetes
Diabetes berpunca daripada makan makanan manis
Tidak semestinya. Diabetes adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh paras glukosa darah yang tinggi, yang berpunca daripada ketidakupayaan badan untuk menghasilkan insulin atau bertindak balas terhadapnya dengan cekap.
Insulin bertanggungjawab untuk mengurangkan tahap glukosa darah dalam badan apabila ia terlalu tinggi. Walaupun makan makanan manis mungkin tidak menyebabkan diabetes, diet tinggi gula dan lemak boleh menyebabkan obesiti, juga meningkatkan risiko diabetes jenis 2.
Diabetes boleh sembuh
Diabetes adalah penyakit kronik yang boleh dirawat untuk menstabilkan paras gula bagi mengelakkan komplikasi seperti strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang. Kawalan gula yang baik, boleh mencegah komplikasi yang lebih mudarat.
Pesakit yang menggunakan insulin adalah lebih serius berbanding mereka yang mengambil ubat oral
Pesakit diabetes jenis 1 tidak dapat menghasilkan insulin kerana gangguan imun yang menjejaskan pankreas. Oleh itu, ubat oral yang merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas tidak sesuai. Pesakit sedemikian memerlukan suntikan insulin untuk mengawal paras glukosa darah mereka.
Bagi pesakit diabetes jenis 2, rawatan awal mungkin melibatkan ubat oral atau suntikan insulin. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan gabungan kedua-dua rawatan untuk mencapai kawalan optimum tahap glukosa darah mereka. Keseriusan penyakit dilihat daripada kawalan gula dan komplikasi daripada kawalan gula yang tidak terkawal.
Tiada seorang pun dalam keluarga saya menghidap diabetes, jadi saya tidak akan mendapat penyakit itu.
Memang benar bahawa mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang menghidap diabetes meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes. Malah, sejarah keluarga adalah faktor risiko untuk kedua-dua diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2. Walau bagaimanapun, ramai juga penghidap diabetes adalah mereka yang tiada sejarah keturunan ahli keluarga yang menghidap diabetes.
Gaya hidup dan keadaan tertentu boleh meningkatkan risiko anda untuk diabetes jenis 2. Ini termasuk:
Berat badan berlebihan atau obes
Mengalami pradiabetes
Penyakit ovari polisistik
Kencing manis semasa mengandung
Kurang aktiviti fizikal
Anda boleh membantu mengurangkan risiko anda dengan mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam hampir setiap hari dalam seminggu dan mengamalkan diet yang sihat.
Diabetes jenis 2 adalah diabetes 'ringan'
Mungkin kerana diabetes adalah biasa, sesetengah orang percaya bahawa ia bukan penyakit yang serius. Ini tidak betul. Tiada ubat untuk diabetes, dan terdapat pelbagai komplikasi yang boleh berlaku jika seseorang tidak menguruskan keadaan dengan baik.
Komplikasi termasuk penyakit kardiovaskular, kerosakan saraf, kerosakan buah pinggang, buta, dan masalah kulit.
Penulis Artikel
Nur Arzuar Bin Abdul Rahim
Jabatan Perubatan Klinikal, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
Semua bayi yang dilahirkan di Malaysia akan memiliki buku rekod kesihatan bayi. Buku tersebut terdapat pelbagai maklumat yang penting berkenaan bayi seperti rekod kelahiran, pertumbuhan bayi dan kanak-kanak yang merangkumi ukur lilit kepala, berat badan dan juga ketinggian. Perkara yang paling penting ialah senarai semak perkembangan kanak-kanak daripada seawal usia satu bulan sehingga ke 18 bulan. Dalam setiap senarai semak kanak-kanak ini, ada tersenarai semua domain ataupun area perkembangan kanak-kanak contohnya motor kasar, motor halus, sosial, pendengaran dan penglihatan. Kanak-kanak yang berusia 1 tahun sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya 1 patah perkataan yang mempunyai makna sebagai contoh “nak” atau “tak nak”. Namun sekiranya umur kanak-kanak telah mencapai usia 2 tahun, tetapi masih belum mencapai apa-apa maksud perkataan, kemungkinan anak tersebuat ada masalah pertuturan. Terdapat pelbagai faktor kanak-kanak mengalami lewat perkembangan pertuturan yang akan kita bincangkan dibawah. Ibu bapa boleh sentiasa merujuk carta perkembangan didalam buku rekod kesihatan bayi bagi memudahkan pemantauan perkembangan dan tumbesaran anak mereka.
Cabaran kanak-kanak Lambat Bercakap
Sebenarnya lambat bercakap dalam kalangan kanak-kanak ketika ini biasa berlaku. Secara relatifnya kes ini lebih banyak berbanding 10 tahun dahulu. Kenapa berlaku? Penyebab sebenar, kita tidak dapat pastikan, namun ada yang mengatakan, ia ada kaitan dengan banyaknya masa yang diluangkan oleh kanak-kanak bersama television atau gadjet dan yang paling penting ialah kurangnya stimulasi pertuturan dalam kalangan anak-anak. Kanak-kanak hari ini lebih banyak masa dirumah, tambahan pula kita baru sahaja melepasi zaman pandemik COVID yang telah mengganggu sistem persekolahan dan sebagainya. Keadaan ini akan merisikokan kanak-kanak untuk belajar bertutur dengan baik.
Kanak-kanak yang lambat bertutur pada umur 2 tahun atau 3 tahun tidak dapat melengkapkan ayat. Sesetengah mereka tidak dapat mengeluarkan patah perkataan. Mereka hanya mengeluarkan bunyi babels seperti “babababa” “ahhhh”. Kebiasaanya di tempat awam mereka akan menjerit untuk mendapatkan perhatian. Mereka akan jadi lebih sensitif atau mengalami masalah perhatian. Mereka akan lebih degil berbanding dengan kanak-kanak sebaya kerana mereka mempunyai kesukaran untuk memberitahu kehendak mereka atau apa yang diperlukan. Mereka akan kerap menangis atau merengek atau menjerit untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Cara terbaik untuk membantu mereka adalah dengan bersabar menghadapi karenah mereka.
Untuk mengenalpasti masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak ini agak mencabar. Kenapa? Pertama, setiap kanak-kanak mempunyai “milestone” mereka sendiri. Ini bukan bermaksud, semua kanak-kanak mesti sama. Ada kanak-kanak yang boleh bercakap pada umur 1 tahun, kadang-kadang mungkin lambat sikit. Oleh itu ibu bapa perlu lebih berhati-hati untuk menilai perkembangan anak. Mereka perlu peka akan perkembangan anak-anak, supaya dapat dipantau dengan baik dan bawa berjumpa doktor sekiranya perlu.
Walaupun kita tidak boleh banding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain, namun ia boleh menjadi “benchmark” atau “red flag”, contohnya apabila berkumpul bersama-sama anak orang lain yang sebaya yang sudah boleh bercakap, namun anak kita belum lagi boleh bertutur. Keadaan ini wajar menjadi tanda tanya, ada “something” yang kita kena pastikan kenapa, dan perlu dapatkan nasihat doktor. Dalam keadaan lain, guru di sekolah atau pra-tadika pun biasa melaporkan pada ibu bapa sekiranya mereka dapati murid ada masalah dengan pertuturan. Ini juga boleh memberikan kita signal yang anak kita berkemungkinan mengalami masalah pertuturan.
Tips Untuk Mengenalpasti Anak Kita Ada Masalah Pertuturan
Tips yang paling mudah adalah, jika anak kita sudahpun berumur 1 tahun 8 bulan atau 18 bulan namun, masih belum mempunyai perkataan yang pertama.Untuk pengetahuan semua, sebenarnya percakapan atau perbualan ini, kita boleh bahagikan kepada dua (2) iaitu verbal dan non-verbal. Verbal adalah saya bercakap- menggunakan patah perkataan manakala, non-verbal pula adalah “body language” atau bahasa badan. Ibu bapa tidak perlu risau, jika anak lewat bertutur namun mereka boleh tunjuk-tunjuk apa yang mereka mahukan atau ada bahasa badan lain seperti mimik muka dan sebagainya.
Ada kanak-kanak contohnya telah berusia 2 tahun dan lewat bertutur, bila kita cakap dengan dia, dia buat tidak kisah, buat hal sendiri dan tidak berminat dengan orang, dia tiada “eye contact”, sukar faham arahan mudah, tidak menunjukkan atau beri isyarat tentang perkara yang mereka mahu, atau hanya bercakap menggunakan huruf vocal seperti “ahh” “Ohh”. Jika ada tanda-tanda di atas, ibu bapa kena risau dan perlu dapatkan nasihat doktor. Oleh itu, ibu bapa boleh perhatikan bahasa badan atau “non-verbal” language anak, jika mereka lewat bertutur dan segera berjumpa doktor.
Memang ada garis panduan atau carta perkembangan bahasa dan pertuturan bagi kanak-kanak yang boleh dirujuk oleh ibu bapa. Sebagai contoh, bayi akan bertindak balas dengan suara berdekatan atau bunyi yang kedengaran. Keadaan ini patut ada pada usia 4 minggu, ibu bapa perlu risau jika bayi telah berusia 8-minggu, namun masih tiada respon. Bayi akan “babble” dengan merdu kepada diri sendiri atau orang lain. Respon ini patut ada diusia 8-bulan. Jika masih tiada diusia 10-bulan, ibu bapa perlu risau. Kanak-kanak akan bercakap secara sepatah-sepatah pada usia 13 sehingga 15 bulan. Pada usia 22-bulan pula, kanak-kanak sepatutnya boleh menggabungkan 2-3 perkataan dalam ayat dan pada usia 3 tahun ke 3.5 tahun, mereka patut boleh bertutur dengan bahasa yang bermakna.
Bercakap perkataan secara sepatah-sepatah pada usia 13 – 15 bulan dan pada usia 22 bulan kanak-kanak sepatutnya boleh menggabungkan 2-3 perkataan dalam ayat dan pada usia 3 – 3.5 tahun mereka patut bertutur dengan bahasa yang bermakna. “Phonation” atau proses bunyi percakapan kanak-kanak biasanya akan lebih lengkap apabila kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas. Namun sebagai ibu bapa kita jangan terlebih risau dengan carta perkembangan ini, kerana ia hanyalah garis panduan sahaja. Setiap kanak-kanak tetap unik dengan perkembangan masing-masing. Carta ini adalah sebagai panduan untuk kita mendapatkan nasihat doktor jika anak kita tidak menunjukkan pencapaian seperti yang diharapkan.
Kanak-kanak yang dirujuk kepada saya bagi masalah pertuturan, pertama sekali saya kena pastikan, adakah kanak-kanak ini boleh mendengar atau tidak. Ramai juga ibu bapa yang beritahu saya, anak mereka boleh dengar , bila dipanggil nama, mereka akan pandang. Betul, mereka boleh mendengar, namun ada satu keadaan yang kita panggil “tone deafness”. Katakan orang panggil nama anak tersebut abang , tapi yang anak tersebut dengar adalah bambam, anak tersebut tetap akan pandang pada panggilan tersebut,tetapi apa yang dia dengar itu tidak tepat, dan apabila ibu bapa hendak anak tersebut ulang perkataan itu. Maka perkataan yang sebenar tidak akan keluar dengan betul. Keadaan ini juga boleh menyebabkan pertuturannya lewat. Walaupun kanak-kanak ini sudah pun melalui ujian saringan “hearing screening” masa lahir di hospital, tapi ia hanyalah ujian saringan dan tidak 100% tepat. Oleh itu ujian pendengaran tetap perlu dilakukan.
Banyak aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan dirumah bagi membantu kanak-kanak yang ada masalah pertuturan yang agak lewat. Contohnya ketika anak itu sedang menunggu kita membancuh susu. Kita boleh berbual-bual dengan anak tersebut, “ini ibu bancuhkan susu, susu ini warnanya putih”. Kita galakkan anak kita bercakap. Anak tersebut akan mendengar percakapan kita, mereka melihat apa yang sedang kita lakukan. Satu lagi contoh lain, apabila anak tersebut sedang bermain kereta pula, kita tegur mereka , ”Buat apa tu, sedang bermain kereta ya, warna apa tu? “. Apa yang telah kita lakukan adalah kita “saying things” kepada anak kita atau “broadcasting” perkataan pertuturan kepada mereka. Mereka akan belajar. Inilah salah satu keadaan bagaimana penggunaan gadjet di katakan telah menyebabkan masalah pertuturan yang lewat. Kanak-kanak belajar secara “imprinting”. Jika mereka nampak cartoon yang bercakap “funny things” atau menunjukkan aksi melompat-lompat, mereka dengan mudah akan tiru kerana mereka tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Di tambah lagi komunikasi gadjet hanyalah sehala, tidak seperti aktiviti perbualan antara ibu bapa dan anak-anak mereka.
Punca anak lambat bercakap
Punca sebenar kanak-kanak lewat bercakap ada banyak, mungkin kita boleh bermula punca sejak kanak-kanak itu lahir, contohnya dilahirkan pramatang atau mengalami kecederaan otak (tidak cukup oksigen) ataupun mengalami masalah bayi kuning yang sangat tinggi sehingga mendapat komplikasi pendengaran. Seterusnya masalah berkaitan genetik yang salah satu cirinya adalah masalah pertuturan ataupun masalah berkaitan psikologi seperti autisme dan ADHD (attention deficit hyperactive disorder). Mereka ini pun biasanya datang ke klinik dengan masalah pertuturan yang lewat. Apa yang penting bagi doktor perubatan yang melihat kes ini, adalah untuk memastikan sama ada kanak-kanak tersebut mengalami masalah pertuturan semata-mata, atau ada masalah lain yang berkaitan pertuturan.
Kadang-kadang sudah menjadi kebiasaan ibu bapa di luar sana mengajuk bahasa anak-anak kecil mereka yang niat asalnya untuk memudahkan atau kelihatan comel, contohnya “nak makan tak?” jadi “nak mamam tak?”..contoh lain...gelas di sebut geyas. Sedangkan anak-anak mahu belajar bahasa yang sedang kita tuturkan. Namun lain pulak jadinya. Selain itu, ibu bapa juga kena hati-hati jangan sesekali mengejek anak-anak mereka yang bercakap pelat. Apabila mereka bercakap pelat, kita gelak-gelakkan mereka. Apa yang berlaku adalah mereka faham situasi tersebut dan akan berhenti bercakap kerana berasa malu untuk bertutur, takut kena gelak. Jika ibu bapa hendak menegur, perlulah melakukan dengan cara yang positif. Jangan di sergah, jangan marah-marah kerana kanak-kanak amat sensitif.
Apakah rawatan atau terapi untuk anak-anak yang mempunyai masalah pertuturan
Pertama sekali, kita kena pastikan pendengaran anak tersebut normal, maksudnya anak tersebut dapat mendengar dengan baik. Kedua, kita kena periksa secara fizikal rongga mulut anak untuk lihat keadaan lidahnya dia pendek atau tidak, pergerakkan lidah normal atau tidak. Ada juga keadaan yang kita panggil sebagai “tounge tie (ankyloglossia). Ia merupakan keadaan lidah sejak dari lahir yang menyekat pergerakkan lidah kerana terdapat jalur tisu lebihan dibawah lidah yang menambat bahagian bawah hujung lidah ke lantai mulut atau kita panggil “lingual frenulum”. Keadaan ini boleh mengganggu proses penyusuan, kerana bayi sukar untuk menjelirkan lidahnya. Selain itu ia boleh mengganggu kanak-kanak untuk makan, bercakap atau menelan. Ketiga, kita kena pastikan kanak-kanak tersebut tiada masalah lain seperti attention defisit (AD) atau hyperaktif, autisme. Kanak-kanak yang mempunyai masalah attention defisit, mereka tidak boleh fokus atau beri perhatian. Apabila kita hendak melakukan terapi pertuturan mereka tidak boleh fokus. Pada kebiasaannya, apabila kita berbincang berkaitan terapi pertuturan ia merupakan “multidisplinary approach”. Sebagai contoh ada penglibatan juru pulih pertuturan “speech therapist” - untuk terapi pertuturan, ada penglibatan “occupational therapist” utk latihan fokus anak terbabit dan sebagainya.
Tips aktiviti yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak bertutur di rumah
Elakkan bunyi TV yang kuat semasa berinteraksi dengan anak: Ia mengganggu proses pertuturan anak dan tidak dengar dengan jelas apa yang diterangkan kepadanya
Ajar anak bahasa isyarat : Untuk elakkan mereka kecewa kerana tidak memahaminya, galakkan anak-anak menggunakan isyarat yang mudah contohnya angguk tanda ya, geleng kepala tanda tidak
Luangkan lebih masa dengan anak: Luang masa untuk ajar anak berkomunikasi dan pastikan “eye contact” dengannya.
Selalu membaca bersama anak: Anak berpeluang untuk mendengar sebutan yang betul dan menambah kosa kata mereka ( vocabulary )
Lakukan aktiviti yang bantu kuatkan otot mulut anak: Contohnya mewarna lukisan menggunakan straw dan watercolour.
Pesanan saya sebagai satu kesimpulan, apapun keadaan pertuturan anak, ia sebenarnya berbalik kepada sistem pembelajaran mereka di rumah. Jangan semata-mata berharap kepada guru di sekolah atau kawan-kawan mereka sahaja. Sebagai ibu bapa, kita kena banyak berborak dengan anak-anak, banyak berinteraksi dengan mereka, luangkan masa dan bermain dengan mereka dan kita jadi “best friend” untuk mereka. Terapi pertuturan sebenarnya bermula di rumah. Kita boleh bawa anak kita ke pusat terapi yang terbaik, betul ia sangat membantu, namum semuanya tetap bermula di rumah.
Penulis Artikel
Nama penulis:
Dr Nur Arzuar Bin Abdul Rahim
Afiliasi:
Jabatan Perubatan Klinikal, IPPT
Bidang kepakaran: Pakar Pediatrik
Nor Arisha Syafikah Mohd Azri1,
Nor Azah Samat2, Noorsuzana Mohd Shariff3
1Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak.
2Jabatan Kesihatan Komuniti, Institut Perubatan
dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, 13200, Kepala Batas, Pulau
Pinang.
Penyakit Sindrom Pernafasan Akut
Teruk 2 (SARS-CoV-2) atau lebih dikenali sebagai Coronavirus 2019 (COVID-19) muncul
disebabkan oleh novel coronavirus 2019 (2019-nCOV). Wabak zoonotik bawaan udara
ini pada asalnya bermula di Wuhan, China tetapi telah tersebar dengan pantas dalam
kalangan manusia dan dalam tempoh kurang
setahun telah tersebar merentasi sempadan sekaligus diumumkan sebagai pandemik
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Pelbagai langkah drastik telah dirangka di
seluruh dunia untuk mengekang penularan wabak ini dan seterusnya untuk
mengurangkan angka kematian. Malaysia mengumumkan kes pertama COVID-19 pada 23
Januari 2020 iaitu melibatkan tiga orang pelancong China yang datang ke
Malaysia dari Singapura. Kes positif COVID-19 terus meningkat dan pada 15
Februari 2020 wujud gelombang pertama di Malaysia. Peningkatan bilangan
individu yang bergejala telah dihantar ke hospital dan diuji untuk pengesanan
virus COVID-19. Pesakit yang mendapat keputusan ujian positif diasingkan dan
dirawat.
Gelombang
kedua bermula pada 25 Februari 2020 di mana telah menyumbang kepada peningkatan
jumlah kes kumulatif COVID-19 lebih daripada 1,000. Pada minggu pertama Mac
2020, jumlah kes terus meningkat secara berterusan. Perkara ini menyebabkan
kerajaan mengambil langkah drastik dengan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) selama 14 hari untuk mencegah penularan wabak tersebut. Tujuan
PKP adalah untuk mengehadkan pergerakan rakyat Malaysia dan seterusnya untuk
mengurangkan risiko individu dijangkiti wabak tersebut. Antara larangan semasa
PKP dilaksanakan ialah pergerakan dan perhimpuan secara besar-besaran.
Selain
daripada kawalan wabak melalui teknik isolasi dan penjarakan sosial,satu lagi
kaedah dalam pengawalan wabak yang penting dalam mengekang penyebaran jangkitan
ialah melalui pemantauan kes secara berkala dan analisis data secara berterusan.
Analisis data melalui kaedah model ramalan ini membantu pihak berkepentingan
dalam menilai keberkesanan pendekatan kawalan yang sedang diambil serta
membantu dalam membuat keputusan dan polisi dalam mengawal COVID-19 di Malaysia.
Pendekatan permodelan matematik boleh digunakan untuk meramalkan trend COVID-19
di Malaysia. Model SEIR merupakan salah satu model matematik yang terkenal
dalam meramal dan menjangkakan pola penyebaran penyakit berjangkit. Model SEIR digunakan
untuk mengkaji penyebaran penyakit berjangkit yang mempunyai tempoh isolasi. Ramalan
bagi jumlah kes positif COVID-19 perlu diketahui dalam tempoh tertentu bagi merancang
langkah yang efektif dalam menangani wabak ini.
Model
Matematik yang digunakan ialah Susceptible
(Berisiko), Exposed (Terdedah), Infectious (Berjangkit) dan Recovered
(Pulih) (SEIR). Berdasarkan model
ini, sesuatu populasi boleh dibahagikan kepada 4 kelompok iaitu Susceptible, Exposed, Infectious dan Recovered. Susceptible ialah individu yang terdedah kepada virus tetapi tidak
dijangkiti. Exposed pula ialah
individu yang terdedah kepada virus tetapi tidak dijangkiti. Infectious ialah individu yang
menyebarkan virus melalui
titisan dari hidung atau mulut apabila batuk atau bersin dan juga penyebaran
melalui sentuhan objek atau permukaan yang terdapat titisan tersebut dan
kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut.
Recovered pula ialah individu
yang telah mencapai imuniti terhadap virus ini. Model SEIR digunakan untuk
menilai tahap keberkesanan strategi yang dilaksananakan oleh pihak berwajib, contohnya
seperti Perintah Kawalan Pergerakan. Penggunaan model ini membolehkan pihak berwajib
melihat dan memahami tentang trend peningkatan atau penurunan wabak COVID-19 di
Malaysia.
Dapatan daripada hasil
ramalan menggunakan model SEIR, pelaksanaan PKP berjaya mengurangkan kes
positif Covid-19 di Malaysia tetapi apabila sektor ekonomi dibuka semula,
peningkatan kes terus meningkat dan menyebabkan kerajaan perlu mengeluarkan
arahan PKP semula. Perkara ini menunjukkan bahawa pelaksanaan PKP berjaya
mengurangkan jumlah kes positif tetapi wabak COVID-19 masih berada di kalangan
masyarakat. Oleh yang demikian, kerajaan telah melaksanakan Program Vaksinasi
sebagai satu langkah untuk membendung wabak ini. Penggunaan model SEIR dapat
membantu KKM untuk melihat trend kes positif COVID-19 dan seterusnya KKM dapat
merangka strategi pengagihan vaksin kepada individu dan kawasan yang berisiko
tinggi dijangkiti wabak ini.
Jesteru itu, amalan trend COVID-19 di Malaysia memerlukan pendekatan yang pelbagai sebagai contoh, menerusi permodelan matematik bagi memahami corak penularan. Penerapan model ini sangat bermanfaat bagi pihak KKM khususnya dalam merangka strategi dalam membendung penularan COVID-19. Kesimpulannya, peramalan trend sesuatu penyakit khususnya Covid-19 adalah penting dalam membantu memastikan penyebaran dapat dikurangkan. Permodelan matematik adalah antara pendekatan yang boleh digunakan oleh pihak berwajib bagi tujuan peramalan ini dalam usaha memahami corak penularan penyakit. Model SEIR yang telah banyak digunakan dalam pelamaran trend penularan penyakit nyata boleh diimplementasikan dalam membuat peramalan trend khususnya bagi penyakit COVID-19 di Malaysia.
Dr. Nurdiana Zainol Abidin, Jabatan Kesihatan Komuniti,
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia
Dr Erazuliana Binti Abd Kadir
Jabatan Toksikologi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM
What is drug repurposing?
Drug repurposing, which is also known as drug repositioning or reprofiling, is the use of old drugs for new therapeutic purposes. The discovery of repurposed drugs happened both by chance and by intention. The other use of a drug apart from its original indication could be known at various stages of the drug development. One popular example is sildenafil, a drug that was originally developed as an anti-hypertensive and anti-angina drug, has been found, by chance, to cause penile erections during clinical trials. Later on, the drug was repurposed to treat erectile dysfunction and marketed under a different name known as Viagra.
Drug repurposing in cancer treatment involves turning the existing generic or off-patent drugs that have been used to treat non-cancerous diseases into anti-cancer agents. As an effort in finding much cheaper, safer, and more efficacious chemotherapeutics drugs, repurposed drugs offer an alternative solution for a more affordable and successful cancer treatment. The ever-changing nature of cancer itself also demands multi-ways of treatment approaches and could involve both single and combinatorial therapy that is capable to target different pathways of cancer, which could be achieved with repurposed drugs.
The attempt to create medications based on the ‘magic bullet’ concept – a term denoting a single chemical entity that could treat a disease without causing side effects to the body – has involved continuous research and development of new drugs. The process of bringing one new drug compound from the bench to the bedside can reach up to USD 2 to 3 billion and takes approximately 13 to 15 years of research for the drug development stage alone [1]. The long duration of drug development is usually due to the requirement for the new chemical entities to undergo efficacy, toxicity, pharmacokinetic and pharmacodynamic studies using both cell-based and animal models at the preclinical stage, and eventually in human subjects at the clinical stage.
Why are repurposed drugs more beneficial?
The most obvious advantage of repurposing drugs for cancer treatment is that the high cost and time-consuming processes of new chemotherapeutic drug development could be avoided. The lengthy process of new drug development could be averted for the repurposed drugs since the latter can be approved sooner for usage as their bioavailability, efficacy, and toxicity profiles are already established in the original preclinical and Phase I studies. Therefore, the drug could rapidly proceed to Phase II and III of the clinical studies.
The shorter approval period could further reduce the cost of bringing these repurposed drugs into the market which cost about 50-60% lesser than for the development of new drugs [2]. This could later lead to a cheaper price of chemotherapeutic treatments, thus benefiting low-income patients who couldn’t afford the high cost of cancer treatment. On top of that, generic drugs are also cheap as it is off-patent and can be produced by many pharmaceutical companies at a competitive price. The use of old generic drugs is also generally safe for human use as it has undergone toxicity tests for their original indication, as well as the availability of case reports and investigations on the drug should it be suspected unsafe after being in the market for years further ensures the safety of the old drugs.
What are examples of repurposed drugs?
The repurposed drugs have been given as monotherapy, as well as in combination with other chemotherapeutic drugs to ensure a higher chance of successful treatment. Some of the old drugs that have been repurposed into anti-cancer agents and have been brought to clinical trials are thalidomide, metformin, disulfiram, and itraconazole.
Thalidomide
Thalidomide was originally used to treat morning sickness in pregnant women. Later on, it was discovered of causing birth defects and therefore withdrawn from the market in the 1960s. In the 1990s, it was discovered to have anti-cancer activities, particularly as an anti-angiogenic and immunomodulatory agent. The drug has been used to treat multiple myeloma and several other hematological malignancies [3]. Since it is a known teratogenic agent, its use is carefully monitored and is absolutely contraindicated in pregnant women.
Metformin
Metformin is an anti-diabetic drug mainly used for the treatment of type 2 diabetes mellitus. Metformin works by lowering the level of insulin in the body. As hyperinsulinemia was associated with cancer-promoting effects, it is just logical that the drug used to reduce the insulin level in the blood could also reduce the risk of cancer.
Initially, the activity of metformin as an anti-cancer agent was recognized to only affect the cellular metabolism of cancer cells via maintenance of the plasma glucose and insulin level. Later on, it was discovered that the drug also has inhibitory effects on the multiple cancer pathways that regulate cell metastasis and survival, as well as having indirect anti-angiogenic and anti-inflammatory effects on cancer cells [4]. The clinical trials for repurposing metformin are mostly for the treatment of breast, ovarian, prostate, and pancreatic cancers.
Metformin is by far the most optimum drug to be repurposed as an anti-cancer drug since its side effects are only mild to moderate (mostly only gastrointestinal discomfort) in comparison to the standard anti-cancer agents that cause severe adverse effects which include nausea, vomiting, loss of appetite, hair loss and anaemia.
Disulfiram
Disulfiram causes severe nausea and vomiting upon consumption of alcohol, leading to aversion and abstinence of the alcoholic substances for the alcohol abuse treatment. The anticancer property of disulfiram is mainly associated with its mechanism of action in inhibiting the aldehyde dehydrogenase-related processes of cellular metabolism. The drug was also found to regulate oxidative, as well as copper and zinc-dependent metabolism processes in cancer cells. The clinical trials for its use to treat melanoma, glioblastoma, breast, prostate, and non-small cell lung cancers are either still ongoing or have already been completed [5].
Itraconazole
Itraconazole is a drug that has been long used to treat fungal infections such as candidiasis, aspergillosis, and histoplasmosis. The drug has been reported to have a significant effect against various types of cancer including lung, breast, ovarian, prostate, and pancreatic cancer when being used alone or in combination with other cytotoxic drugs [6]. The anti-angiogenic property of itraconazole, which could further disrupt the tumour microenvironment and development, has sped up its use for cancer treatment.
What are the challenges with repurposing drugs?
One might ask if these old drugs have the potential to be repurposed for the treatment of cancer, why aren’t we using them widely in clinical practices? The simplest answer is because of scientific and socio-political matters. Many of the repurposed drug candidates are still in the clinical trial phases. Clinical trials are mostly funded by pharmaceutical companies. Apparently, it is not so profitable for these companies to manufacture the repurposed generic drugs since they are off-patent, and the price is low as other competing companies could also freely manufacture the drugs. Therefore, only a few companies will invest in clinical trials for the new use of the repurposed drugs as the profit will be shared with other competitors.
How to make repurposed drug widely used in oncology?
There are initiatives that could be carried out to promote the use of promising repurposed drug candidates in clinical practices. One initiative is known as The Repurposing Drugs in Oncology (ReDO) project which was established to find well-known and well-characterised non-cancer drugs to be repurposed for use in oncology. Apart from recognizing the most promising drugs for repurposing, the project also highlights the strategies to ease and fasten the process of bringing forward these drugs for cancer therapy. Some of the strategies are to suggest areas where additional pre-clinical work is needed for certain drugs to reach the clinical stage, as well as to work with clinical researchers to help the drug candidates reach the trial stage more easily [7]. Itraconazole is one of the drug candidates that the ReDO project has been focused on more for repurposing.
For repurposed drugs that have huge potential as an anti-cancer agent but have low bioavailability in the body, one initiative is to reformulate these drugs with carriers into nanoparticles. The nanoparticles or nanocarriers can be designed to encapsulate the drug for protection from degradation enzymes in the body thus increasing the concentration of the drug in blood circulation to a level sufficient enough for the anti-cancer effects to occur.
Another initiative is to encourage the government to give incentives to drug companies to bring repurposed drugs into the marketplace. This type of incentive could help small companies or non-profit organizations to have a kick-start fund for a small-scale repurposed drug development before aiming for bigger financial support once the positive outcome is gained from the preliminary projects.
Conclusion
There are many other promising generic old drugs reported in the literature that could be repurposed for the treatment of cancer, and the list is growing. Despite the increasing number of studies done preclinically and clinically on the potential use of these repurposed drugs, more actions still need to be taken to enforce the use of these drugs in the common practice of chemotherapeutic treatment. Cooperation from the pharmaceutical industries to put aside the aim of gaining huge profits from the drugs and placing these useful alternative medications in the market is highly needed. More awareness should be enforced among the people, especially the industry players, on the fact that the cure of these dreadful cancer illnesses should be prioritized above anything else.
1. Nosengo, N., Can you teach old drugs new tricks? Nature, 2016. 534(7607): p. 314-316.
2. Hernandez, J.J., et al., Giving Drugs a Second Chance: Overcoming Regulatory and Financial Hurdles in Repurposing Approved Drugs As Cancer Therapeutics. Front Oncol, 2017. 7: p. 273.
3. Eleutherakis-Papaiakovou, V., A. Bamias, and M.A. Dimopoulos, Thalidomide in cancer medicine. Ann Oncol, 2004. 15(8): p. 1151-60.
4. Raymond, C., Repurposing of Metformin as a Multifaceted and Multitasking Preventative and Treatment for Cancer, in Drug Repurposing, K.S. Shailendra, Editor. 2021, IntechOpen: Rijeka. p. Ch. 8.
5. Ekinci, E., et al., Repurposing Disulfiram as An Anti-Cancer Agent: Updated Review on Literature and Patents. Recent Pat Anticancer Drug Discov, 2019. 14(2): p. 113-132.
6. Pounds, R., et al., Repurposing itraconazole for the treatment of cancer. Oncol Lett, 2017. 14(3): p. 2587-2597.
7. Pantziarka, P., et al., The Repurposing Drugs in Oncology (ReDO) Project. Ecancermedicalscience, 2014. 8: p. 442.
Written by:
Dr. Erazuliana Abd Kadir
Department of Toxicology,
Advanced Medical and Dental Institute,
Universiti Sains Malaysia.
Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim
Jabatan Perubatan Klinikal, Insitut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
Bisakah tangan kita menghayun
buaian?
Bagaimana jika saya memberitahu anda suatu perpatah yang mungkin pernah anda dengar iaitu “Tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia”. Kedengaran mustahil, bukan? Tangan seorang ibubapa amat besar kuasanya. Metafora lembutnya tangan yang menghayun buaian itu sememangnya tersirat kewibawaan yang luar biasa. Dengan hayunan itu, anak kecil tersebut membesar menjadi generasi yang disegani dan dihormati. Seorang pemimpin yang gah di mata rakyatnya, ilmuan yang alim lagi bijaksana, pahlawan hebat sepanjang zaman adalah hasil ayunan buaian kedua ibubapanya. Persoalannya, tangan menghayun yang bagaimana? Adakah semua ibubapa layak disamakan kedudukkannya berdasarkan pepatah di atas?
Pada kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh dilakukan oleh orang dewasa atau ibubapa yang dapat membentuk anak-anak mereka menjadi insan hebat. Tidak semua anak-anak diluar sana bertuah dapat merasainya, lebih-lebih lagi ibubapa masakini terpaksa berhadapan cabaran dunia moden yang serba mencabar yang menuntut masa yang kurang bersama anak-anak. Jika anak-anak kita boleh meluahkan kepada kita, sudah pasti mereka mahukan didikan yang terbaik agar mereka menjadi insan hebat di masa hadapan. Kita sebagai ibu bapa harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu mendidik anak-anak sesuai dengan perkembangan mereka. Pengetahuan ini penting agar ia dapat dilakukan lebih awal dan lebih kerap.
Lima tahun pertama yang penting
Ibu bapa perlu tahu, betapa pentingnya lima (5) tahun yang pertama [1] dalam kehidupan seorang kanak-kanak dari segi kesihatan dan perkembangan mereka terutamanya perkembangan otak. Sebenarnya anak-anak ini telah pun mula belajar sejak berada dalam kandungan perut ibunya, sebelum mereka dilahirkan. Ketika peringkat bayi mereka menangis sepanjang masa. Bayi sentiasa lapar, perlu diberikan susu hampir setiap jam dan banyak pulak membuang air besar. Walau bagaimanapun kita akan lihat mereka kian membesar, setelah itu kelihatan mereka ketawa dan membuat bunyi-bunyi yang lucu. Dari berguling kepada merangkak dan seterusnya berjalan dan berlari. Begitu pantas mereka membesar. Namun itu hanyalah perubahan yang kita sebagai ibu bapa dapat lihat dan dengar. Sebenarnya ada lebih banyak lagi perubahan yang berlaku dalam diri mereka. Mari kita tumpukan kepada perkembangan otak mereka. Otak kanak-kanak berkembang dengan pantas pada tahun-tahun awal kehidupan mereka. Setelah mereka berusia satu tahun, saiz kasar dan berat otak mereka adalah dua kali ganda berbanding ketika mereka bayi yang baru dilahirkan. Perkembangan otak seorang kanak-kanak yang pesat boleh membuat satu juta sambungan saraf neuron bagi setiap saat, bergantung kepada stimulasi yang diberikan dan faktor pemakanan yang baik kepada mereka. Pada usia 7 tahun jumlah isipadu otak kanak-kanak telah hampir 90% isipadu otak orang dewasa. Namun, untuk semua ini berlaku, kanak-kanak memerlukan bantuan kita sebagai orang dewasa lebih-lebih lagi ibu bapa mereka. Oleh itu, apa yang harus kita lakukan? Jika kita ingin yang terbaik kepada mereka perhatikan tips-tips di bawah dengan baik.
Tips mengasah perkembangan sihat kanak-kanak [2]
Perkembangan sihat seorang kanak-kanak bergantung kepada lima perkara asas iaitu:
1) menyambung dan berhubung (to connect)
2) bercakap dengan mereka (to talk and communicate)
3) bermain dengan mereka (to play)
4) persekitaran rumah yang sihat (healthy surrouding)
5) masyarakat sekeliling (comunity)
Kesemua faktor diatas dapat membantu mengasah otak seorang kanak-kanak berkembang dan mencapai potensi maksimum mereka. Oleh itu apakah yang boleh dilakukan oleh kita supaya ia benar-benar membawa satu perubahan kepada mereka? Para saintis memanggil kaedah ini sebagai “Kembali kepada kanak-kanak” dan “berkhidmat kepada mereka”. Sebenarnya itu adalah satu cara seorang dewasa dapat berhubung (to connect), bercakap dan bermain dengan mereka.
· Permainan “copycat” membina daya imaginasi dan empati seorang kanak-kanak
· Bermain menamakan benda akan membina perbendaharaan kosa kata dan meningkatkan daya tumpuan dan perhatian mereka
· Permainan seperti “peekabo---- ya, peekaboo” atau “chak....chak” dpt membina daya ingatan dan nilai kepercayaan
Setiap kali ibubapa bercakap atau berbual-bual dengan anak-anak mereka, bermain dengan mereka, membuatkan mereka tertawa, ia bukan sahaja telah membina dan mengukuhkan hubungan dan kesihatan mental anak-anak. Malah, ia sebenarnya mengajar mereka akan kemahiran hidup yang paling penting iaitu bermula dari berkawan sehinggalah kebolehan mengambil ujian, untuk mendapatkan pekerjaan dan sehingga suatu hari nanti mereka akan juga memulakan keluarga mereka sendiri seperti kita. Interaksi awal adalah penting.
Bayangkan ketika kita sedang bermain-main dengan mereka, tiba-tiba kita menukar “mode” dengan hanya berkomunikasi dengan telefon pintar masing-masing, berhenti berhubung tanpa mempedulikan mereka. Ia seolah-olah memutuskan perhubungan yang sedang berlangsung. Kita akan dapati kanak-kanak akan cuba menarik perhatian kita. Mereka akan menghulurkan tangan mereka, mungkin menarik telefon kita. “mengapa berhenti, tadi kita sedang melakukan aktiviti yang menyeronokkan”. Kita tahu adalah sangat penting bagi seorang dewasa menggunakan telefon pintar mereka, namun bagi seorang kanak-kanak, mereka mencari hubungan yang bermakna, berhadapan dan bersemuka. Jika mereka tidak menerima komunikasi yang berkenaan, akan menyebabkan mereka keliru dan tertekan.
Lalu bagaimana jika keseluruhan zaman kanak-kanak tersebut seperti saat kita meninggalkan mereka tadi? Kita memutuskan perhubungan dan komunikasi yang bermakna buat mereka. Betapa sukarnya mereka sebagai kanak-kanak untuk berasa tenang, untuk berasa selamat, untuk belajar mempercayai diri sendiri. Semestinya ia memberi kesan kepada mereka untuk sepanjang hayat. Mereka memerlukan perhatian orang dewasa. Hubungan positif dengan orang dewasa dalam kehidupan kita memberikan anak-anak keyakinan yang kita perlukan untuk mereka mencuba perkara baru, untuk meneroka dan menjadi seorang kanak-kanak.
Malah banyak perkara kecil yang ibu bapa lakukan, telah dikaitkan dengan hasil yang baik untuk perkembangan kanak-kanak. Bercakap dan mendengar cerita mereka, membalas mereka dengan mesra, mengajar mereka huruf dan nombor, membawa mereka mengharungi perjalanan dan lawatan. Membaca kepada kanak-kanak juga sangat penting. Dalam satu kajian, kanak-kanak yang ibu bapanya membaca untuk mereka setiap hari ketika mereka berumur lima tahun. Mereka akan menunjukkan minat dalam pendidikan mereka pada usia 10 tahun. Ingatlah, tempoh yang paling istimewa untuk perkembangan kanak-kanak kita ialah lima tahun yang pertama. Setiap saat bersama mereka, merupakan peluang untuk kita sentiasa berhubung, bercakap dan bermain bersama mereka. Bayangkan perubahan yang boleh kita lakukan jika kita mengambil perkara ini dengan serius dan melakukannya. Bagi kanak-kanak ia bukan hanya sekadar bermain atau permainan yang membuang masa. Ia adalah masa depan mereka.
1. Zabidi Azhar Mohd Hussin, Kamaliah Mohd Daud, Mohammad Qayyum A Badaruddin (2021). Rahsia C.O.M.E.L: Cara Seronok Didik Anak
Selangor: Casamas Resources Sdn Bhd.
2. Tedtalk : Moly Wright: How every child can thrieve by five (2021). Retrived by October 2022 at https://www.youtube.com/watch?v=aISXCw0Pi94,
Dr. Erazuliana Abd Kadir
Department of Toxicology, Advanced Medical and Dental Institute, USM
Written by:
Dr.
Erazuliana Abd Kadir
Department of Toxicology,
Advanced Medical and Dental Institute,
Universiti Sains Malaysia.
In Malaysia, a study by Ibrahim HM et. al (2020) estimated
that 6.8% of Malaysians are thalassaemia carriers with varying degrees of
anemia, however are mostly asymptomatic. A couple with both individuals being a
thalassaemia carrier have a 25% chance of having an offspring with thalassaemia
major. This subgroup of thalassaemia would most likely be transfusion
dependent, and would require life-long blood transfusion to meet their
physiological needs. This can be a major burden to the family as well as the
healthcare system.
Despite the disease prevalence, there is still lack in
public awareness regarding thalassaemia and the importance of screening for
carrier status (Mat MA et. al, 2020). Malaysia has started a national level
screening program since 2016 for Form Four students, however refusal for
screening is still present in our society. Therefore, it is very important for
health personnel especially medical officers to have a high degree of suspicion
in cases of anemia, to be able to exclude the possibility of thalassaemia
carrier.
This “Thalassaemia Screening” application would be a useful tool especially for primary health care providers who are not well versed in screening thalassemia using full blood count. This apps help them with the identification of anemic patients who are at risk of being a thalassaemia carrier using only few details including family history, red blood cell parameters in the full blood count and iron studies result. The users just need to answer questions by clicking the specific buttons provided, and the apps will guide or advise the clinician regarding the management including suggestion on further test that need to be done. It is hoped that this apps would help the clinicians in detecting thalassemia carriers, in the effort to reduce the disease burden in Malaysia.
REFERENCES